Bab 48

True Story Completed 17548

Maria dan Mira terkejut apabila terpandang bapa tiri mereka sedang terdiri di muka pintu bilik tersebut.
Tampa berfikir panjang En Halim bertanya kepada mereka berdua kenapa mereka boleh terkurung di bilik Natasyha ini dan di mana pula Natasyha.
Maria dan Mira menundukkan wajah mereka. En Halim sedar kedua - dua anak tirinya itu mungkin dalam ketakutan.
En Halim menarik tangan kedua - dua anak tirinya itu supaya membuntutinya ke ruang tamu. Setelah tiba di ruang tamu En Halim mengarahkan ke dua - duanya duduk.
Setelah keadaan agak tenang En Halim sekali lagi bertanya soalan yang sama kepada mereka berdua.
Maria sebagai kakak bertindak berani dia mendahului adiknya Mira menceritakan apa yang sudah berlaku kepada En Halim.
En Halim terkesima mendengar segala yang diceritakan oleh Maria. Mira pula menokok tambah segala cerita kakaknya itu. Mira berkata semenjak Natasyha hilang mama mereka sering menerima tetamu lelaki. Setiap kali ada tetamu mereka berdua akan di suruh masuk ke bilik dan pintu bilik itu pula akan di kunci oleh ibu mereka dari luar.
En Halim menggelengkan - gelang kepala saat mendengar apa yang di ceritakan oleh kedua - dua anak tirinya itu.
"Jika ini yang tergamak dilakukan kepada anak - anak kandungnya mentelah lagi Natasyha hanyalah seorang anak tiri , "terlintas kata - kata itu di benak En Halim.
" Maria, Mira Papa nak tanya. Apakah kamu berdua mahu mengikut mama kamu atau kamu mahu tinggal bersama Papa dan kita sama - sama pergi mencari Natasyha? " tanya En Halim kepada kedua adik beradik itu.
Secara serentak kedua - duanya berkata " kami tidak mahu ikut mama, mama jahat, "
" Papa bolehkah kami terus tinggal dengan Papa? " tanya Mira mendahului kakaknya Maria.
" la boleh kamu berdua telah Papa anggap sebagai anak - anak Papa , " kata En Halim sambil tangannya meraih kedua - duanya kedalam pelukan nya.
Hari itu juga En Halim membawa kedua - dua adik beradik itu ke balai untuk membuat report tentang kehilangan Natasyha.
Setelah report di buat mereka di minta pulang dan menunggu perkhabaran selanjutnya dari pihak polis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience