Bab14

True Story Completed 17548

Esah tetap menjalani lakunannya meskipun En Halim sudah meninggalkan Natasyha di bawah jagaannya .
Natasyha di layan sebaik mungkin oleh Esah .Demi untuk menjayakan segala impian nya Esah bertekad untuk meraih kepercayaan dan kasih sayang dari Natasyha .
Esah tahu Natasyha adalah sesuatu yang amat berharga yang perlukan sedikit pengorbanan demi untuk dia meraih kejayaan besar .Jesteru dengan itu dia harus berbuat sebaik mungkin dengan Natasyha .
Setelah semua kerjanya telah siap di Sabah En Halim kembali ke pangkuan anak kesayangannya Natasyha .
Natasyha gembira meyambut kepulangan ayahnya .Setelah usai makan malam En Halim meyuarakan hasrat hatinya kepada anak gadisnya itu .
" Tasyha kalau ayah cakap sikit boleh tak ?," tanya En Halim kepada anaknya ." lye ayah ada ape ?," tanya Natasyha kembali ." Tasyha ayah cadang nak carikan mama baru untuk Tasyha ," kata En Halim seterusnya ." Mama baru ?," soal Natasyha dengan perasaan terperanjat .
" lya Tasyha ayah selalu pulang lewat kerja dan sekarang ayah sering di tugaskan keluar negara . Ayah pasti Tasyha akan sunyi tinggal sendiri di rumah .Kalau ada mama baru sekurang - kurangnya Tasyha tidak akan sunyi lagi " kata En Halim panjang lebar supaya Natasyha mengerti maksudnya.
" Ayah mana ada Tasyha sunyi kalau ayah keluar negara mak cik Esah dengan anak - anaknya akan tidur di sini menemani Tasyha ," jawab Natasyha ." lye ayah tahu tapi kasihan Mak cik Esah terpaksa berulang alik dari rumahnya ke rumah kita saban hari .," kata En Halim lagi .
" Maksud ayah ?," tanya Natasyha ." Maksud ayah begini .Apa kata jika ayah nikah dengan Mak Cik Esah dia boleh tinggal di sini dan terus temani Tasyha bila - bila masa sekalipun ," jelas En Halim kepada anaknya .
" Ayah bukan Tasyha tak mau tapi....... ," Natasyha tidak sempat menghabiskan kata - katanya lalu di potong oleh ayahnya ." Tasyha , Mak Cik Esah tu dah kita kenal lama .Jadi ayah fikir dia sesuai untuk menggantikan tempat mama di dalam rumah ini ." kata En Halim dengan tegas dan bersuara agak meninggi apabila dia tahu Natasyha cuba membuat alasan untuk menolak kemahuannya untuk jadikan Esah isterinya ." Tasyha ayah tidak perlukan persetujuan Tasyha , ayah hanya mahu Tasyha tahu yang keputusan ayah dah muktamat ," kata En Halim selanhutnya .
" Ayah !!! " seru Natasyha ." Tasyha apa pun alasan Tasyha ayah tak terima .Ayah dah nekat akan menikahi Mak Cik Esah hujung bulan nanti .," kata En Halim sambil bangun menuju ke biliknya meninggalkan Natasyha sendirian .
" Ayah kenapa ayah tidak faham Tasyha ayah , bukan Tasyha halang ayah untuk berkahwin lain tapi cari lah orang lain selain Mak Cik Esah ," runggut Natasyha di dalam pilu .
Malam itu untuk kesekian kalinya Natasyha tidur bertemankan air mata .Dia merintih sendiri " mama...kenapa mama tinggalkan Tasyha .Mama tahu ayah sekarang sudah mahu menikah lagi .Orang yang ayah mahu nikah itu dulunya pernah meyiksa hidup mama dan Tasyha .Mama tolong Tasyha .Tasyha tak mahu ayah nikahi Mak Cik Esah .," rintih Natasyha sendirian sambil jubir matanya di genangi air mata yang tak putus - putus mengalir .
Keesokan paginya En Halim tidak sempat bertemu dengan anaknya .Malah dia bergegas keluar awal pada pagi itu .Natasyha hanya mampu melihat kereta yang di pandu ayahnya meninggalkan perkarangan rumah mereka .
Pada hari itu seperti biasa setelah habis waktu persekolahan Natasyha akan pergi menziarahi pusara ibunya .Kerinduan kepada ibunya terubat jika dia dapat berkata - kata apa yang terlintas di fikirannya kepada pusara yang sepi itu .
Hari ini Natasyha ingin berbicara panjang dengan kubur ibunya itu .Dia ingin meluahkan segala - galanya yang sedang bermain di fikirannya berkenaan kemahuan ayah nya untuk menikahi Esah .
Di sisi nisan kaku ibunya Natasyha meyuarakan isi hatinya .Sambil matanya tidak dapat bertahan dari mengeluarkan air jernih yang tersisa sejak semalam .
Tadi di sekolah gurunya telah bertanya kenapa matanya bengkak Tapi Natasyha hanya diam .Kini matanya kembali mengeluarkan titisan jernih itu .Natasyha tahu matanya akan tambah membengkak jika dia terus menangis
Tidak apa yang boleh Natasyha lakukan pengakuan ayahnya mahu memperisterikan Esah membuatkan Natasyha benar - benar terluka dan kecewa dan hanya air mata yang dapat di curahkan segala isi hatinya .
En Halim tidak mengerti malah tidak ambil kisah berkenaan Natasyha kerana ubat guna - guna yang di berikan oleh Esah telah menutup pintu hatinya .Bagi En Halim Esah adalah yag terbaik untuk menggantikan arwah isterinya Puan Liana di dalam rumahnya juga di dalam hatinya .
Dia tidak lagi ambil kira berkenaan anaknya Natasyha dan pandangan teman serta sesiapa jua sekali pun .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience