Bab 21

True Story Completed 17548

Sikap kacang lupakan kulit Esah telah membuat ramai jiran mula menjauhkan diri dari keluarga En Halim .
Perihal begini amat di sukai oleh Esah .Baginya jika jiran sudah tidak menghiraukan keluarga mereka maka senanglah dia untuk melakukan apa sahaja yang dia suka di dalam rumah nya terutama kepada anak tirinya Natasyha .
" Eh....Tasyha yang kau dok bengok di situ lagi kau dah masak ke belum ?," tiba - tiba soalan itu memecah gegendang telinga Natasyha .
Natasyha yang menikus sejak tadi pantas menggelengkan kepala tandanya dia masih belum masak sesuatu apa lagi .
" Oooo jadi kau masih belum masak .Hey aku ni dah lapar kebuluran .Cepat masak sekarang ," bentak Esah lagi .
Natasyha bangun lantas meyinsing lengan bajunya lalu mengambil periuk untuk menjerang nasi .Esah memandang sambil tersenyum senyum melihat telatah Natasyha ." Sekarang baru dia sedar .Selama ini aku jadi orang gaji dia sekarang biar dia jadi orang gaji aku ," kata Esah sendirian sambil melangkah meninggalkan Natasyha meneruskan kerjanya memasak .
Tiba - tiba telinga Natasyha terdengar teriakan Esah memanggil namanya dari ruang tamu ." Tasyha ...ooo Tasyha , hey pekak ke .Tak dengar ke aku panggil ?," tanya Esah penuh geram .
Natasyha yang mendengar namanya di panggil terus bergegas ke ruang tamu ." Tasyha kau tak dengarkah aku panggil kau ?," bentak Esah apabila ternampak susuk tubuh Natasyha menghampirinya .
Natasyha hanya terdiam tampa kata .Dia menundukkan kepala ." Hey Tasyha tolong bawakan aku minuman , aku haus ," kata Esah memecah kesunyian .
Natasyha mengangguk lalu beredar ke dapur untuk mengambil minuman buat ibu tirinya itu .Setelah minuman di letakkan di atas meja Natasyha kembali menghilang ke dapur untuk meneruskan masakannya untuk makan tengahari itu .
Setelah selesai memasak dan menghidangkan di meja .Natasyha memanggil ibu tirinya dan di ikuti oleh Maria dan Mira untuk makan .
Seperti biasa Esah hanya memberi Natasyha makan sedikit nasi bersama kuah sahaja .Natasyha menerima apa sahaja yang di beri oleh ibu tirinya tampa sebarang bantahan .
Natasyha pergi semula ke dapur dan makan makanan yang di beri Esah padanya.Natasyha tetap bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan untuknya meskipun dia hanya makan nasi dengan kuah sahaja .
Hari - hari yang di lalui oleh Natasyha amat sakit dan memeritkan .Hidupnya penuh dengan penyiksaan serta maki hamun oleh ibu tirinya .
Namun Natasyha tetap bertahan kerana dia ingin menunggu kepulangan ayahnya yang bakal merubah hidupnya kelak .
Penantian kepulangan ayahnya tidak dapat di nikmati Natasyha kerana pada malam itu Esah telah memaksa Natasyha mengikutnya ke suatu tempat yang tidak diketahui oleh Natasyha .
Di situ Natasyha di layang sebagai seorang pesakit .setiap 3 jam sekali tekanan darah dan denyutan jantung Natasyha di ambil .
Natasyha kebingunan kenapa dia di perlakukan sebegitu .Keesokan harinya hadir seorang wanita separuh usia menemui Natasyha .Wanita itu mencium dahi Natasyha " Tasyha terima kasih kerana Tasyha sanggup untuk meyelamatkan anak Mak Cik ," kata wanita itu .
Natasyha cuba bertanya apa maksud dari percakapan wanita tadi ." Mak Cik maafkan Tasyha ," kata Natasyha ." Apa maksud Mak Cik , Tasyha meyelamatkan anak Mak Cik ?," tanya Natasyha ." Seingat Tasyha , Tasyha tidak pernah lakukan apa - apapun ," kata Natasyha selanjutnya .Wanita yang di panggil Mak Cik itu terus bercerita berkenaan anaknya dan apa yang bakal di ambil dari tubuh Natasyha untuk meyelamatkan anaknya .
Natasyha tidak mengerti apa - apa malah dia kebingungan tidak memahami .Pada waktu melawat tengahari itu tiba - tiba Maria datang menemui Natasyha .
" Tasyha aku nak kau lari dari sini .," kata Maria ." kenapa "tanya Natasyha ." Sudah kau tak perlu tahu apa - apa kau harus pergi segera ," kata Maria lagi .Sambil menarik tangan Natasyha mengikutinya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience