Bab 51

True Story Completed 17548

Teriakan Esah membuatkan perkarangan rumah mereka di kerumuni oleh jiran - jiran yang mahu mengetahui apakah yang sedang berlaku di perkarangan rumah milik En Halim .
Semua mata jiran - jiran terpana melihat tangan Esah yang bergari .Ada yang berbisik sesama sendiri .
Sintuasi di perkarangan rumah En Halim tidak ubah seperti pasar ikan .Bising dengan desas desus orang bercerita itu dan ini .
Namun begitu Esah tetap menjerit dan meronta minta di lepaskan . Setelah Esah dan Amran di masukkan kedalam kereta peronda Tuan Syaiful menemui En Halim dan meminta dia ikut ke balai untuk membuat penerangan tentang penangkapan kedua - dua mereka itu tadi .
En Halim menganggukkan kepala bergegas menggunci pintu rumahnya .Dia menarik tangan Natasyha untuk mengikutinya pergi ke balai polis .
Ketika kereta En Halim melewati Amirul dan Fauzan tiba - tiba Natasyha meyuruh papanya memberhentikan kereta .
" Papa tolong berhentikan kereta di depan dua orang lelaki itu ," pinta Natasyha kepada ayahnya ." Kenapa ," tanya En Halim meminta kepastian dari anaknya Natasyha ." Papa berhenti aja , nanti Tasyha ceritakan ," kata Natasyha pula tampa mengulas lebih lanjut .
Setelah kereta bapanya berhenti di hadapan Fauzan dan Amirul , Natasyha meyuruh kedua - dua lelaki tadi menaiki kereta bapanya itu .
Di dalam perjalanan Natasyha memperkenalkan Amirul dan Fauzan kepada bapanya En Halim .
En Halim menanyakan Fauzan akan perkerjaan nya .Fauzan terkedu dan terdiam sambil matanya melirik memandang Natasyha .
Natasyha mengerti lirikan Fauzan lalu mengubah topik perbualan mereka sambil menanya mengapa ibu tirinya di tangkap polis dan kenapa mereka harus ke balai untuk memberi penerangan .
" Papa.....papa...kenapa ibu Esah di tangkap polis dan siapa lelaki bersama dengannya .Dan kenapa kita di suruh ke balai ???" tanya Natasyha dengan lancar ."
Rona muka En Halim tiba - tiba berubah .En Halim menggeleng - gelengkan kepala seraya tangannya meyentuh lembut tangan Natasyha .
" Tasyha , nanti sampai di balai Tasyha akan tahu cerita yang sebenarnya ," kata En Halim perlahan .
Di masa yang sama kereta yang di pandu En Halim telah membelok mengikuti kereta peronda yang membawa isterinya Esah dan teman lelakinya .
Kereta peronda itu telah berhenti di hadapan pintu balai berkenaan .En Halim mencari tempat untuk memarking keretanya .Setelah semuanya turun En Halim mendahului mereka berjalan memasuki balai .
Esah dan En Halim di pertemukan di satu sesi di dalam balai tersebut .Dek kerana perasaan amarah En Halim masih membuak kepada Esah dengan sekali lafaz Esah telah di ceraikan dengan talak tiga .
" Esah binti Rejab aku ceraikan kau dengan talak tiga ," dengan penuh ketegasan En Halim memutuskan hubungan antara dia dengan Esah .
" Abang maafkan Esah abang ," Esah merintih sambil dirinya jatuh terjelupak ke lantai .En Halim tidak menghiraukan raungan dan apa sekalipun keadaan yang menimpa Esah .
Setelah melafaz kan talak kepada Esah En Halim menarik tangan Natasyha dan berlalu pergi .Kini tinggallah Esah yang harus menjalani hukuman atas perbuatannya .
Ketika kaki Natasyha ingin melangkah meninggalkan balai polis berkenaan tiba - tiba pergelangan tangannya di tarik oleh Fauzan .
" Tasyha ....aku rasa sampai di sini saja pertemuan kita .Aku harus terima balasan atas segala perbuatan ku .Satu pinta ku tolong kamu bawa Amirul ke rumah kebajikan hari itu dan serahkan dia kepada mereka .Aku tidak mahu hidup Amirul terbiar dan tidak terjamin .Aku harus meyerah diri ku di balai ini .Aku mahu andai aku boleh keluar nanti aku boleh balik dengan bebas kepangkuan anak dan isteriku .Aku amat merindui mereka .Terima kasih Tasyha kehadiran mu telah banyak meyedarkan diri ku dan mengisafkan aku ." luah Fauzan panjang lebar sambil tangan sasanya merakul dan memeluk Natasyha .
Bagi dirinya Natasyha umpama malaikat kecil yang telah merobah dan memberi sinar di dalam hidupnya .
Natasyha dan Fauzan berbalas esak dan tangis .Amirul juga turut terharu .Begitu juga sesiapa yang memandang drama air mata antara Fauzan dan Natasyha semuanya turut menitiskan air mata .
En Halim yang di selubungi sedih itu turut megalirkan air mata melihat anaknya dengan Fauzan .
Setelah drama air mata antara Fauzan dan Natasyha reda .Fauzan mengatur langkah longlainya menghampiri kuanter polis lalu meyerah diri kepada anggota di situ .
Setelah mendengar cerita dari Natasyha dan pengakuan Amirul bahawa dia tidak mempunyai keluarga .En Halim mengambil keputusan untuk membawa Amirul tinggal bersama dengan nya .
Esah dan Fauzan menjalani hukuman masing - masing .Natasyha Amirul , Maria dan Mira hidup penuh kegembiraan di dalam jagaan En Halim .
Selang beberapa tahu rumah En Halim didatangi tetamu .Rupanya Fauzan yang datang bersama anak dan isterinya untuk bertemu Natasyha .
En Halim dan keluarga meyambut kedatangan Fauzan dan keluarganya .Sekarang En Halim sudah memiliki syarikat sendiri dan dia meminta Fauzan untuk berkerja dengannya .
Fauzan menerima tawaran En Halim dengan dada yang terbuka .Kini anak Fauzan si Hana juga telah mendapat seorang teman sebaik Natasyha .
Semenjak berpisah dengan isterinya Esah En Halim tidak bercadang untuk mencari ibu baru buat Natasyha .Dia tidak mahu kisah buruk berulang lagi kepada kehidupan anaknya Natasyha .
En Halim bertekad akan mengurus dan menjaga semua anak - anaknya sendiri .Dia bahagia tak kala melihat Natasyha tersenyum ceria setiap ketika .
Kini hidup Natasyha sudah kembali ceri dan bahagia .Kehadiran Amirul , Maria dan Mira menambah seri hidupnya .Begitu juga kehadiran Hana dan keluarganya telah melengkapkan lagi keharmonian hidupnya dan En Halim .
Natasyha bertekad biarlah apa yang pernah di lalui itu menjadi kisah dalam lipatan sejarah hidup nya
"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience