21. Secret Admirer Part 1

Drama Completed 34053

Zara meletakkan pinggan berisi waffle terlebih dahulu sebelum cawan berisi latte panas ke meja.

Baru sahaja dia angkat pinggan kecil yang dialas bawah cawan itu, dengan sengaja Kennedy menyepak tulang kering kaki kanan Zara dengan hujung kasut tumitnya.

Menyentak Zara sehingga terkejut sebelum dia tidak dapat imbangkan cawan itu dan air tersebut tumpah mengenai tangan dan pakaiannya.

Prang!

Terbelah dua cawan putih dan pinggan itu taktala ia terhempas jatuh ke atas lantai apabila Zara membawa tangannya ke dada secara refleks. Zara berdesis menahan sakit kerana kepedihan dek air panas tadi di tangan.

Kennedy menekup mulut dengan tiga jari tangannya. Membuat muka terkejut.

"Opps...sorry...tak sengaja.."ucap Kennedy dengan senyuman jahat di bibir. "Ingatkan kucing tadi..."

Zara yang sedang senak dada sebab terkejut dan kesakitan itu memandang tidak percaya ke arah Kennedy. Keningnya berlapis kemerahan.

"Ken..!"panggil Zara dengan kening berkerut. "Apa yang kau buat ni!"marahnya dengan wajah merah padam.

Kennedy menjungkit bahu sambil mengangkat kedua-dua tangan. Tanda menyerah.

"What...aku dah cakap aku tak sengajakan." ujar Kennedy dengan muka tidak bersalahnya. Dia malah manja-manja menggentel hujung rambut dengan jari telunjuk.

Zara membuk hendak bersuara tetapi dibatalkan niatnya serta merta. Dia memberi renungan mencerun tidak puas hati. Tidak mahu membiarkan Kennedy gembira melihat dia naik angin di situ, dia pasti yang Kennedy hendak lihat dia hilang kawalan di hadapan semua orang sekaran.

Waktu itulah secara tiba-tiba satu tangan muncul dari tepi kanan Zara, menarik lengan dia jauh dari dipegang lalu tangan itu dicelup ke dalam mangkuk berisi ais tidak semena.

Zara menahan nafas terkejut setelah merasai ais menyapa kulit tangannya yang mana sesaat kemudian itu membuatkan Zara yang lihat terkebil-kebil bingung.

Apa yang-

"My goodness...Zara..."panggil Emily di belakang sambil memeluk bahu Zara. "Kamu tak apa-apa?"soal Emily dengan cemas.

Zara berpaling memandang Emily pula dengan kening berkerut sebelum memandang semula lelaki bersut di sebelahnya sambil diperhatikan oleh tiga orang di meja hadapan mereka saat ini.

"Saya tak apa-apa..terima kasih..."kata Zara yang mahu menarik tangannya dari dipegang lelaki itu. Bila pulak lelaki ni muncul?Dan macam mana lelaki itu ada semangkuk ais?

"Saya yang berikannya pada dia tadi lepas bunyi kaca tumpah tadi.."ujar Emily yang seperti tahu-tahu apa yang Zara fikirkan.

Lelaki bersut itu mengangkat tangan Zara untuk dibelek. Mata itu melihat kesan merah seperti melecur pada tangan Zara sehingga menimbulkan kerutan pada kening lelaki itu.

"Cik kena dapatkan rawatan untuk kesan lecur ini."ujar lelaki itu semasa mengangkat kepala memandang Zara.

Zara menarik tangannya rapat ke dada semula lalu di pegang dengan tangan kiri. Dia terpana sekejap bila mata lelaki tu merenung tepat ke mata dia.

"Sa-saya tak apa-apa...terima kasih."ucap Zara dengan kekok.

Lelaki bersut tersebut kemudian memaling kepala ke Kennedy dengan renungan kosong dan dingin sebelum kembali memandang Zara bersama reaksi wajah kerisauan.

Kennedy membuat muka menyampah bila lihat layanan lelaki bersut tu pada Zara. Dah apahal lelaki aneh ni tetiba munculkan diri? Spoil betul.

"Saya akan hantar cik ke hospital."ujar lelaki misteri itu sebelum meletakkan mangkuk berisi ais tadi di atas meja Kennedy. Dia pegang belakang badan Zara, hendak dorong Zara ke depan.

Lissa dan Betty memandang kagum ke arah lelaki kacak disebelah Zara. Siapa pulak abang handsome ni?

Zara berdiri kukuh di situ enggan tidak berganjak. Dia jarakkan sedikit dirinya dari sentuhan tangan lelaki itu. You know stranger danger! Siapa aje yang akan ikut lelaki tidak dikenali begitu aje!?"Eh...tak perlu. Bukan serius mana pun. Melecur sikit je. Saya holeh handle...."tolak Zara serta merta.

"Saya bertegas cik."lelaki itu memandang serius ke Zara dengan kening mencerun. Yang mana dia benar-benar maksudkan kata-katanya itu.

Zara memandang kebingungan ke Emily. Memberi renungan 'what the hell is happening right now' pada wanita itu. Siapa lelaki ni?

Namun Emily sekadar menjungkit bahu tidak tahu.

"Baik kamu ikutkan saja...la."arah Emily yang turut kerisauan.

"Huh?"Zara memandang terkejut. "Benda kecik jer pun..tak perlu lah sampai nak ke hospital bagai?"keluh Zara dengan muka tergamam. Apa yang tengah berlaku sekarang ni?

"Tak apa saya boleh jaga kafe ni...lekas."gesa Emily.

Zara memandang lelaki misteri di sebelahnya dengan renungan teragak-agak. Lelaki versut tu balas renungan Zara tanpa berkelip.

Seakan mencabar Zara menidakkan permintaan dia. Lantas bahu Zara jatuh kebawah, dia melepaskan keluhan mengalah sebelum mengangguk kepala.

"Fine.."jawab Zara bernada mengalah.

"Ikut saya..."lelaki itu menunjuk tangan ke depan supaya Zara jalan ke depan terlebih dahulu.

Setelah Zara dan lelaki itu pergi, Emily pandang Kennedy di meja ifu.

"Nampaknya cik bertiga ada urusan yang perlu diselesaikan dengan saya?Tak begitu?"ujar Emily sambil menunding jari ke cawan yang pecah di lantai.

Kennedy menjuling mata kejengkelan sambil mengerang geram! Ugh....lain yang dirancang lain yang jadi. Menjengkelkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience