Suara gelak tawa anak kecil menghuni koridor luas sebelum muncul dua orang maid di belakang mengejar anak kecil dalam keadaan sudah kotor berlumuran dengan warna air dan bulu pelepah melekat di muka dan pakaian uniform mereka.
"Cik muda...ke sini sekarang!Tuan perlu cik bersiap!"laung maid wanita yang sedang mengejar anak kecil sekitar 7 tahun merentasi koridor itu.
Kanak-kanak itu berpaling memandang ke belakang dengan sisa ketawanya sebelum dia terlanggar sesuatu di depan laluannya sebelum dia jatuh terduduk di atas lantai ekoran perlanggaran secara tiba-tiba itu.
"Auw!"Hana berkerut kening menahan sakit.
"Hana Delisha...how many time I told you not to run on the hallway?"tegur suara tegas itu.
Hana dongak memandang ke atas. Memandang takut ke arah lelaki yang lengkap mengenakan pakaian serba hitam mencekak pinggang depannya. Terpisat-pisat dia bangun dari situ dan berdiri dengan kepala tunduk memandang ke bawah.
"Tuan Daniel..maafkan kami..."ucap dua maid tadi yang sudah tercungap-cungap tidak cukup nafas. Masing-masing tunduk bersalah.
Daniel menggeleng kepala kesal. Tak tahu la dia nak katakan apa pada anak perempuan dia yang satu ini.
"Jom...lambat nanti."Daniel hulur tangan pada Hana.
Hana mencapai tangan itu dengan senyuman riang di bibir. Mujurlah ayah dia tidak marah.
"Yeah..."sorak Hana sambil melompat riang di sisi Daniel sewaktu mereka berjalan.
Sedang mereka berjalan tanpa sengaja nata Daniel terarah pada bingkai gambar kahwinnya yang tergantung di dinding hujung koridor itu. Membuatkan dia mengukir senyuman lebar di bibir.
Rasa seperti semalam sahaja rasanya semuanya berlaku. Pejam celik sudah 12 tahun rupanya berlalu. Sekejap betul masa berlalu.
"Tak boleh ke kamu berhenti menganggu semua maid yang ada di dalam rumah ni?Berapa kali ayah kena cari penganti untuk semua maid yang kamu telah kacau sampai mereka semua letak jawatan..."keluh Daniel sambil menuruni tangga.
"What...they are fun to be joking around.." jawab Hana dengan fasih.
Daniel melepaskan hela letih. Entah perangai siapalah yang budak ni ikut. Ada saja jawapannya.
"Boleh tak kalau ayah cakap tu jangan nak menjawab. Dengar saja sudahlah..."
"Ibu kata kalau di tanya jawab. Jangan diam." balas Hana lagi.
Daniel mengetap bibir rapat-rapat. Tengok la ni! Diberitahu enggan dengar. Ditegah malah dilawan. Tidak kuasa lagi nak bercakap dengan anak perempuannya. Kalau dia cakap tiada guna jugak. Budak bijak sebelahnya ini sentiasa ada jawapannya.
"Itupun kamu berdua..."tegur Puan Diana di bawah tangga sewaktu melihat dua beranak itu menuruni tangga."Kenapa lama sangat?"tanya wanita itu.
"Moyang!"panggil Hana dengan gembira sebelum menarik tangannya dari tangan Daniel lalu memeluk moyangnya.
"Semua dah ada ke?"tanya Taylor yang sudah berdiri di depan pintu dengan seorang kanak-kanak lelaki berdiri di tepi kaki.
"Moyang...janganlah manjakan Hana seorang...Niel macam mana pun cicit moyangkan..."cemberut Niel, 10 tahun. Anak sulung Daniel. Budak itu mendekati Puan Diana dengan muka rajuknya.
Daniel mengalihkan perhatiannya dari dua orang anaknya kepada Taylor.
"Kamu seorang saja?Di mana puan?"tanya Daniel sambil melihat jam di tangan kanan.
"Dekat taman...katanya nak ambil angin sementara tunggu tuan siap."jawab Taylor.
Daniel mengangguk kepala.
"Kalau begitu tak apa... kamu semua gerak dulu ke kereta. Nanti saya nyusul..."arah Daniel sebelum bergerak ke kanannya untuk ke pintu belakang dimana taman berada.
Taylor menghulur tangan ke arah dua orang kanak-kanak yang berdiri mengelilingi Diana.
"Kids. Time to go.."ujar Taylor.
"Abang duduk sebelah tingkap.."Niel tolak Hana sebelum berlari ke arah Taylor.
"Mana adil!Hana la pulak...hari tu abang dah duduk tepi tingkapkan.."rengek Hana sewaktu mengejar langkah Niel.
Puan Diana yang lihat tersenyum memerhati gelagat cicitnya.
"Have fun...jumpa balik nanti.."lambai Puan Diana ke arah mereka dengan ceria.
Sementara Taylor ikut langkah dua orang kanak-kanak itu dengan renungan memerhati taktala Neil dan Hana berlari cuba mendekati kereta.
Share this novel