Hujung minggu itu Zara meluangkan masanya di kafe dengan berkerja. Sementara Sarah sibuk dengan latihan dan kelas lakonan yang diambil setiap hujung minggu bersama dengan guru lakonan paling terkenal di akademi gadis itu.
Beginilah rutin duo terkenal ini mereka di setiap hujung minggu. Seperti princess and the pauper. Berbeza gaya hidup walaupun bersahabat baik.
Kalau tidak, biasanya Sarah dan Zara akan keluar shopping atau beriadah di pusat golf atau besbol private VIP Sarah. Namun tidak lagi.
Disebabkan Zara mula ambil kerja full time hari sabtu dan ahad, mereka telah jarang keluar hujung minggu. Tambah-tambah pula Sarah semakin sibuk hendak menjadi pelakon yang mana membuatkan mereka berdua banyak meluangkan masa di dorm dan kolej sahaja.
"Zara..tolong letakkan papan tanda tu dekat luar kedai..."arah Emily di belakang kaunter melayani pelanggan membuat bayaran dikaunter sewaktu Zara sedang mengelap meja dan mengambil pinggan dan cawan kotor dari situ.
Zara yang dengar tinggalkan kerjanya seketika untuk mendapatkan papan hitam di tepi pintu yang sudah ditulis dengan kapur putih.
Di papan hitam itu, memaklumkan menu harian istimewa mereka. Kalau bukan Emily yang sediakan, Zara yang akan tulis. Tapi selalunya Emily la..sebab manager Zara itu suka tukar menu ikut bekalan yang mereka perlu habiskan sebelum tamat tempoh dalam minggu tu.
Sebaik sahaja Zara melangkah keluar dari pintu kafe itu, matanya disapa oleh tiga orang wanita cantik berjalan mendekati ke arahnya.
"Hei...jom singgah sini..."ajak Kennedy yang berpura-pura buat tidak nampak Zara di laluan situ.
Zara yang lihat membuat muka menyampah lalu berpaling masuk ke dalam kafe itu. Macam la dia kisah kalau Kennedy buat tak kenal dia.
Mula dah miss diva tu nak rosakkan hujung minggunya.
Sesaat selepas Zara masuk, tiga orang itu ikut masuk di belakang. Mula berjalan masuk ke kafe itu dengan renungan judging mereka. Cuba cari kekurangan yang boleh dijadikan sebagai bahan untuk mengutuk mereka sepanjang berada di situ.
Kennedy dan dua lagi rakannya ambil tempat di meja sebelum bersuara.
" Waiter."panggil Kennedy dengan nada bratty dia. Sengaja hendak bernada begitu untuk buatkan Zara jengkel. Yalah..selain Zara tiada sesiapa lagi di kafe itu.
Zara yang dengar memandang diam sekejap lantas pandang ke depan dengan julingan mata kejengkelan sebelum berpaling memandang Kennedy dan rakan-rakan gadis itu.
Ini kalau bukan nak cari pasal, pasti hendak menyakitkan hatinya dengan perangai bratty mereka ni!
"Ya?"sahut Zara mahu tak mahu.
"Oh...sekejap...bukan ke kau ni Zara Delisha dari kelas business management tu?"tunjuk Betty pada Zara sewaktu Zara berdiri di tepi mereka.
Zara membuat muka.
"Hai selamat datang. Boleh saya ambil pesanan?"ucap Zara mahu tak mahu, tidak menghiraukan kata-kata Betty.
Kennedy yang dengar menarik sengih mengejek. Matanya naik turun judging akan penampilan Zara.
"Tak tahu pulak kau kerja dekat tempat low profile macam ni..."dengusnya dengan mengejek.
Zara menjeling tak puas hati ke Kennedy. Tetapi tidak bersuara, dia biarkan saja. Sebab dia tahu kenapa Kennedy sengaja mahu mengetik titik kesabarannya agar menjejaskan pekerjaannya di sini.
Hendak rosakkan mood dan jugak mahu lihat dia menderita!
"Ada apa-apa yang saya boleh dapatkan untuk cik bertiga?"soal Zara bernada kebosanan.
"Berikan saya set A susu lebih ya..add on biskut cheese."minta Lissa.
Zara tunduk mencatat pesanan itu lalu kembali memandang Betty dan Kennedy. Dua orang itu pandang Zara tanpa bersuara. Menunggu dua orang itu memberi pesanan, namun Kennedy dan Betty tidak mengatakan apa-apa.
"Fine...kalau itu saja. Sebentar lagi saya bawa pesanan..."Zara berpaling dari situ untuk belakang kaunter dan mula menyiapkan pesanan Lissa.
Sedang Zara sibuk,pintu kafe terbuka . Seorang lelaki bersut hitam berjalan masuk ke dalam kafe itu dengan jambangan bunga di tangan. Kebetulan waktu itu Emily sedang berdiri di depan mesin duit terlebih dahulu menyapa.
"Hai selamat datang...boleh saya ambil pesanan?"sapa Emily dengan mesra memandang tepat ke lelaki bersut itu.
Zara pun berpaling keluar dari belakang kaunter dengan dulang berisi kopi latte dan waffle jem strawberi pada masa yang sama. Melintasi lelaki berjambangan bunga itu tanpa sekilas pandang pun.
"Ada hantaran untuk Cik Zara Delisha."jawab lelaki bersut itu sambil memandang Emily.
Share this novel