50. Takkan lah!

Drama Completed 34053

Bingung.

Cemas.

Risau.

Takut.

Semuanya bercampur baur. Mereka semua begitu tergamam dan tidak terkata kerana tidak tahu hendak berbuat apa.

Hendak dihalang takut cedera. Tidak dihalang malah tuan mereka yang cedera.

Suara orang mengerang marah dan sesuatu di hempas pecah selang seli kedengaran dari luar bilik lagi.

Maid yang ada berdiri takut di luar situ. Mereka tidak berani hendak masuk ke dalam apabila tuan mereka mengamuk. Hal ini sudah berlanjutan sejak beberapa hari kebelakangan lagi.

Letih kesemua mereka dibuatnya.

Tuan mereka ni tidak makan tidak minum, balik-balik terus marah.Terus mengamuk. Semua orang kalau boleh hendak dimaki. Tidak cukup dengan itu saja semua barang yang ada menjadi mangsa amukkan tuan mereka ini.

"Cukuplah Daniel....nenek merayu. Dah kenapa dengan kamu ni...nenek risau tahu tak!"

"KELUAR! TAK DENGAR KE!!"

PRANG!

BANG!

SMASH!

Pasu bunga, komputer, cermin meja solek dihempas dengan kerusi oleh Daniel taktala lelaki tidak berbaju dan hanya berseluar slack hitam itu mengamuk kerana hilang sabar.

Kepalan penumbuk erat dalam genggaman. Renungan Daniel mencerun tajam tidak puas hati.

Dua minggu! Selama dua minggu Zara menjauhkan diri darinya. Dia tidak peduli kalau semua orang dalam dunia ini tidak menyukai dia. Tapi jangan Zara!

Mulanya dia sedih bila Zara tiba-tiba sahaja menjauhkan diri. Namun perasaan itu bertukar menjadi marah setelah dia dapat tahu Zara bakal bertunang dengan Damon Benz!

Selepas pengintipnya memberitahu akan berita itu, Daniel terus hilang kewarasan. Dia tak boleh terima Zara bersama dengan orang lain!Tidak bersama dengan dia! Kenapa semua orang yang dia sayang dirampas dari hidupnya! Apa salah dia dah buat pada dunia ni?

"ARGH!!!!!"raung Daniel sebelum mencampak kerusi ke arah slidding beranda. Habis pecah berderai kaca di situ.

Membuatkan nenek kepada Daniel menjerit ketakutan dan cepat-cepat menyorok di belakang pengawal keselamatan yang sejak tadi cuba kekang amukan lelaki itu.

"Taylor...lakukan sesuatu..tolonglah...Daniel akan cederakan diri dia sendiri..."nangis wanita itu dengan sebak. Tangannya sudah menekup mulut apabila Daniel mencapai buku di situ lalu di lempar tepat ke arah pintu bilik.

Taylor memandang ke arah buku itu dengan muka terkejut kerana tidak sempat hendak menghalang.

Kerana pada masa buku itu dilempar, pada masa yang sama, muncul gadis berhoodie berdiri di hadapan pintu. Benar-benar di ditengah laluan buku tersebut di lempar.

Sesaat sebelum buku itu mengenai gadis tersebut, satu lengan muncul dari belakang menjadi penghadang. Buku itu mengenai lengan tersebut.

Semua dalam bilik itu tergamam. Terkejut melihat tindakan refleks pengawal keselamatan untuk melindungi gadis yang hampir sahaja jadi mangsa amukan Daniel.

Daniel berdiri kejung. Dada tidak berbaju itu berombak kencang sesaat dia bertentang mata dengan Zara. Rahangnya berketik.

Mata Zara tidak berkedip taktala matanya terarah pada lelaki tidak berbaju, di dalam bilik yang sudah tunggang langgang keadaannya.

Mata Zara menggigil ketakutan dan terkejut dalam masa yang sama. Adakah itu Daniel?Fikir Zara sewaktu dia melihat lelaki tidak berkaca mata dan berpeluh bersama mata kemerahan seperti menangis perlahan-lahan bergerak menuju ke arahnya.

"Zara."lafaz Daniel.

"Hah?"Zara jalan mengundur ke belakang. Tidak tahu apa yang patut dia buat. Terkejut sebab melihat rupa sebenar Daniel. Lelaki nerd yang dia kenali itu bukanlah Daniel comel kesukaannya. Tetapi lelaki baran yang menakutkan.

Daniel mengepal penumbuk.

"KELUAR!"bentak lelaki itu dengan lantang sambil tercungap-cungap hilang sabar.

Hampir melompat terkejut semua yang ada disitu termasuk Zara. Perlahan-lahan tiga orang pengawal keselamatan berjalan keluar dari situ diikuti nenek Daniel dan juga Taylor. Zara turut berpaling dari situ kerana berfikir arahan itu turut ditujukan kepadanya.

"Bukan awak Zara..."deram Daniel.

Zara kejung di situ dan tersentak sedikit. Dengan gelabah Zara memandang pintu di belakangnya di tutup.

Takkan la!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience