Pejam celik...pejam celik, hujung minggu bertemu semula dengan Zara.
Dalam kesibukannya Zara meluangkan masanya dengan kerja part time dia setiap belah petang selepas kelasnya selesai.
Sarah seperti biasa, gadis itu dengan kelas drama dan lakonannya.
Sebab kebelakangan ni Zara sering sibuk dan jarang berbual dengan Emily. Walaupun Zara dah lama bekerja di kafe itu, Emily masih belum kenal Zara sepenuhnya. Bagi Emily, Zara itu seorang wanita perahsia. Malah Emily sentiasa perasan, memang Zara senyum dan ketawa, tapi dalam renungan mata Zara, Emily tahu ada sesuatu yang tersembunyi.
"Kamu nak makan malam dengan family kamu?"soal Emily sewaktu Zara sedang menyarung hoodie ke badan.
"Ya..."jawab Zara semasa memasukkan tangan kiri ke tangan yang satu lagi.
Emily menjengah kepala ke arah pintu kafe sewaktu ia terbuka. Seorang lelaki bersut hitam berjalan masuk memandangnya.
"Hai...selamat datang.."sapa Emily yang membuatkan Zara berpaling.
Lelaki bersut itu serta merta tunduk apabila dia bertentang mata dengan Zara.
"Tuan James hantar saya untuk jemput cik.." maklum lelaki itu.
Emily menjungkit kening. Kagum dia lihat lelaki bersut di depannya sebelum ke Zara. Wau!Siap ada yang menjemput bagai?Siapakah Zara sebenarnya ni?Anak orang berada?Atau-
"Siapa lelaki ni Zara?"
Zara pandang tak suka pada pengawal keselamatan yang sama telah merotan dia gara-gara tertangkap pecah masuk hospital neneknya tempoh hari. "Nobody..."ujarnya perlahan. Dah kenapa pulak orang tua itu sibuk hendak menjemputnya bagai?
Lelaki bersut itu sekadar memasang muka kayu tidak beriaknya sewaktu Zara menjelingnya begitu. Dia tidak peduli apa pandangan Zara mengenai dirinya. Dia hanya menjalankan tugasnya sahaja.
Zara kemudian memaling muka ke Emily.Dia tersenyum memandang Emily lalu menyandang beg ke bahu.
"Saya pergi dulu...kalau saya free saya masuk kerja...sabtu ahad nanti baru saya full..." maklumnya.
"Mm...okay. Jumpa lagi."balas Emily.
Zara berjalan ke depan sambil toleh ke Emily. Melambai riang ke arah kakak kesayangan
a.k.a bosnya itu.
Pengawal keselamatan tadi kemudiannya berdiri memegang pintu untuk Zara dan mengekori Zara dari belakang sejurus Zara berjalan keluar dari situ.
Sebelah tangan membuka pintu kereta, sebelah lagi lelaki itu memegang belakang badan Zara saat memimpin Zara masuk ke dalam perut kereta tetapi Zara menampar tangan tu jauh darinya.
Terus Zara masuk ke dalam kereta dan menarik pintu itu tutup sebelum sempat pengawal itu menutup pintu untuknya.
Zara memasang seatbeltnya lalu menopang dagu pada pemegang pintu dan melemparkan pandangan keluar tingkap.
Entah bila sampai Zara tidak sedar kerana dia termenung sepanjang perjalanan itu. selepas kereta itu berhenti, Zara terus buka seatbelt dan keluar dari kereta itu dengan sendiri.
Enggan di iring atau di bantu oleh sesiapa.
"Selamat pulang cik muda..."sambut maid di depan pintu dengan hormat pada Zara yang menonong jalan masuk ke dalam tanpa hiraukan sesiapapun dekat situ.
Termasuklah Encik James yang kebetulan waktu itu sedang bergerak hendak naik ke tingkat atas.
Menyedari kehadiran Encik James, Zara buat tak nampak kelibat ayahnya itu. Dia malah terus mendaki tangga tanpa menyapa atau menegurnya.
Apabila Zara tiba di tingkat satu, dia disambut oleh ibu tirinya yang sudah cantik mengenakan dinner dress dan bersanggul cantik seperti biasa di depan koridor. Wanita itu seperti biasa dengan riak dingin tidak mengalu-alukan kehadirannya di situ.
"Datang pun kamu..ingatkan dah tak nak jejak kaki langsung dekat sini..."tegur wanita itu dengan tangan bersilang di dada dan renungan sombong dia.
Zara memandang ibu tirinya dengan ketapan rahang yang kuat.
"Kayla sudah..."tegur Encik James di belakang Zara sambil mendaki tangga tidak lama kemudian.
"Salah ke saya cakap...budak tak sedar di untung ni sekali pun tak nak jenguk orang tuanya. Sombong sangat...tak sedar kita yang tolong dia selama ni setiap kali dia timbulkan masalah dekat university tu...mujurlah tak ada siapa tahu saya adalah ibu dia dekat university tu...kalau tak mana saya nak letak muka saya..."cebik Puan Kayla dengan menyampah.
Zara menyilang tangan ke dada. Well tengok siapa yang tengah bercakap sekarang ni?!
"Siapa yang tak sedar diri sekarang?Bukan ke sebab anak kesayangan aunt tu saya keluar rumah dari ni...lagipun buat apa saya lawat ke rumah ni....saya bukannya ada orang tua pun." cebik Zara dengan jelingan menyampah.
"Hmph!"Berasa seperti ditampar dengan kenyataan itu Puan Kayla berpaling dari situ dengan jelingan mata tidak puas hati. Detak tumit kasut wanita itu kedengaran menjauh dari situ.
Zara pandang tak puas hati ke belakang badan Puan Kayla lantas berpaling ke arah bertentangan.
Share this novel