65. ...demi kebaikan semua

Drama Completed 34053

Sambil berjalan riang masuk ke kafe, Zara menolak daun pintu kaca ke dalam sebelum bertentang mata dengan Emily yang berdiri di depan meja berdekatan dengan pintu tersebut pada masa dia berjalan masuk. 

"Kak Em!"panggil Zara dengan girang.

Emily tersentak. Terus dia meletakkan gelas dan kain buruk di tangan pada meja sebelum mendapatkan Zara. Riak wajah wanita itu terserlah seri gembira dan terkejut sebaik bertentang mata dengan Zara.

"Oh my goodness!Zara...you here. Where have you been Zara...dah lama saya tak nampak kamu?"soal Emily sambil memberi pelukan hangat pada Zara.

Zara ketawa kecil dengan reaksi Emily. Dia membalas pelukan itu dengan perasaan hiba dan gembira dalam masa yang sama. Pipinya disandarkan sekejap pada bahu itu.

"Tak ke mana...Cuma ada urusan yang tak dapat dielakkan..."kata Zara.

Emily membelek wajah Zara dengan kening berkerut. Kedua belah pipi itu di tekap lembut.

"Kenapa kamu nampak semakin kurus..."

"Mana ada..biasa jer..."Zara menurunkan tangan Emily dari pipinya. Lalu diramas lembut tangan wanita itu.

"Sesuatu berlaku ke?Kamu sudah lama tak masuk kerja. Akak mesej pun kamu jawab gitu-gitu je.."Emily menarik muncung.

Lantas Zara menarik senyuman serba salahnya. "Itu la...kebelakangan ni...banyak benda dah terjadi. Yang mana saya sendiri tak sempat nak jelaskan semuanya....tapi Kak Emily jangan risau. Semuanya baik-baik je.."

"Kalau macam tu apa kamu buat di sini?Adakah urusan kamu tu dah selesai"

Zara menggeleng perlahan. xSebenarnya saya datang sini sebab nak beritahu dekat Kak Em yang saya akan berhenti kerja di sini..."

Air muka ceria Emily terus menjadi muram selepas mendengarnya. Senyuman dibibir terus hilang.

"Berhenti?"soal Emily dengan nada kecewa.

Zara mengangguk kepala sambil mengetap bibir.

"Ya...memikirkan saya ada banyak perkara hal yang perlu diuruskan dan tak dapat bertugas dengan baik. Seeloknya saya berhenti supaya tidak menganggu flow perniagaan kak Em dekat sini..."kata Zara.

Emily memegang tangan Zara dan mula merengek.

"Janganlah berhenti...Teruskan saja kerja...kamu boleh masuk kerja bila kamu free...saya tak kisah..."rayu Emily.

Zara memegang tangan Emily dengan senyuman lebar di bibir.

"Janganlah begitu. Tak elok pula kalau saya hiarkan Kak Emily  buat semua kerja. Seeloknya Kak Emily upah staf baru untuk ganti tempat saya."

Emily apalagi, dia terus mencebik sedih. Nekad sungguh Zara hendak berhenti kerja.

"Kak Emily jangan la sedih. Saya berhenti sebab nak uruskan hal saya. Bila saya dah selesaikan semua urusan tu, saya datang lah ke sini..."tipu Zara kerana dia sendirib tidak pasti sama ada dia dapat teruskan hidup atau tidak.

Emily tunduk sedih memandang tangan Zara. Sejuk sangat tapak tangan gadis itu. Hairan dia.

"Lama ke?"tanya Emily.

"Sekejap jer."jawab Zara bersama senyuman maaf pada Emily."Kak Em jangan lah tunggu saya. Kalau nak upah pekerja lain. Upahlah...saya tak apa-apa...."minta Zara yang mulai mahu menangis. Tapi dia tetap paksa bibirnya mengukir senyuman.

Ya, jangan tunggu dia sebab dia takkan dapat kembali ke sini sekalipun dia mahu.

Emily mengangkat kepala. Hairan dengan cara ucapan Zara. Entah kenapa dia rasa seperti Zara bakal meninggalkannya buat masa yang lama.

"Okay."angguknya.

Zara menghulur tangan lalu menarik Emily ke dalam pelukan. Memeluk wanita yang telah menyara hidupnya selama lima tahun ini. Wanita yang telah membantu dia untuk teruskan hidup. Menemani dia sewaktu dia perlukan kawan. Menjadi penasihat dan pendengar sewaktu dia kesunyian.

"Kak Em...Zara nak ucapkan terima kasih untuk segalanya. Sekiranya ada salah kata atau terkasar sikap dengan kakak harap maafkan..."ucap Zara sambil menggosok belakang badan Emily dengan kasih. Dia tak nak lepaskan pelukan ni.

Emily mengangguk kepala. Tiba-tiba sahaja dia berasa sedih dan sebak.

"Kamu pun sama Zara."

Zara merehatkan kepalanya ke bahu Emily. Menggosok belakang badan wanita itu untuk menenangkan Emily. Alangkah bagusnya kalau semua ni tak menimpa dirinya.

"Maafkan salah silap Zara. Sekiranya Zara ada sakiti kak Em dalam diam atau terang-terang Zara minta direlakan..."ucap Zara sambil memandang ke lantai.

Emily menolak Zara supaya mereka berpisah peluk. Dia pandang pelik dengan tingkah laku Zara. Terus dia pukul lengan Zara main-main.

"Apa ni kenapa cakap macam kamu nak tinggalkan saya terus?"soal Emily.

Zara hanya ketawa mendengarnya.

"Mana ada."katanya.

"Jangan risau..sepanjang masa kamu di sini. Saya tak pernah terasa atau dikasari dengan kamu Zara..."

Zara menatap wajah Emily dengan rasa sedih dan hiba yang amat sangat. Namun dia tetap tersenyum. Kerana ini adalah kali terakhir dia bertemu dengan Emily. Jadi dia perlu berpisah dengan kegembiraan.

"Maafkan Zara sebab pergi macam ni...ianya demi kebaikan semua. Zara tak nak orang lain bersedih kerana Zara."ucap Zara dalam hati mencapai tangan Emily sambil tu. "Kalau macam tu Zara minta diri dulu Kak Emily...."

Tidak berfikir apa-apa Emily pun mengangguk kepala dengan senyuman lebar di bibir.

15 bab lagi yang tersisa

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience