Deru angin senja menyapa wajah yang sedang memejam mata menghadap tasik buatan, depan halaman fakulti, termenung sendirian Zara di atas tangga tanpa teman di situ. Sepulangnya dari kediaman James, dia terus menapak di hadapan tasik untuk mengambil angin walaupun Waktu sudah masuk senja. Hatinya masih berat hendak naik ke bilik mengenangkan Sarah juga mungkin berada di situ juga.
Burung terbang rendah atas permukaan tasik.
Zara yang memerhati diam termenung jauh saat hujung jarinya mengutil hujung kulit cuticle ibujarinya.
Dolly Parton once said, 'The way I see it, ,if you want the rainbow you gotta put up with the rain.'Same goes with life, to achieve happiness, you have to gain hardship as the first step.
Yang mana untuk memiliki kesenangan kita perlu berkorban termasuk la disakiti dalam proses itu.
Sekali lagi mata dipejam."What a life..."keluh Zara perlahan sewaktu menghela nafas panjang. Namun sesak di dada masih jugak tidak berkurang.
Bunyi kersikan daun kedengaran dari pohon rendang tempat dia sedang berteduh taktala angin bertiup. Pada masa yang sama, dalam diam, Zara boleh merasai seseorang mendekatinya dari belakang dengan perlahan. Namun tidak dipedulikan untuk menoleh kerana dia tiada tenaga untuk bergerak apalagi bersuara.
"Zara?Awak ke tu?"suara Daniel di belakang membuatkan Zara membuka mata lantas berpaling. Degupan jantungnya berdetak sedetak riang kerananya. Pandang saja wajah itu, Zara menarik senyuman mesranya.
"Hey."senyum Zara dengan lebar."Senior Daniel...apa senior buat dekat sini?"tanya Zara sambil menepuk tempat kosong di sebelahnya. Lelaki itu sarat memegang buku dan barang dalam tangan.
Daniel jalan mendekati Zara lalu duduk di sisi gadis itu dengan buku teks serta laptop diletakkan ke sebelah sisi satu lagi.
"Saya siapkan tesis dekat perpustakaan tadi...on the way nak balik ternampak pulak awak dekat sini...seorang aje?"sepasang mata Daniel menilik wajah sugul Zara dengan dalam. Walaupun senyuman terukir di bibir itu.
Zara mengangguk kepala dengan senyuman di bibir lalu pandang ke depan. Menikmati pemandangan matahari terbenam petang senja itu dengan lebih seronok memandangkan dia ada teman di sisi.
"Cantikkan..."tanya Zara sambil tersenyum menikmati keindahan fenomena matahari terbenam di hadapan mereka.
Daniel pandang ke depan sekejap."Ha'ah..cantik..."ucap lelaki itu sewaktu berpaling memandang Zara semula. Lama dia pandang tepi wajah Zara dengan kening berkerut. Berasa ada sesuatu sedang mengganggu fikiran gadis berharga di sebelahnya ini."Sesuatu terjadi ke?"soalnya.
Zara sekadar tersenyum lantas menggeleng kepala saat tunduk memandang ke bawah.
"Tak ada la..."nafi Zara sambil tersenyum."Saya cuma rindu dekat nenek saya...itu yang termenung dekat sini..."lantas dia palingkan kepala ke Daniel dengan senyuman di bibir. "Bagaimana dengan senior?Senior ada nenek?"
Daniel mengangguk kepala.
"Ada.."
"Nenek senior tu?Orangnya bagaimana?"
Untuk seketika Daniel dia merenung tatapan redup Zara sebelum menundukkan pandangannya ke bawah buat seketika sebelum bertentang mata semula dengan Zara."Nenek saya tu....seorang yang sangat baik. Dia pandai masak awak tahu...kek biskut, roti banyak lagi. Sampai masa saya kecil dulu, saya adalah budak lelaki paling gemuk di kalangan rakan sebaya saya...Nanti kalau ada masa saya bawa awak jumpa dia nak?"cerita Daniel dengan riang.
Zara mengangguk kepala.
"Sound fun...why not..."balas Zara dengan senyuman di bibir.
Namun senyuman Zara tidak sampai ke hati Daniel setelah dia menyedari renungan kelam di mata itu. Oleh kerana dia mengenali sikap cerita Zara, dia boleh tahu sama ada Zara benar-benar gembira atau tidak.
"Zara..."panggil Daniel lagi dengan lembut.
Zara yang memandang ke depan itu kembali memaling ke Daniel. Dia tersenyum sewaktu lelaki berkaca mata itu memandangnya.
"Hmm...?"sahut Zara dengan kening terangkat sedikit.
"Awak tak apa-apa ke?"
"Hm. Saya tak apa-apa."
"Awak perlukan apa-apa?"
Tawa kecil lepas dari Zara kerana dia terkutik dengan suara kecil Daniel itu. Betapa berhati-hatinya Daniel setiap kali Bersama dengan dia. Nak bertanya pun teragak-agak seakan risau kalau dia terasa hati atau terluka.
"If like that, can I have a hug?"mintanya selepas itu.
Daniel mendepakan tangan lalu menepuk dada sebagai isyarat supaya Zara bersandar padanya. Zara memandang dada Daniel buat seketika lantas melepaskan hela nafas panjang sebelum tersenyum lega.
"Mari sini..."ajak Daniel sambil mendabik dada lalu menepuknya.
Sambil ketawa kecil, Zara hulurkan tangan lalu memeluk sekeliling tulang rusuk Daniel dan menyembamkan muka ke dada lelaki itu. Hela nafas lega dan selesa lepas dari bibirnya. Dengan dalam dia menghirup bau haruman Daniel untuk menenangkan diri.
Perasaan yang dirasai Zara waktu ini ibarat segala beban berat baru saja di angkat dari dadanya. Rasa tenang dan ringan yang amat sangat taktala memeluk tubuh hangat itu. Erat-erat tangan Zara melingkar di badan Daniel.
Daniel memeluk belakang badan Zara dengan erat dan merehatkan pipinya di atas kepala Zara. Sebelah tangan peluk sebelah lagi menepuk belakang badan Zara. Sambil tersenyum dia usap belakang Zara. Dia tidak tahu apa yang sedang menganggu fikiran Zara, apa dia tahu dia enggan Zara tenggelam dalam kesedihan selamanya.
"Terima kasih senior..."ucap Zara dengan sebak sewaktu memejam mata dan menyembamkan muka ke ceruk leher Daniel pula. Entah kenapa segala rasa yang bersesak dalam dada tadi berubah menjadi sebak dan sedih yang menyebabkan Zara tidak dapat mengawal air mata dari mengalir.
Daniel menggosok belakang badan Zara apabila merasai bahu Zara menggeletar kuat sewaktu Zara menangis tanpa suara.
"Menangis la Zara....saya ada di sini untuk awak..."ujar Daniel sambil menyandarkan dagu di atas kepala Zara. Tangannya tidak berhenti dari mengusap belakang badan itu. Hatinya juga diruntun rasa hiba bila mendengar tangisan kecil dari Zara di ceruk lehernya saat ini.
"Ya Tuhan...tolong la jangan biarkan lelaki ni tinggalkan aku.."doa Zara di dalam hati dengan terdesak. "Tolong la...."tangannya dieratkan sekeliling tulang rusuk Daniel saat tanggisnya menjadi-jadi.
Zara mencengkam kuat kain kemeja belakang Daniel dengan erat. Dia harap sangat tangan ibarat sayap pelindung ini tak pernah meleraikan pelukan darinya. Tidak lepas dari terus berada di sisinya. Ini kerana selain neneknya dia tiada sesiapa lagi di dunia ini untuk bergantung harap.
Daniel pun memejamkan matanya saat merehatkan bibir pada dahi hangat Zara cuba menahan diri dari ikut bersedih di situ. "Ya Tuhan...angkat la apa saja kesedihan yang dirasai Zara saat ini...jika boleh berikannya kepada aku untuk menanggungnya..."doanya di dalam hati.
Kedua-dua mereka duduk saling berdakapan sambil matahari terbenam sedikit demi sedikit.
Share this novel