Mereka di situ galak tertawa mendengar perbualan tadi. Masing-masing saling bersetuju dan mengangguk kepala tanpa menunjukkan sedikitpun rasa serba salah selepas mengutuk senior mereka begitu.
Zara diam memandang meja di bawah tangannya sebelum melepaskan hela pendek lantas berpaling memandang pelajar yang menyebut Daniel sebagai seorang nerd dan pelik tadi.
"Boleh tak berhenti panggil Senior Daniel macam tu?Nerd...nerd dia tu pun at least dia tahu nak respect seseorang even dia paling tua dikalangan kita dekat sini...yang mana sepatutnya kau orang yang hormati dia lebih dari dia hormati kau orang yang suka mengutuk tentang dia..."beritahu Zara dengan kening mencerlung tidak puas hati.
"Hahaha....over betul. Bersungguh ya kau bela senior pelik tu?"
"Dah memang betul pun dia nampak nerd..salah ke apa aku cakap?"
Cebik mereka di situ dengan menyampah.
Zara memukul permukaan meja dengan kepalan penumbuknya
"Sebelum gincu kau orang ni aku sumbat dalam mulut masing-masing baik kau orang berhenti cakap macam tu tentang dia!Kau tak kenal senior Daniel macam mana, jadi jangan bercakap macam kau kenal dia.."
Mereka yang dengar membuka mulut hendak bersuara namun satu suara lain mendahului mereka dari tepi Zara.
"Macam tu ke?"tegur suara lelaki yang mana membuatkan dengan serentak semua kepala di barisan kerusi Zara berpaling ke tepi Zara. Mereka di situ ternganga kagum setelah menyedari siapakah yang bersuara tadi. .
Di tepi Zara berdiri seorang lelaki bersut dan segak tunduk memandang Zara.
Zara apalagi, dia turut berpaling hanya untuk memandang sepasang kaki di depannya. Perlahan-lahan dia dongak memandang ke atas dan bertentang mata dengan wajah kacak milik lelaki lamoai di sebelahnya.
"Kyaah!!!!"teriak pelajar perempuan di situ mengejutkan lamunan Zara dari tenungannya pada lelaki itu.
"Damon Benz la!!!" mereka semua mula fangirling akan lelaki itu dengan teruja.
"Serius depan-depan lagi Nampak segak!"
"omg...omg!"
Semua di dalam dewan kuliah itu memandang Damon. Sewaktu perhatian lelaki itu hanya sedang fokus pada Zara.
Kedua-dua mereka saling bertentang mata untuk seketika.
Kening Zara mencerlung, dia pandang pelik ke renungan Damon sebelum duduk sandar pada kerusi dan memandang ke depan. Wajahnya bercemberut, tangannya bersilang ke dada. Enggan memberi sebarang komen dengan teguran tadi.
"Lagipun apa masalah dia sampai pandang aku macam tu?"gerutu Zara dalam hati sewaktu teriakan dan borak bicara student di dewan kuliah itu membingarkan suasana.
Setelah itu, lelaki lampai tersebut jalan mendekati podium dan mula berdiri menghadap mereka dengan lagak mendabik dada penuh keyakinannya. Wajah matang lelaki tersebut sedikitpun tiada celanya. Serba serbi sempurna untuk membuatkan sesiapa terngiur menatapnya.
Yakin dan penuh berkarisma. Itulah yang boleh dilihat melalui penampilan Damon Benz.
Zara berkerut kening, dia termenung memikirkan suatu di kepala. Serius talk....muka Damon Benz ini benar-benar buatkan dia berasa terganggu. Siapa ya yang begitu familiar dengan wajah tu?
Punyala tekun Zara cuba memikirkan siapakah orang yang mempunyai rupa paras seperti Damon, tanpa di duga Zara bertentang mata dengan Damon yang mana kebetulan turut sedang memandangnya. Zara terus tersentak, dia menjungkit kening sebab terkejut.
Melihat reaksi Zara, Damon terus tersengih kerana lucu melihat mata Zara yang bulat saat memandangnya. Terkejut sangat ke?
Zara menjuling mata menyampah taktala Damon tersengih. Apa masalah lelaki ni?
"Selamat pagi semua..."muncul pensyarah mereka dari tepi podium lantas berdiri di sebelah Damon. "Seperti yang kamu ketahui kita menerima lawatan mesra dari Encik Damon Benz kita sebagai penghormatan buat beliau yang telah menyumbang untuk jabatan kesenian kita. Disamping itu dia ingin berkongsi serba sedikit kisah dan pengalamannya menjadi ahli perniagaan paling berjaya dan termuda di abad ni...tanpa buang masa. Kita persilakan Encik Damon Benz untuk sampaikan sedikit demi sedikit pesanan untuk kamu semua..."
Tanpa mengalihkan renungannya ke arah Zara, Damon bergerak ke tengah podium lalu bersuara.
"Selamat pagi."ucap lelaki itu dengan nada berkarismanya.
Yang mana serta merta membuatkan semua pelajar perempuan di situ menopang dagu. Masing-masing tersengih dan mula termenung khayal melirik Damon di atas podium tersebut.
"Terima kasih atas jemputannya prof. Sebelum tu biar saya perjelaskan lagi ya. Tujuan saya ke sini bukan untuk berkongsi bagaimana nak menjadi seperti saya. Tidak ya. Apa yang saya nak sampaikan adalah.bagaimana kita nak menjadi seorang yang Berjaya...."ucap Damon bersama menarik sengih meleret saat memandang Zara buat seketika sebelum memandang ke sekeliling dewan kuliah pula.
Hairan dengan gesture itu, Zara sekadar berkerut kening. Dah kenapa sengih macam tu?
Kebetulan pula semasa Damon senyum kepada Zara, pelajar perempuan yang duduk berdekatan dengan Zara turut perasan. Jadi mereka sudah kalut dan teruja sesama mereka memikirkan orang yang Damon senyumkan tadi tertuju kepada mereka.
"Kau nampak tak...dia pandang aku tadi.."
"Mana ada...dia pandang aku lah.."
"Diamlah...dia tengah bercakap tu.."
"Ya ampun...kenapa dia kacak sangat...aku tak tahu pula rupa reality dia lagi kacak.."
Dan bukan kali itu saja Damon mengerling ke Zara, tetapi sepanjang masa lelaki itu berucap, Damon didapati kerap curi-curi melempar renungannya ke Zara. Yang menambahkan lagi rasa hairan Zara semasa dia membuat muka pelik apabila mereka bertentang mata.
"Siapa...come on brain!Think!"bisik Zara kegeraman sambil menggigit hujung kuku ibu jari. Serius mata itu benar-benar mengingatkan dia kepada seseorang, tetapi dia tidak pasti siapakah orang itu!
Share this novel