64. Dia suka duduk dalam rumah ni

Drama Completed 34070

Sejak menjalani kemoterapi, perlahan-lahan Zara mula merasai perubahan pada tubuhnya. Badannya yang sedia kurus semakin kurus.

Rambut panjang kini sudah di potong pendek ekoran keguguran rambut yang di alami semakin serius. Hendak dibotakkan terus rasa sedih maka Daniel bantu memotongkan sedikit rambutnya.

Beanie merah jambu disarung ke atas kepala sebagai sentuhan terakhir sebelum Zara kembali membelek wajahnya di cermin.

Melihat betapa pucat dan letihnya wajah dia waktu itu membuatkan bulu romanya meremang. Zara tunduk memandang gincu di meja soleknya lalu dipalit ke bibir. Hendak hilangkan sikit rupa pucatnya. Lalu blusher sedikit. Barulah hidup sikit mukanya ini.

Setelah selesai Zara lihat penampilannya pula dari balik pantulan cermin. Blaus kemeja labuh paras lutut, high knee sock hitam dipadankan dengan kasut high cut hitam. Anak rambutnya dibiarkan terkeluar ke dahi.

Yakin dengan penampilannya serba serbi lengkap, telefon bimbit dan beg sandangnya di capai sebelum Zara atur langkah berjalan keluar dari bilik.

"Selamat pagi Cik Zara..."sambut Eli, abang handsome yang jemput dia dekat kafe Emily hari tu. Lelaki kedua bertali leher merah. Baik orangnya. Sangat lemah lembut ketika berbicara. Tingkah lakunya pun sangat mesra. Baru seminggu Zara duduk di rumah Daniel mereka sudahpun melayani dirinya seperti puan besar di situ.

"Selamat pagi Eli...."senyum Zara dengan senang hati.

"Tuan Daniel tahu cik keluar hari ni?"soal Eli sewaktu jalan disisi Zara dengan kedua-dua tangan di belakang setelah mereka bertemu sama di hadapan tangga.

Zara mengangguk kepala. Mestilah Daniel tahu kalau tidak mananya dia dapat keluar. Lagi-lagi sejak kejadian di hotel tempoh hari, Daniel mula menegah dia dari keluar. Malahan dia tidak dapat pulang semula ke hostel langsung. Kebetulan jugak pada masa yang sama keadaannya pula tidak mengizinkan dia untuk keluar sementara waktu jadi terperuk Zara di kediaman Puan Diana dan Daniel.

Waktu itu juga Taylor muncul dari arah pintu depan koridor yang mereka lalui.

"Saya tahu...kalau boleh uruskannya sebelum beliau tiba di situ.."Lelaki itu sedang bercakap melalui telefon sewaktu menyedari Zara berjalan ke arahya. Bersama fail coklat di tangan sebelah lagi lelaki itu memberi anggukkan sapa pada Zara saja semasa menononh jalan menuruni tangga.

Zara yang lihat hanya memberi senyuman nipis. Sejak kebelakangan ni Taylor mahupun Daniel sangat sibuk. Bila di tanya apa yang mereka sedang sibukkan dua orang itu langsung tak nak beritahu. End up Zara enggan bertanya lagi kerana kalau dia tanya atau tidak sama saja reaksi dari dua orang tu.

"Boleh saya tahu kita hendak ke mana?"soal Eli lagi.

Zara dengar pada masa dia mematai belakang kepala Taylor sewaktu lelaki itu bercakap dengan nada rendah hampir berbisik sewaktu berbual dalam telefon.

Dia kagum dengan semua orang dalam rumah ini. Dari Nenek Diana sehinggalah para pengawal-pengawalnya mereka semua sangat tenang dan terkumpul.

Sikit pun tiada garisan emosi di wajah mereka. Membuatkan suasana rumah agam itu sangat harmoni dan tenang. DIa suka duduk dalam rumah ni.

"Kita singgah ke kafe dekat tempat kerja saya. Kemudian saya ada janji temu dengan seseorang. Selepas selesai bawa saya ke hostel pula..."jawab Zara sambil tunduk memandang langkahnya.

Eli di sebelah berkerut kening selepas mendengar perkataan hostel.

"Hostel?Cik tak duduk di sini lagi?"soal lelaki itu yang kedengaran seperti terkilan.

Zara yang dengar ketawa kecil. Lalu memandang Eli yang berada di sebelah dengan tangan berada di lengannya sejak dia turun tangga tadi. Takut sangat kalau dia terjatuh.

"Tak adalah..saya nak ambil barang saya.." jawab Zara dengan senyuman dibibir. "Saya tak boleh tinggal di hostel lagi mulai hari ni.."

"Kenapa?"Eli berkerut kening.

"Hahaha...sebab apa lagi ya sebab saya dah kena kick dari situ la.."ujar Zara.

Iya.

Semalam Zara dapat email dari universitinya. Memaklumkan bahawa dengan rasminya dia telah ditendang keluar dari universiti itu dengan alasan pelbagai kesalahan dan ada kes tu memang berpunca dari dia, ada sebab lain tu hanya direka semata oleh Encik James untuk memburukkan rekod disiplin Zara.

Alasan yang direka itu telah berjaya membuatkan pihak atasan univerisiti tersebut dengan 'murah hati' menyingkirkan Zara dari situ serta merta.

Zara tahu semua ni kerja siapa. Tapi dia sikit pun tidak kisah. Bukannya dia beria sangat nak belajar dekat situ. Dia ada di situ pun sebab James yang paksa.

Oleh kerana itu Zara perlu segera kosongkan katilnya atau semua barangnya akan dibuang jadi dia kena balik ke hostel mahu tak mahu.

"Oh."balas Eli semasa lelaki itu membuka pintu untuk Zara keluar dari rumah lalu disambut oleh Adam, pemandu kereta yang bawa mereka ke sini tempoh hari. Abang kacak bertali leher merah.

"Hai Adam..."sapa Zara dengan gembira apabila melihat wajah chubby tapi berbadan buffy milik Adam.

"Selamat pagi Cik Zara..."tunduk lelaki itu sewaktu membuka pintu kereta untuk Zara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience