30. Kau tak apa-apa ke

Drama Completed 34053

Selang beberapa hari kemudiannya, hari Sarah dan Zara diisi dengan kesibukkan kuliah, assignment, presentation, kerja sambilan dan aktiviti kelab masing-masing. Disebabkan mereka bakal duduk peperiksaan akhir semester, pelbagai perkara telah banyak ditugaskan oleh pensyarah masing-masing untuk diselesaikan..

Sampaikan hari minggu pun mereka tidak dapat rehat lama kerana terlalu pack dengan meeting dan perjumpaan berkumpulan assignment masing-masing. Makan entah ke mana, tidur entah ke mana.

Begitu la hari Zara seterusnya.

Pandangan berpinar,urat kepala berdenyut-denyut sakit. Otaknya sekarang ibarat terasa seperti di hempas dengan batu berkali-kali. Itulah yang sedang dirasai oleh Zara sewaktu dia duduk menghadap timbunan buku teks dan kertas dimana tugasan untuk menyediakan akaun dalam proses untuk disiapkan.

Tak tahu la...tak kira sebanyak mana dia cuba selesaikannya, serasa semakin banyak pulak kerjanya.

Sementara Sarah yang telah menyiapkan kerjanya, menghadap ipad menonton episode drama korea kegemaran dia atas katil gadis itu.

Di lantai, Zara berdesis kesakitan. Dia memejam buka mata untuk hilangkan rasa sakit yang bertandang, tetapi tidak berkurangan. Hanya semakin kuat pula sakit yang dirasainya.

Ugh!

Pen di tangan di jatuhkan ke kertas supaya dia dapat memicit kepalanya dengan jari jemari.

Tingkah Zara di sedari Sarah. Membuatkan Sarah berpaling memandang tertanya-tanya ke Zara.

"Kau tak apa-apa ke?"soal Sarah.

Zara memicit batang hidungnya lalu mengangkat kepala memandang Sarah.

"Mm....Aku okay."angguk Zara sambil memejam mata. Migrain dia ni kan kekadang suka datang tak beri amaran tau!Tak ada masa lain ke nak menyerang?Masa dia banyak kerja begini jugaklah dia nak sakit.

Sarah turun dari katil lalu duduk bersila di atas lantai depan Zara. Rakannya itu suka buat kerja atas lantai sebab lantai lebih luas.

"Itulah kau..aku suruh study atas meja ,kau nak jugak dekat atas lantai. Dah masuk angin macam ni siapa susah?"

Zara jenisnya kalau belajar atau buat kerja mesti perlukan ruang yang luas dan lebar sebab nak sepahkan semua barang yang ada. Tambahan pula buat kerja sambil baring ni lebih best. Sebab boleh landing sekali.

"Nak buat macam mana, meja belajar aku tu tak seluas alam ni untuk aku letak semua barang.."Zara menekup dahi dengan tangan kanan yang ditopang atas kaki yang bersila.

Sarah memicit bahu Zara. Risau dengan perubahan rakannya itu. Jarang dia lihat Zara sakit macam ni. Cuma kebelakangan ni dia perasan la jugak. Mungkin sebab jadual mereka yang padat, jadi Zara mula develop sakit-sakit.

"Kau sakit kepala ke?"

Zara mengangguk kepala.

"Kalau macam tu apa kata kiita pergi klinik ke hospital ke?"aju Sarah dengan prihatin.

Zara menggeleng kepala.

"Tak perlu la sampai over sangat. Aku okay aje. Pening kepala macam ni aje....boleh tak kau ambilkan aku botol air dengan ubat dekat rak buku tu..."tunjuk Zara dengan susah payah.

"Ubat?"Sarah bangun dari situ lalu mendekati rak tersebut. "Kau selalu ke sakit macam ni?Aku tak tahu pun?"soal Sarah sewaktu mencapai botol ubat lalu  botol mineral dari meja belajar Zara dan kembali duduk bersila di depan Zara.

Zara mencapai botol ubat dari tangan Sarah lalu terketar-ketar mengeluarkan dua biji ubat dari botol tersebut lalu di suap ke dalam mulutnya dengan perit.

Sarah membuka botol air untuk Zara lalu di serahkan kepada Zara. "Kau sakit ke?"soalnya sambal meneliti wajah Zara.

Zara meneguk air itu dengan rakus, sebelum melepaskan hela nafas lega seusai menelan air tersebut. Perlahan-lahan rasa sakit di kepalanya menjadi surut.

"Tak adalah...aku okay jer. Migrain biasa. Kau tahu lah akaun ni bukan benda senang."jelas Zara. "Salah kira tak imbang, bila tak imbang ke recheck dari awal...ugh!Aku benci betul la semua ni..."dia tahu ayahnya suka menyeksa hidupnya, tapi ini bukan setakat menyeksa dah ni!Ni dah tahu nak membunuh dia!Dengan nombor-nombor semua ni!

Sarah menyeka peluh dingin dari dahi Zara dengan lengan t-shirt lengan panjang dia Pucat wajah Zara waktu itu.

"Kau sure?"soal Sarah tidak yakin dengan penjelasan Zara. Risau dia menengokkan Zara ni.

Zara menepuk lengan Sarah sambil menarik senyuman nipis.

"Ya..aku okay. Kau jangan risaulah... Nama aku Zara okay. Orang kuat yang tak mudah mengalah...see otot lengan aku?"Zara menepuk otot lengan imaginasi dia.

Sarah mengalah lantas mengangguk kepala. Kalau Zara dah cakap macam tu dia boleh buat apa lagi.

"Kalau ada apa-apa beritahu aku."pesan Sarah.

Zara memberi tabik hormat.

"Aip!Aip!Kapten!"ucapnya dengan senyuman lebar di bibir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience