Suasana pada pagi itu semacam dari biasa.
Aura malam suram dan diam yang selalunya menghuni seluruh dewan kuliah kini tidak lagi. Seperti ada cahaya matahari memancar di dalam ruangan tersebut, semuanya begitu berseri dan kelihatan bersemangat tidak seperti sebelum-sebelumnya.
"Macam mana okay tak?Ke tebal sangat?"
"Senget sikit...tambah sini."
"Eh...boleh minta sikit tak lip gloss kau."
"Mana cermin aku tadi?"
"Boleh pinjamkan aku eyeliner?"
Disana sini suara siswazah sibuk akan sesuatu. Walaupun bersuara perlahan, namun disebabkan mereka ramai keadaan dewan kuliah bergumam dengan suara mereka.
Kecoh kelas pengurusan perniagaan itu sewaktu siswa wanita mendadankan diri masing-masing seperti tiada hari esok Sampaikan bilik kuliah mereka dipenuhi dengan pelbagai bau jenis wangian.
Naik pening hidung yang menghidunya tambah-tambah lagi dewan itu mempunyai penghawa dingin. Memang menerawang kuatlah baunya.
Di antara pelajar perempuan di situ, hanya seorang itu sahaja yang bersahaja tidak peduli untuk kelihatan menarik atau mengenakan make up apalagi menyibukkan diri untuk kelihatan presentable.
Hanya ringkas mengenakan kemeja hitam lengan panjang dan skinny jeans hitam. Rambut panjang hitam berkilatnya disanggul malas ke belakang dengan penyepit rambut silver saiz XLL yang dibeli pada musim panas dua tahun lalu.
Zara.
Seperti menyaksikan sesuatu yang menarik, Zara sejak tadi menopang pipi memerhati tingkah pelajar perempuan di barisan depannya dengan minat. Kagum dengan kesungguhan mereka untuk nampak cantik. Yang mana mereka semua memang sudah sedia cantik. Tanpa make up pun setiap feature yang dimiliki oleh mereka sudah sempurna.
Serius, apa yang berlaku pada hari ni?Kenapa semua orang begitu bersemangat?Sehinggakan semasa dia tiba dewan kuliah ini sudahpun padat dan penuh dengan pelajarnya. Yang mana amatlah jarang sekali berlaku sepanjang dia mula belajar sehingga la semalam.
"Kenapa kau orang semua ni bersungguh betul berias?"soal Zara bernada bosan. Masih menopang dagu memerhatikan barisan meja di hadapannya.
Seorang dari mereka yang sedang mengenakan mascara bersuara.
"Kau tak tahu ke hari ni hari apa?"soalnya bersama mimik muka mulut ternganga dan hidung kemek ke bawah.
Zara menjungkit bahu. Memangnya apa yang dia perlu tahu?Rasanya hari ni tiada ada apa-apa yang istimewa selain kuliah membosan mereka aje. "Entah..."
Lalu seorang lagi memandang terkejut ke arah Zara dengan mata terbutang luas.
"Serius kau tak tahu?"
"Serius la...apa yang kau buat sampai tak tahu apa yang akan berlaku hari ni Zara?"geleng mereka seakan terasa hati kerana Zara tidak tahu ada apa pada hari itu.
Zara membuat muka tidak faham dengan reaksi mereka. Apa yang dia orang cakapkan ni? Memangnya ada apa?
"Ada apa sebenarnya ni?Professor kita nak kahwin lagi ke??"tanya Zara kabur-kabur.
Mereka semua berdengus hendak ketawa dengan sikap naif Zara.
"Haih, apa la nak jadi dengan kau ni Zara. For your information la kan...hari ni Damon Benz akan buat lawatan ke kolej kita untuk beri sedikit syarahan mengenai pengalaman dia sebagai ahli perniagaan di kelas kita..."jelas mereka bernada kesal.
Zara sedikit pun tidak terkutik, malah dia hanya membuat muka tidak pedulinya. La...ingatkan apa la tadi. Damon Benz je pun. Apa yang nak di kalutkan sangat. Bukannya lelaki tu hairan dengan kewujudan mereka ini. Entah-entah pandang pun tak nak....
"Lah...sebab tu jer ke...aku ingatkan ada lawatan dari Queen of British ke apa...."selorohnya dengan malas sebelum mengerling ke tempat duduk kosong di sebelahnya.
Tempat biasanya Daniel duduk. Tapi entah kenapa Daniel tidak munculkan diri selepas kejadian dua hari semalam. Teruk sangat kecederaan Daniel sampaikan lelaki tu tak masuk kuliah?
Serba salah pula bila fikirkan tentang seniornya itu. Yalah kalau bukan sebab Daniel hendak berterima kasih kepadanya, pasti Daniel tidak dibelasah dan pasti Daniel dirompak oleh tiga lelaki di malam tu. Tambahan pula dia masih tak faham kenapa Daniel merajuk tiba-tiba malam tadi. Dia ada salah cakap ke? Jadi beria dia masuk ke kuliah dengan harapan dapat bertemu dengan Daniel. Untuk bertanya tentang hal tu dengan Daniel, tapi sayang Daniel tidak masuk.
"Mana senior nerd kesayangan kau tu?Tak datang ke dia hari ni?"tanya pelajar perempuan di sebelah Zara selang satu kerusi.
Zara memandang pelajar perempuan itu dengan kening berkerut. Daniel ada nama la. Tak boleh ke gelar seseorang menggunakan nama mereka?Bukannya suruh bayar pun.
"Kau orang berdua ada apa-apa ke?Aku perhati rapat betul kau orang berdua...dia teman lelaki kau eh?"
Zara berdecit menyampah apabila pelajar perempuan itu membuat muka sewaktu bertanya.
"Kenapa?Ada masalah ke kalau dia teman lelaki aku?"soal Zara yang berasa jengkel dengan sikap sinis pelajar perempuan di situ.
Kenapalah mereka benci sangat pada Daniel. Lelaki tu tak buat salah apapun pada mereka. Tak boleh ke hormat seseorang tu tanpa judge rupa paras seseorang semata? Nanti bila dah tua kerepot berkedut jugak muka tu.
"Wow...so memang betullah dia teman lelaki kau?"
"Apa kau nampak dekat dia?Pelik macam tu..aku tengok pun tak selera kot.."komen mereka.
"Betul...aku tengok dia tu takut-takut jer jenisnya...pandang orang pun tak nak.."tambah mereka lagi.
Zara melepaskan keluhan panjang sambil mengetap bibir. Dia orang ni kan!
Share this novel