Puan Gina terduduk di atas lantai itu dengan muka tergamam sebaik mendengar nama itu.
"Apa mama kata tadi?Zara?"sebutnya sebelum menelan air liur. Bukan ke ity nama gadis yang mengakui sebagai peminatnya?
Puan Belinda tunduk memandang Gina. Dia bangun dan memimpin anaknya duduk di sebelahnya.
"Sayang..apa yang tengah berlaku ni?"tanya Encik Musa kebingungan.
"Anak ibu?Ibu ada anak lain?"tanya Mason pula dengan muka terkejut.
Puan Belinda mengangguk kepala. Tidak mempedulikan anak lelaki Gina dan Musa yang sepertinya dalam keadaan bingung.
"Ya..Zara...dia ikut mama ke sini bersama." kata Puan Belinda sambil memandang Gina.
Gina membutang mata terkejut setelah teringat akan gadis yang ditemui tadi. Zara Delisha. Gadis itu anaknya?Tapi kenapa gadis itu tidak berkata apa-apa. Kerana itu ke gadis tersebut menangis. Bukan sebagai peminat tetapi sebagai anaknya?Menangis sebab dia sebagai ibu sendiri tak dapat cam anak sendiri?
"No!My baby.."sebut Puan Gina dengan tergamam.
Puan Gina kemudiannya terus bangun dari situ, dia merempuh keluar dari bilik itu dan meluru keluar seperti orang tidak tentu arah. Mike dan Mason sudah berlari mengejar Puan Gina. Risau melihat perubahan ibu mereka.
"Ibu...!"panggil Mason.
Puan Gina memandang kiri dan kanan. Melilau kalut melihat setiap tetamu di situ. Hendak mencari kelibat gadis tadi. Dia perlu jumpa semula gadis itu. Dia perlu!Dia mahu berjumpa dengan anaknya semula. Anak yang telah dia tinggalkan 21 tahun yang lalu. Anak yang sentiasa dia ingat selama ini. Anak yang dia buang secara terpaksa kerana kezaliman bekas suaminya sendiri.
Sewaktu Puan Gina membelok ke selekoh kanan dari arah bertentangan, waktu itu la muncul Daniel bersama Taylor dan Zara. Mereka bertiga berjalan keluar dari situ bersama-sama dengan derap langkah tenang dan bersahaja masing-masing. Langsung tidak perasan akan Puan Gina.
Pada masa yang sama Puan Gina berdiri membelakangkan mereka bertiga. Jadi Puan Gina langsung tidak perasan.
Sekali, bila Puan Gina berpaling ke arah tadi, tiga orang itu sudahpun selamat keluar dan tidak kelihatan.
"Ibu kenapa ni?"tanya Mason sambil memeluk bahu Puan Gina dengan risau.
Puan Gina memegang tangan Mason. Dia pandang Mason dengan kening berkerut.
"Zara...mana dia?"nangisnya dengan panik. "Anak ibu....Zara ampunkan ibu.."Puan Gina tidak tentu arah.
Mason memandang kiri dan kanan dengan kening berkerut. Bingung dengan apa yang sedang berlaku. Tidak faham apa yang ibunya kalut katakan.
Puan Gina terduduk di atas lantai itu sambil menangis. Menarik perhatian para tetamu yang ada di situ. Mike dan Mason bercakung di depan Gina yang sudah menangis tanpa suara dan tersedu sedan menyebut nama yang sama berulang kali.
"Ibu...tolonglah jangan macam ni..."pujuk Mike dengan kening berkerut.
Sementara Mason sudah kebingungan yang anat sangat.
"Anak ibu..."nangis Puan Gina dengan sedih yang teramat sangat. Nafasnya tercungap-cungap diserang panik."Ya Tuhanku... kenapa.."ratap Puan Gina dengan terdesak saat mencengkam kain baju di dadanya kerana rasa sesak di dada.
Puan Belinda muncul tidak lama kemudian, dia mendapatkan Puan Gina dan memeluk wanita itu sewaktu Encik Musa berdiri di belakang dengan renungan tidak faham.
"Shh...Gina..she's gone..."ujar Pua. Belinda yang sudah faham apa yang sedang berlaku.
"No...I want her..."nangis Gina di balik bahu Belinda. "Mama....Gina nak anak Gina....Gina nak minta maaf pada dia!!!"raungnya dengan terdesak.
Puan Belinda memeluk badan Puan Gina dengan erat. Dia memandang wajah dua orang cucu lelaki yang sedang kebingungan di depannya sambil itu. Cucu lelakinya.Anak perempuannya. Apa yang dia mahukan sudah berada di depan mata.
Zara telah rancang pertemuan ni untuknya tanpa mahu memperkenalkan diri pada Gina. Zara telah menghantar dia ke situ untuk tinggal bersama dengan Gina.
Puan Belinda mengetap gigi sambil merehatkan pipinya pada kepala Puan Gina. Kenapa Zara pergi begitu saja selepas meninggalkan mereka di sini?Sebaknya pun bertandang.
"Kenapa..."ratap Puan Gina. "Kenapa dia tak beritahu...Dia ada dalam pelukan Gina..."sedu dengan kuat.
Mike dan Mason yang ada di situ berkerut kening bingung. Masih belum jelas apa yang diratapkan ibu mereka.
Puan Belinda mencebik bibir menahan dari menangis. Matanya ikut kemerahan seperti hendak mengalirkan air mata.
"Sebab dia tak nak bebankan kamu lagi..sebab itu dia tak cakap apa-apa..."pujuk Puan Belinda.
Puan Gina menggeleng kepala tidak dapat menerima apa yang berlaku. Dia angkat tangannya dan melihat tangannya yang telah memeluk anak perempuan sulung. Anak perempuan yang dia terpaksa tinggalkan.
"Gina nak minta maaf pada dia mama...Gina nak minta maaf pada dia sebab Gina tinggalkan dia...Gina nak keampunan dia..."sedu Puan Gina dengan sebak.
Puan Belinda mengangguk kepala.
"Dia dah maafkan kamu Gina...dari awal lagi dia sudah maafkan kamu..."ujar Puan Belinda lagi.
Puan Gina teresak-esak nangis di atas lantai tersebut.
4 bab lagi.
Share this novel