"Terima kasih sebab sudi datang..." Encik Benz berjabat tangan Encik James, lelaki yang seusia dengannya sewaktu duduk di kerusi meja makan serentak bersama.
"Tak adalah...kalau kau tak pelawa mananya aku nak datang..."senyum Encik Benz sambil memandang Puan Kayla yang sedang berborak dengan isterinya."Mana anak-anak kamu?"soal?Encik Benz selepas itu.
"Biasalah...namapun anak perempuan..." Encik James memandang dua orang anak Encik Benz yang sedang duduk bersebelahan di baris meja sebelah kiri, menghadap Puan Kayla dan Puan Rania, isteri kepada Encik Benz. "Akhirnya dapat juga dapat bertemu dengan anak lelaki dan perempuan kamu berkumpul sama..."
Encik Benz kemudiannya mengerling ke anak lelaki dan anak perempuannya di sampingnya.
"Rasanya kau dah kenal dua-dua ni..."sengih Encik Benz dengan bangga terutama sekali pada anak lelaki sulungnya yang duduk di sebelah anak bongsu perempuannya.
Encik James mengerling ke anak perempuan Benz sekilas pandang sebelum tersenyum ke arah anak lelaki Encik Benz.
"Siapa aje yang tidak kenal CEO termuda kita...Damon." sapa James pada Damon. "Dan Sarah..."senyum James dengan penuh makna saat mengesan wajah cuak Sarah.
Dalam hati Rncik James sudah bersorak senang. Tidak sabar dia nak tengok reaksi Zara nanti.
Damon memberi anggukan sapa pada Encik James dengan wajah tanpa emosi. Pandang saja sudah tahu yang Damon tidak mahu berada di situ. Apa lagi Sarah yang kelihatan tidak senang duduk di situ.
Pada masa itu la, pintu bilik makan terbuka, mendedahkan dua orang gadis jelita berjalan masuk ke dalam ruangan itu. Seorang dengan dress merah ketat menampakkan susuk badan, seorang lagi kelihatan ringkas namun sejuk mata memandang mengenakan dress labuh paras lutut lengan panjang cekak leher warna biru cair.
"Hah...Itupun mereka..."senyum Encik James saat memandang Zara. Lelaki itu mengajuka tangan ke arah Zara dan Sarah supaya berada di sisinya.
Maka dengan patuh, dua orang gadis itupun jalan mendekati ke tepi kerusi Encik James dan menghadap meja makan. Kennedy yang perasan Damon terlebih dahulu sudah tersipu malu bercampur teruja. Dia tersenyum-senyum.
Manakala Zara di sebelah Kennedy waktu ini tifak tertarik untuk pandang ke arah lain kecuali ke satu muka itu. Dia pandang dengan bibir terbuka sedikit kerana bungkam ke arah gadis yang berada di hujung meja.
What the hell!
"Kenalkan...ini adalah anak-anak saya...Zara Delisha..anak kandung saya. Kennedy Riaz anak isteri saya..."aju Encik James.
Encik Benz dan Puan Rania pun melirik ke arah dua orang gadis itu sewaktu Encik James mengajukan tangan ke mereka dengan senyuman senang di bibir.
"Cantik-cantik ya anak kamu...bertuah kamu James..."puji Puan Rania yang membuatkan Puan Kayla tersenyum bangga.
Benz mengangguk kepala."Betul... masing-masing dah berpunya ke?" gurau lelaki itu.
James ketawa kecil.
"Tak tahulah mereka berdua ni..."balas lelaki itu.
Kennedy yang tidak tahu malu itu bersuara terlebih dahulu.
"Saya single.."ucap Kennedy tidak sabar-sabar.
Mereka di situ ketawa melihat reaksi teruja Kennedy. Zara di sisi pula hanya memberi renungan ngeri pada kenyataan Kennedy.
"Single kepala kau.. Teman lelaki kau tu nak letak mana? Dalam beg Gucci mahal kau tu?"fikir Zara dalam kepala sambil menjuling mata kejengkelan.
"Duduklah..."aju Puan Rania pada mereka berdua.
Zara mengetap gigi menahan sabar saat bertentang mata dengan Sarah yang sedang duduk di sebelah Damon.Lalu dia mengalihkan pandangannya untuk bergerak ke kerusi kosong yang ada di sebelah Rania. Manakala Kennedy ambil tempat di sebelah kerusi kosong sebelah Damon.
"Maid."panggil Encik James yang membuatkan beberapa orang maid berjalan ke sisi setiap seorang di situ menghidangkan makanan. "Makanlah...ianya hanya hidangan ringkas sahaja...harap tak kisah.."ujar lelaki itu sambil memandang Benz.
"Tak mengapa...kami bukannya makan emas pun...asalkan perut kenyang pun jadi..."
Dua orang sahabat itu ketawa senang seperti tidak mengesan udara tegang yang berada di meja itu.
Share this novel