69. Daniel awak jangan macam-macam

Drama Completed 34053

"Apa awak cakap?"tanya Zara sambil memandang Daniel sedang jalan mundar mandir ke hulu dan hilir bilik melakukan sesuatu.

Lelaki itu menyimpan dan mengambil barang dari satu almari ke satu laci ke satu rak. Entah apa la yang disibukkan Zara tidak dapat fokus kerana berita yang baru disampaikan sebentar tadi.

"Kita akan ke kampung halaman awak...dimana nenek dan awak pernah tinggal dulu..."ulang Daniel sambil tunduk memasukkan barang ke dalam bagasi.

Sebelum tu, Zara sebenarnya sedang berehat di dalam bilik tidur. Namun tidak lama selepas itu Daniel tiba-tiba mengajaknya untuk ke bilik tidur Daniel. Ingatkan nak apa, rupa-rupanya nak sampaikan perancangan mengejut Daniel yang tiba-tiba.

Daniel ingin mengajak Zara keluar negeri untuk pulang ke rumah kelahiran mama Zara. Iaitu kediaman lama Puan Belinda.

Yang mana Zara sendiri tidak mengetahuinya.

"Buat apa?"tanya Zara kebingungan.

"Buat apa lagi...duduk situlah..."jawab Daniel.

"Memang la ...tapi kenapa kita kena duduk dekat situ... untuk apa?Kenapa awak kena ikut sekali?Macam mana dengan study awak??"soal Zara.

"Saya dah mula cuti semester dah pun... cik sayang oi." Daniel bergerak ke arah katil dimana Zara sedang duduk bersila dengan timbunan barangnya yang lain."...seminggu lagi sebelum cuti bermula..."maklumnya di depan muka Zara.

"Ooh...dah cuti ke..."Zara yang dengar mengangguk kepala. Mana lah dia tahu. Lama dah dia tak ambil peduli tentang kolej selepas dia keluar dari situ. Dekat sebulan lebih dah dia tinggalkan tempat tu. Dan semua orang! Selain Daniel, Zara dah tiada apa-apa lagi. Inikan lagi perihal luar memang tak la dia nak ambil endah.

"Ya...jadi dari awak duduk di sini, baik kita keluar ambil angin dan tukar suasana.."

Zara pandang Daniel sewaktu lelaki itu membongkok di depannya dan mengambil baju yang telah berlipat di belakang badannya pula. Sambil itu sempat lagi Daniel mengucup dahinya sebelum kembali ke sofa dimana bagasi lelaki itu terletak.

Baju-baju yang diambil tadi dimasukkan ke dalam bagasi.

"Perlu ke awak buat semua ni semata untuk saya?"soal Zara.

"Kenapa pula tak boleh..."jawab Daniel. "Kan saya cakap...kalau awak nak saya bahagia. Awak kena izinkan saya bahagiakan awak.." seloroh lelaki itu sambil menzip bagasi yang sudah penuh dengan barang.

Zara melepaskan keluhan. Malas lah dia nak cakap dengan Daniel. Lelaki itu ada saja jawapannya. Macam cakap dengan televisyen pun ada. Dia cakap lelaki tu pun cakap. Dia soal lelaki itu pun jawab. Tiada titik noktahnya.

"Dah...jom."ujar Daniel sambil menghulur tangan memanggil Zara supaya mendekat.

Zara turun dari katil lalu mendekati Daniel.

"Nak ke mana pulak ni?"soal Zara sambil mencapai tangan Daniel dan menggengamnya dengan erat.

Daniel tidak menjawab. Lelaki itu berjalan keluar dari bilik tidurnya dan mula melangkah mendekati bilik tidur Zara yang ada di seberang koridor depannya.

Zara sekadar ikut sahaja langkah Daniel setelah menyedari mereka sedang menuju ke arah bilik tidurnya.

Berdiri saja mereka di situ, Daniel berdiri di depannya dengan tangan memegang tombol. Memandangnya dengan renungan yang tidak dapat ditafsirkannya.

"Apa?Kenapa pandang saya macam tu?"tanya Zara sambil memandang pelik ke Daniel. "Awak jangan macam-macam ya!"Zara memberi amaran apabila berasa sesuatu tidak kena.

Daniel tersenyum lebar sampai telingganya ikut terangkat.

"Sebelum tu saya minta maaf untuk air mata awak sekejap lagi..."

"Hah?"

"Masuklah...."Daniel buka pintu kemudiannya. Menggesa Zara dengan renungan redupnya.

Zara pandang curiga ke pintu biliknya yang sudah terbuka sedikit. Lalu kembali memandang Daniel.

"Ada apa dalam bilik tu?Daniel...awak jangan bukan-bukan. Kalau tidak saya takkan cakap dengan awak..."Zara mencucuk dada Daniel dengan jari telunjuk.

Daniel ketawa kecil kerana geli dek dicucuk Zara.

"Ya...saya janji. Masuk aje dulu..."arah Daniel sekali lagi.

Dengan renungan tidak puas hati bercampur curiga, Zara pun melangkah masuk ke dalam bilik.

Sebaik sahaja dia jejak kaki dalam bilik itu.Cahaya lampu bilik menyala menerangkan seluruh ruangan bilik tersebut selepas Zara berdiri di depan pintu bilik.

Keadaan terang tiba-tiba itu membuatkan Zara terkedip-kedip hendak adaptasi dengan cahaya bilik itu. Setelah pandangannya jelas, barulah matanya jelas dan pandangannya tertancap pada arah depan katilnya.

Zara kejung berdiri di situ.

Pada masa yang sama Daniel perlahan-lahan jalan menghampiri Zara dari belakang. Dia memegang pinggang Zara dengan lembut sebelum tunduk membisik di telinga Zara.

"Happy birthday to you Zara..."ucap Daniel sebelum mengucup tepi kepala Zara dengan kasih memandang ke arah depan.

Zara menekup mulut dengan kedua-dua tangan sebelum terhambur menangis. Menggigil badan dia seluruh anggota setelah melihat wanita yang selama ini dia rindui sedang berdiri memandangnya dengan senyuman manis di bibir sambil menatang dulang berisi kek kecil dengan lilin bernyala.

"Nenek..."nangis Zara saat jalan perlahan mendekati Puan Belinda.

Puan Belinda yang lihat turut  sebak. Bibirnya tercebik-cebik hendak menangis.

"It's really you..."Zara mendepakan tangan hendak memeluk neneknya.

Sebagai isyarat, maid dan juga Taylor alihkan dulang dari tangan Puan Belinda dan memimpin Puan Belinda untuk jalan mendekati Zara memandangkan wanita itu sudah tua dan tidak kuat hendak berjalan sendiri.

Zara meratap dengan sedih sebelum menyembamkan mukanya ke dada Puan Belinda dan memeluk tubuh wanita itu seeratnya.
Suara raunngannya tenggelam dibalik dada Puan Belinda.

Maid, Taylor dan Daniel yang ada dalam bilik itu memandang syahdu di atas pertemuan dua insan itu. Masing-masing tersenyum senang.

"Zara ...nenek rindu.."nangis Puan Belinda terketar-ketar hendak gagahkan diri berdiri memeluk Zara.

"Zara pun....Maafkan Zara sebab ambil masa untuk jumpa nenek...maafkan Zara..."nangis Zara selepas menjarakkan mukanya dari dada Puan Belinda. Dia tatap wajah itu dengan perasaan rindu membuak-buak. Air mata berjuraian turun dari tepi matanya.

Puan Belinda mengusap pipi Zara yang sudah kemerahan dan berair mata itu dengan senyuman gembira.

"Maafkan nenek jugak sebab tinggalkan kamu lama-lama sendirian..."suaranya serak kesedihan.

Zara menggeleng kepala lalu kembali merehatkan dahi ke dada Puan Belinda.  Air matanya tidak mahu berhenti saat itu. Perasaan Zara waktu itu ibarat seperti simpulan yang mengikat saluran pernafasan telah terlerai bebas. Dia terasa ringan dan lapang yang amat sangat.

Sedang tangannya mengusap belakang badan Zara, Puan Belinda memandang Daniel yang berdiri dengan kedua-dua tangan di dalam poket. Bertentang saja mata mereka, dia menggerakkan mulut mengucapkan‘terima kasih’ pada Daniel tanpa mengeluarkan suara.

Zara berpaling memandang Daniel.

"Jadi selama ni yang awak sibukkan adalah ini?Macam mana awak tahu hari ni hari lahir saya?"soal Zara dengan wajah kemerahan.

Daniel menjungkit bahu sambil tersenyum.

"Macam mana awak tahu?"soal Zara lagi dengan serak menangisnya.

"Tiada yang saya tak tahu tentang awak Zara..." balas Daniel dengan senyuman nipis di bibir memikirkan ini hanyalah perkara yang dia mampu lakukan untuk membantu mereliasasikan impian kekasihnya selama ini.

Zara yang dengar menjadi semakin sebak.

Puan Belinda yang lihat senyum senang.

"Teman lelaki kamu ke?"bisik Puan Belinda sebelum tersengih.

Zara yang dengar tunduk memandang ke bawah lalu mengangguk perlahan.

"Nenek suka dia..."komen Puan Belinda.

"Zara pun..."bisik Zara semula sebelum kembali memeluk Belinda dan merehatkan kepala ke ceruk leher wanita itu. "I miss you grandma." ucap Zara dengan mata terpejam.

"I miss you too darlin..."Puan Belinda mengucup dahi Zara dengan kasih saat dia mengusap lembut kepala itu. Syukur la dia dapat menemui Zara akhirnya.

Kebetulan, pada masa dia memeluk neneknya mata Zara teralih pada Taylor. Lelaki itu berdiri betul-betul di depannya ketika itu. Membuatkan mereka berdua tanpa sengaja terkunci pandangan. Air mata gembira mengalir di pipi bersama senyuman di bibir Zara sewaktu dia memandang terima kasih pada Taylor.

Sementara Taylor hanya diam memandang wajah gembira sedih Zara dengan renungan tidak dapat ditafsirkannya. Dalam diam dia mencengkam kuat jari jemarinya dalam kepalan penumbuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience