Selepas tenangkan diri dan kumpulkan semula diri supaya kembali tenang Zara berjalan masuk ke ruang makan itu dengan senyuman di bibir. Dia memandang ke arah Puan Kayla yang sepertinya tidak puas hati sementara Kennedy sudah muram di sisi Damon. Rania pula menjungkit kening ingin tahu ke Zara.
Apa pulak kali ni?
"Seorang saja?Di mana Sarah?"tanya Puan Rania sewaktu Zara kembali duduk di sebelahnya.
Dia menyelesakan diri di kerusi semasa berkata."Oh...katanya nak ambil angin sekejap tadi.." jawab Zara sambil tersenyum. Kawannya itu masih menangis lagi semasa dia berjalan naik.
Sementara Encik James yang perasan mata Zara kelihatan sembab dan kemerahan tersenyum jahat. Sepertinya rancangan dia telah berjalan dengan lancar. Pasti Sarah dan Zara telah bertengkar sewaktu keluar tadi.
Zara yang perasan akan senyuman di bibir Encik James itu sekadar menjeling sekilas kemudiannya memandang Damon lantas bersuara.
"Jadi macam mana dengan perbincangan tadi?Apa yang saya terlepas?"soal Zara pada Puan Rania.
Puan Rania tersenyum senang. Wanita pandang ke Zara lalu ke Damon.
"Damon dah ada pilihannya. Dan aunt pun setuju dengan dia...kan Sayang..." Puan Rania memandang Damon di kerusi sebelah kanan Encik Benz, sementara Kennedy yang duduk di kiri Damon seperti mahu menangis.
Zara tersenyum lalu memandang Kennedy.
"Oh ya ke bagus la kalau begitu...taniah Kennedy..."ucap Zara dengan ikhlas pada Kennedy. Sama sekali tidak tahu apa yang dibincangkan oleh mereka sepanjang ketiadaannya di situ tadi.
Ucapan Zara membuatkan kesemua di meja makan tersebut menjungkit kening dengan tinggi seakan terkejut kerananya. Kennedy memang sudah memerah, Puan Rania berkerut kening. Sementara Encik James masih poker face.
Encik Benz pula tertawa kecil. "Eh...bukan Kennedy..tapi kamu..Zara.."ujarnya selepas itu.
Senyuman di bibir Zara terus hilang ia diganti dengan renungan terkejut. Dia memalingkan kepala ke Encik Benz dengan riak membutang mata.
"Sorry..apa dia tadi?"soal Zara yang sedikit terkejut dengan makluman itu. Damon pilih dia?Kenapa? Dia baru saja hendak selesaikan hal dengan keluarganya dan juga Sarah. Tiba-tiba muncul pula berita tak menyenangkan ni.
Damon memandang Zara dengan renungan kosong sambil mencapai gelas berkaki yang terisi dengan air kosong lalu di sisip sedikit.
"Ya. Saya pilih awak."suara dalam lelaki itu menyapa telinga Zara. Membuatkan kening Zara berkerut. Apa yang lelaki ni fikirkan!? Ramai-ramai calon diluar sana kenapa perlu keluarga ini?
"Taniah Zara, ayah senang mendengarnya..."ucap Encik James dengan senang sewaktu memandang Zara.
Kepala Zara berpaling pantas ke Encik James sewaktu dia memberi renungan tak faham sebelum sentuhan lembut terasa di bahunya buatkan dia tersentak.
"Aunt harap kamu tidak menolaknya..."ujar Puan Rania sambil memberi senyuman penuh berharap pada Zara.
Kennedy di seberang meja sudah memandang tidak puas hati ke Zara sebelum memalingkan muka ke arah lain dengan tangan bersilang di dada.
"Kenapa saya?"tanya Zara sambil pandang Damon. "Awak boleh aje pilih orang lain..."Â bantahnya.
"Saya tahu pilihan saya..."jawab Damon dengan nada tenang.
Kening Zara mencerun tak puas hati. Selepas hubungan dia Bersama Sarah menjadi keruh, lelaki dihadapannya ini dengan tidak malu menjadikan dia sebagai calon isteri?Did this man even have brain to think?
"Mungkin kami patut beri masa untuk kamu fikirkan..."aju Encik Benz.
Zara mengangguk kepala lalu tersenyum berterima kasih pada Benz. Yang mana dia memang tiada niat hendak membuat pertimbangan. Ini kerana keputusannya muktamad. Dia enggan menerima lamaran ini!
Damon yang dengar tidak bersuara walaupun dia hendak membantah. Dia enggan Zara membuat pertimbangan. Kerana dia memang mahukan Zara menjadi calon isterinya sejak awal lagi. Tapi disebabkan di situ ada orang tua dia nak atau tak nak dia kena jaga sikap.
"Ya...betul..kita patut beri masa pada Zara untuk membuat keputusan..."balas Puan Kayla berpura-pura tersenyum sedangkan dalam hati rasa macam nak menyumpah depan Zara.
Dalam diam Zara mengepal penumbuk di kedua-dua tangan yang berehat atas pehanya. Kenapa!Kenapa mereka semua memperlakukan dirinya seperti ini!
Share this novel