13. Senior Daniel?

Drama Completed 34053

Click!

Kaunter ditutup. Menandakan sudah tamatnya waktu beroperasi Cafe' Vanilla setelah jam masuk 9 malam pada hari itu. Semuanya sudah dikemas dan dibersihkan.

Zara yang membuat closing siap mengemop lantai terus tarik blinder di setiap dinding kaca kafe tersebut sewaktu Emily mengira duit dan mencatat akaun perniagaan mereka pada hari tersebut.

Seusai meletakkan barangan di bilik stor dan mematikan sebarang suis, Sarah dan Zara memasing keluar dari premis untuk pulang.

"Kamu sure tak nak saya hantar...dah lewat malam ni..."soal Emily semasa mengunci pintu kafe sewaktu Zara berdiri di sisi menemaninya.

Zara menggeleng kepala sambil tersenyum."Ya..saya boleh jalan balik sendiri. Lagipun bukannya jauh mana pun."tolaknya dengan baik.

Emily jalan mendekati kereta sambil diikuti Zara di sisi.

"Risau saya kalau kamu lewat balik malam macam ni sendirian..."ujar Emily.

Zara yang dengar tersenyum. Emily ni risaunya mengalahkan Sarah. Disebabkan dia telah bekerja lama di restoran itu sejak umur 16 tahun lagi, Emily sudah dianggap sebagai kakaknya sendiri. Bukan sahaja baik, malah lemah lembut orangnya. Seorang bos yang amat Zara sayangi sejak hari pertama dia bekerja bersama Emily.

"Jangan risau...saya ada otot-otot ni."gurau Zara sambil mengangkat tangan kanan dan tunjukkan otot bicep imaginasinya.

Emily apalagi, dia menampar lembut lengan Zara dengan senyuman kecil. Ada sajalah jawapan Zara ni.

"Ada-ada saja la kamu ni..."gelengnya. "Ya sudah kalau kamu tak mahu. Hati-hati masa balik nanti."Emily memeluk kejap badan Zara lalu berpisah. "Esok macam biasa. Habis sahaja kelas terus ke kedai ya..."pesannya sambil membuka pintu kereta.

Zara mengundur sedikit kebelakang menjauh dari kereta itu saat memerhati Emily masuk ke dalam kereta dan menutup pintu kereta lalu menurunkan cermin kereta untuk memandangnya.

"Dengar tak tu?"soal Emily lagi.

"Ya...tahu."balas Zara mengangguk sejurus itu.

Emily memberi senyuman nipis sebelum mula memandu kereta pergi dari situ. Meninggalkan Zara yang melambai di tepi jalan memerhati kereta itu menjauh.

Setelah bayang kereta Emily menjauh, Zara berpaling dari situ. Dia mula jalan melintasi deretan kedai dan premis yang sudahpun gelap dan tutup memandangkan jam sudahpun masuk 12 malam dengan senyap.

Perjalanan untuk balik dari kafe ke hostel tidaklah ambil masa yang lama hanya 10 minit sahaja kalau berjalan kaki.

Kenapa dia memilih untuk jalan kaki? Why not! Bukannya rugi mana pun. Sihat dapat, ambil angin pun dapat.

Zara jalan sendirian melalui laluan pejalan kaki sambil ditemani lampu jalan. Dari pohon ke pohon di lintas malam itu tanpa menunjukkan sebarang reaksi resah atau takut. Bukan sekali dua dia ulang-alik lewat malam begini. Sudah lali dengan perasaan takut itu kerana entahlah...dia berasa seakan ada yang menjaganya.

Setiba dia di perkarangan hostel, Zara ternampak sesuatu berlaku tidak jauh dari tempat dia sedang berjalan.

Tiga orang lelaki sedang menyepak tendang sesuatu atau seseorang di bawah lampu jalan hujung laluan pejalan kaki itu.

Duh!

Apa lagi pulak tu?

Menyedari orang itu dalam masalah Zara terus berlari ke arah kumpulan tersebut.

"Hoi!"panggil Zara dengan lantang.

Mengejutkan tiga orang tadi yang mana terus melarikan diri dari situ setelah mengutip sesuatu di atas jalan dan mencampaknya semula ke arah orang yang sedang terbaring di situ.

Risau sekiranya sesuatu menimpa orang itu, Zara terus melutut mendapatkan orang tersebut.

"Uhuk!Uhuk!"batuk orang itu sambil melingkar memegang dada.

Zara memegang bahu orang itu sebelum menahan nafas terkejut. Ingatkan perempuan, rupa-rupanya lelaki!

"Senior Daniel?"soal Zara dengan kening berkerut. "Apa yang dah berlaku?"bisiknya sambil memapah Daniel bangun dari situ.

Dah kenapa senior dia ini di hadapan hostel perempuan?

Zara pandang tepi Daniel dengan susah payah kerana keadaan di situ agak gelap dan lampu jalan di tepi mereka ini tidak la terang mana. Jadi Zara gusar sekiranya ada kecederaan parah yang dialami Daniel tetapi dia tidak perasan.

Daniel terkapai-kapai seperti mencari sesuatu. Zara yang perasan nampak apa yang dicari oleh lelaki itu terus mencapai cermin mata yang sudah pecah cerminnya tepi kaki Daniel lalu dipakaikan untuk lelaki itu diwajah.

"Terima kasih.."ucap Daniel sebelum berdesis kesakitan memegang tepi bibir.

Dengan kening berkerut kening kerisauan, Zara pegang lengan Daniel. Enggan melepaskannya lagi kerana dia tidak faham apa yang berlaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience