Semua orang ada mimpi ngeri mereka yang tersendiri bukan?
Ada yang berpunca dari trauma.
Ada yang berpunca dari memori lalu.
Ada yang berpunca kerana ianya mainan tidur itu sendiri.
Semua ada sesuatu yang buatkan mereka trauma atau takut. Buatkan mereka lemah dan tak dapat hendak jalankan hidup mereka dengan tenang dah normal.
Begitu juga dengan Zara.
Dia juga mempunyai nightmare dia sendiri.
"Tak...ayah tak tahu Zara..."jawab Encik James dengan sengih sinis.
"Kemudian...kenapa tak lakukannya sekali lagi?Tak ke cerita akan lebih menyeronokkan lagi?"cabar Zara dengan sengih meleret sinis di bibir.
James mengetap rahang dengan kuat. Memandang marah ke Zara untuk seketika sebelum mencampak tubuh Zara tanpa belas jatuh ke lantai semula.
Bersama dada naik turun menahan sabar, Encik James terus menengking.
"Apa yang kamu nak cari tentang wanita tak guna tu! Apa yang kamu nakkan dari wanita sialan tu! Kenapa dia yang kamu fikirkan sedangkan dia yang buang kamu! Tidak pedulikan kamu sehingga sekarang! Kenapa cari wanita yang tidak mahukan kamu sebagai anaknya!"
Kepala Zara dongak ke atas taktala melihat wajah ayahnya yang berang dan kelihatan begitu bengis sekali. Kalau sewaktu kecil dia takut, kini selepas dewasa Zara tidak berasa takut selain benci dan jijik.
"Kenapa ibu tak nak cari aku adalah sebab dia tak nak jumpa mimpi ngeri dia.." Zara menarik sengih mengejeknya lagi. "Sebab dia tak hingin berjumpa dengan lelaki yang menjadi punca kesengsaraan dia....dia buangkan aku sebab dia jijik ada anak dari lelaki tak ada hati perut macam kau!"
"Mimpi ngeri?"soal Encik James sambil bercakung di depan Zara dan melentokkan sedikit kepala ke kiri. Menilik wajah pucat Zara. "Siapa?Ayah?"soalnya bernada lucu seperti mahu ketawa.
Zara memejam mata saat mendengar perkataan ayah itu keluar dari mulut Encik James. Sakitnya hati dia mendengar ucapan ayah itu keluar dari mulut lelaki sadis di depannya ini. Lantas dia membuka mata sesaat kemudian.
"Ya engkau....Zara tersengih mengejek.
Encik James membuat muka seperti mahu mencarut, tetapi lelaki itu menahan diri.
"Kalau ayah adalah mimpi ngeri kamu....kamu dan dia tak ubah seperti lumut di bawah batu. Kewujudannya tidak berfungsi, kehadirannya tidak penting..."balas Encik James dengan nada benci. "Selagi dia tak tunjukkan muka tak guna dia lepas tinggalkan aku sendirian dengan anak menyusahkan macam kau ni selagi tu kau tersekat dengan aku sampai bila-bila...kau ingat aku nak biarkan hidup kau senang ke lepas dia khianati kepercayaan aku demi lelaki lain?"
Sarah perlahan-lahan bangun dari nangisnya lantas dongak memandang Encik James. Dia tak tahan. Dia tidak tahan dengan semua seksaan yang Zara terima. Dia tidak dapat menerima dengan sikap Encik James yang memperlakukan Zara seperti objek melepaskan dendam. Tetapi dia tidak dapat lakukan apa-apa mengenai hal itu.
"Sekali ni aje aku lepaskan kau. Dan sekiranya aku dapat tahu kau cuba jumpa orang tua tu lagi...aku takkan teragak-agak untuk berikan hukuman lebih keras pada kau..."tegas Encik James yang kemudiannya berdiri dan kembali duduk kerusi tadi.
Zara perhatikan saja Langkah Encik James dengan gigi terketap erat. Sumpah!Dia bersumpah yang dia bencikan ayahnya ini!
Sarah papah Zara bangun dari situ dengan linangan air mata di pipi bersama birat bekas lima jari di tepi pipi kanannya. Hasil tamparan Encik James kepadanya tadi sewaktu cuba menghalang Zara di rotan.
"Lagi satu..."Encik James bersuara sambil membuka muka buku. "Dari kamu buang masa untuk timbulkan masalah supaya kamu dapat keluar dari universiti tu...baik kau jadi anak yang baik. Belajar betul-betul supaya pandai. Jangan tahunya nak malukan nama keluarga saja dengan perangai buruk kamu tu...ada otak kan?So pakai sekejap otak...jangan buat hiasan dalam kepala semata..'
Sarah memalingkan Zara untuk keluar dari tempat itu sewaktu Encik James di belakang sibuk bercakap sendiri.
"Maafkan aku.."ucap Sarah dengan sedih sewaktu Zara jalan terincut-incut hendak seimbangkan badan dari terjatuh. "Maafkan aku sebab tak dapat nak lindungi kau.."
Zara berdengus kecil menahan diri dari ketawa.
"Tak apa..."ucap Zara dengan lemah. "Pipi kau okay?"
"Mm...sikit je..."
Dua orang itu jalan melewati bilik bacaan itu sebelum menghilang sebaik pintu itu tertutup rapat semula.
Share this novel