75. Mana dia?

Drama Completed 34053

"Encik Daniel?"panggil Puan Gina dari belakang.

Daniel yang dengar berpaling. Dia memandang ke Puan Gina lalu tersenyum lebar.

"Puan Gina..."sambutnya sambil menghulur tangan lalu berjabat tangan dengan wanita itu.

Oleh kerana Daniel merupakan sponsor yang mengajurkan pamerannya ini, Puan Gina sedikit terpegun taktala memandang Daniel yang tersenyum lebar.

Waktu itu mereka berada di dalam ruang private dimana sebuah meja terisi dengan hidangan pencuci mulut dan minuman tersusun di atasnya.

Suami Puan Gina di sofa duduk membelakangkan pintu masuk bersama seorang wanita di sisi. Lelaki itu seperti senang berborak dengannya.

"Siapa tu?"soal Puan Gina setelah menyedari wanita di sebelah suaminya. Dia tidak dapat kenalpasti kerana wabita tersebut duduk membelakangkannya.

Daniel yang dengar pun berpaling.

"Seseorang yang amat puan ingin temui dalam dunia ni."jawab Daniel dengan senyuman di bibir.

Puan Gina memandang bungkam ke arah Daniel. Lelaki itu adalah sponsorshipnya. Dia temui lelaki itu dua bulan yang lepas melalui Skype.

Lelaki itu menyatakan hasrat ingin menguruskan majlis pamerannya di sini secara tiba-tiba. Puan Gina tidak kisah. Jadi dia tidak kenal sangat siapa lelaki misteri ini. Apa yang dia tahu, lelaki itu adalah CEO sebuah syarikat ternama yang mana dia sendiri tidak tahu apa nama syarikat itu apatah lagi latar belakang lelaki dihadapannya ini.

"Apa maksud kamu?"soal Puan Gina dengan muka tertanya-tanya. "Orang yang saya ingin temui?"

Daniel jalan mendekati sofa dan berdiri menghadap Puan Belinda dan Encik Musa, suami kepada Puan Gina.

"Dia dah sampai..."maklum Daniel pada Puan Belinda.

Puan Belinda yang tidak tahu siapa yang dimaksudkan itupun menoleh ke belakang dengan senyuman di bibir tanpa berfikir panjang.

Sekali, apabila dia bertentang mata dengan Puan Gina,Puan Belinda terus bangkit dari duduknya dan menghadap Puan Gina seperti baru melihat hantu.

"Gina?"panggil Puan Belinda dengan mata berkaca.

Puan Gina terkedu di situ dengan air mata bergenangan di tubir. Wajahnya kemerahan.

"Mama?"panggil Puan Gina dengan sebak. Riaknya jelas beritahu betapa terkejutnya dia.

Begitu juga dengan Puan Belinda, dia terus menghambur air mata keluar dari mata dengan tangan menekup mulut kerana terlalu terkejut dengan apa yang di lihat. Dia terduduk semula ke kerusi dan tunduk menangis tanpa suara.

Tanpa berlengah Puan Gina terus bergegas mendapatkan Puan Belinda. Tidak lagi peduli akan renungan pelik dan kehairanan yang diberikan oleh Mason dan Mike ketika ini.

"Mama..."raung Puan Gina dengan sedih saat melutut di depan kaki Puan Belinda dan memeluk perut wanita itu dengan sebak.

Puan Belinda pantas tunduk mengucup kepala Puan Gina dengan sebak. Air mata berjuraian tumpah ke pipi dan rambut itu.

"Ya tuhanku...mama tak tahu betapa rindunya Gina dekat mama..."ratap Puan Gina dengan suara serak menangisnya. Terus wanita itu mengangkat kepala. Dia memandang Puan Belinda dengan wajah basah dengan air mata. "Apa yang dah berlaku?Macam mana James boleh lepaskan ibu macam tu saja?"

Sebab kenapa Puan Gina tidak cuba mencari Puan Belinda adalah kerana Puan Gina enggan Encik James menyakiti anak perempuannya. Untuk lindungi kedua-dua insan terpentingnya, maka Puan Gina terpaksa menjauhkan diri.

Puan Belinda menatap wajah Puan Gina dengan kening berkerut sedih. Hasratnya untuk bertemu anak tunggal dia ini akhirnya tertunai. Dia ingatkan yang dia tidak akan dapat menemui Gina hingga ke hujung nafasnya!

"James tak lepaskan mama, tapi mama di bawa pergi dari James..."jawab Puan Belinda sambil menyeka air mata dari pipi Puan Gina.

Puan Gina terbutang kaku. Dia dongak memandang Puan Belinda dengan tersentak. Nafasnya tertahan tanpa sedar.

"Kalau mama ada dekat sini...itu bermakna, dia ada sekali....mana dia?"tanya Puan Gina.

Puan Belinda menjungkit kening tersentak sebelum dongak memandang ke arah Daniel. Tetapi sekali bila dia pandang ke tempat sepatutnya Daniel berdiri, kelibat lelaki itu sudahpun tiada.

"Siapa maksud kamu?"tanya Puan Belinda pada Puan Gina.

"Anak saya mama..."tanya Puan Gina dengan suara menggeletar mahu menangis. Dia tak tahu nama anak perempuannya itu kerana tidak sempat hendak diberi nama. Jadi Puan Gina bingunh hendak gelarkan anaknya itu.

Puan Belinda menahan nafas dengan kuat. Ya tak ya!

"Maksud kamu Zara?"tanya Puan Belinda.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience