Semua di sekitar tempat kejadian pandang ingin tahu akan kekecohan yang baru tercetus. Masing-masing menjengah leher hendak memandang.
"Ken...sudah."minta Lissa yang memeluk bahu Kennedy sewaktu rakannya mahu menyerang Zara semula.
Zara menghadap Kennedy dengan mata kemerahan sebab menahan sakit pipi yang sedang berdenyut kebas dek tamparan tadi.
"Kau tahu kenapa dia orang lebih kan aku dari kau?perlakukan kau macam tak penting dalam hidup dia orang?Sebab perangai kau tu tak ubah macam mak kau tahu tak!"marah Kennedy yang sudah hilang kawalan.
Tidak peduli kalau semua orang tahu mereka berdua tu sebenarnya saudara tiri.
Zara menggengam telefon dalam tangan dengan erat saat memandang Kennedy tanpa berkelip. Sakit di muka dapat...sakit di hati pun dapat.
"Ya sebab tu kau buat perangai macam perempuan murahan..."sampuk satu suara di belakang Zara.
Pelajar sekitar yang mengerumuni tempat itu memberi ruang untuk Sarah jalan. Gadis itu berdiri disebelah Zara. Tangan bersilang di dada bersama riak tidak suka dan renungan serius.
Kennedy memandang Sarah dengan ketapan gigi. Keningnya mencerlung bersama ketapan gigi yang erat.
Balik-balik perempuan menjengkelkan ini lagi!
"Hei!Kau jangan nak masuk campur! Ini urusan aku dengan dia! Kau tahu tak baju ni aku baru aku ni custom made!Berbulan aku tunggu ianya siap..dan perempuan s$*) ni boleh kotorkan macam tu aje...kau dengan senang rosakkannya..."rengek Kennedy. "...asal kau cemburu ke aku dapat pakai semua ni bukan kau dasar anak pungut!"ludah Kennedy dengan benci.
"Ken!"panggil Lissa yang terkejut dengan kata-kata Kennedy. Matanya terbutang luas.
"Kau diam!"jerkah Kennedy pada Lissa lalu kembali memandang Zara. "Aku dah lama sabar dengan kau tahu tak!"herdiknya di depan muka Zara.
"Cukup lah tu..."minta Lissa lagi.
Zara mengetap gigi dengan kuat sebelum memandang Sarah. Dia enggan membalas kata Kennedy itu. Malah dia tidak terasa hati pun dengan makian tersebut.
"Jom Sarah..."ajak Zara yang tidak mahu lama-lama di situ. Takut kalau budak lelaki tu sedar telefonnya hilang.
Sarah memberi renungan tidak puas hati ke arah Kennedy. Berharap perempuan itu lenyap saja di muka bumi ini. Buat sakit mata aje tengok!
Setelah keadaan kembali reda, Sarah dan Zara sudahpun menjauh dari situ, pelajar lelaki tadi bingung mencari telefonnya.
"Mana benda tu?"soal pelajar lelaki itu.
Sementara Lissa yang sedar apa yang berlaku memandang ke arah dimana Zara pergi sebelum kembali memandang ke arah pelajar lelaki gatal yang dia sebenarnya telah perasan sejak awal tadi sesang merakam bawah skirt Kennedy.
Dari awal lagi dia perasan semua tu, tapi Lissa tidak berani hendak bersuara disebabkan lelaki itu bukan sebarangan lelaki.
Lelaki itu adalah anak dekan univerisiti ni. Jadi dia terkejut bila Zara tiba-tiba membuat hal dan menghentikan tindakan lelaki tadi meneruskan rakaman.
"Aku benci dia!"gumam Kennedy yang bergerak pergi dari situ untuk menukar pakaiannya.
"Perlu ke kau cakap macam tu dekat Zara?Benci mana sekalipun kau dekat dia...dia tetap kakak tiri kau..."keluh Lissa dengan kesal.
Kennedy memberi jelingan maut pada Lissa.
"Lissa!Kau kawan aku ke dia!?Kau tak nampak apa perempuan tak guna tu buat dekat aku?"sentap Kennedy sambil menolak kasar pintu cafeteria dengan kasar.
Lissa mengetap gigi. Menahan sabar dengan sikap Kennedy. Kalaulah Kennedy tahu kenapa dia dan Betty berkawan dengan dia, pasti kawannya ini takkan berani buat perangai.
"Sekali lagi kau cuba back up dia...aku akan pastikan hubungan kita putus ingat tu!"deram Kennedy dengan garang.
Lissa memandang kesal ke arah Kennedy. Sungguh kesal dia dengan Kennedy ini lama-lama kelamaan.
Share this novel