25. Lain kali tengok dulu dengan siapa kau cari pasal

Drama Completed 34053

Pernah lihat keadaan dimana jualan murah berlangsung?

Atau suasana ketika orang di karnival atau konsert?

Literally....itulah yang sedang berlaku di dalam kafeteria kolej. Disebabkan kelas selesai secara serentak tepat pada waktu makan tengah hari, keadaan agak sesak dari kebiasaannya.

Penuh ruang cafeteria tengah hari mereka. Pelajar-pelajar dari fakulti semua ada di situ. Biasanya setiap fakulti ada cafeteria masing-masing.

Kafeteria fakulti sukan, kafeteria fakulti sains, kafeteria fakulti seni kafeteria fakulti drama dan filem. Tapi hari itu ada masalah tikus pula dkt setiap kafeteria tu...maka semua tukang masak terpaksa la masak di situ satu kafeteria.

Punyalah besar kolej mereka ini, boleh pula terpaksa berkongsi tempat makan.

Berbaris-baris pelajar beratur di depan booth makanan. Sampaikan penuh dengan petugas kantin berdiri di belakang booth dengan tangan tidak berhenti dari mengagihkan makanan dan menerima bayaran seperti mesin di situ.

Antara ramai-ramai di situ kelihatan Sarah dengan penampilan seorang cik muda dari keluarga berada berdiri di celah pelajar di situ bersama rakan baiknya yang hanya ringkas mengenakan t-shirt putih lengan pendek dan jean denim.

Kalau boleh Sarah mampu saja bawa Zara keluar makan di restoran mahal, tapi masalah kawan baiknya ini tidak boleh keluar berlegar melebihi daripada tempat kerja, kolej dan asrama sahaja. Maka nak tak nak dia tabahkan juga diri untuk bersesak dalam kafeteria.

"Lepas tu kau tahu...Cindy tersalah sebut skrip dia sampai dia mencarut depat pensyarah tu sebab marah sangat...aku dengan budak satu team dengan aku..siapa nama dia...Kaden..hah dia..kita orang tergelak sampai si Kaden tu terkentut...."cerita Sarah dengan senyuman hendak ketawanya pada Zara.

Zara waktu itu sebenarnya tak fokus pun apa yang Sarah cakapkan. Sebab masa tu mata dia terarah pada baris di depan sebelah kiri dimana beberapa orang pelajar lelaki memegang telefon mereka di bawah skirt Kennedy yang kebetulan sedang berdiri di depan mereka menunggu giliran untuk dapatkan makanan.

Sejak tadi Zara perhatikan lagat pelajar lelaki itu dengan tangan bersilang di dada. Tapi dia tidak berkata apa-apa kerana menunggu timing yang tepat sahaja.

"Wei..kau dengar tak aku cakap apa ni?"Sarah menyiku lengan Zara apabila rakannya itu tidak beri respon terhadap soalannya tadi.

Zara tahu kalau dia kerjakan budak-budak lelaki itu, tak bawa beza pun. Ianya hanya akan buatkan dia ditimpa masalah dan James pasti tidak suka sekiranya berita masalah disiplinnya sampai ke telinga lelaki itu.

"Tunggu aku dekat sini..."pesan Zara yang meletakkan dulangnya yang kosong ke dada Sarah.

Sarah memegang dulang itu dengan muka kebingungan.

"Kau nak ke mana tu?"soal Sarah.

Terus Zara jalan mencelah sekeliling pelajar di situ. Kebetulan waktu itu seorang pelajar yang dulangnya berisi dengan makanan dan minuman melintasi Zara.

Tanpa pandang atau meminta izin pada pemilik makanan itu, Zara sambil matanya fokus pada Kennedy, mencapai pinggan berisi spageti bebola daging dari dulang tersebut.

Pemilik makanan itu memandang tak percaya ke arah Zara sebelum merenggus tidak puas hati dan berlalu pergi dari situ tanpa banyak bunyi selepas tahu prang yang ambil makanannya adalah Zara.

Setelah Zara tiba dimana Kennedy sedang berdiri, dia ketuk bahu gadis itu dengan jari telunjuk. Menanti Kennedy berpusing menghadap Zara.

Waktu itu Kennedy sedang berborak dengan Lissa jadi sambil berborak dia pun berpaling ke belakang dengan sisa senyuman di bibir.

Zara menarik sengih sinis sebaik sahaja Kennedy memandangnya dengan kening mencerun.

"Balasan untuk apa kau dah buat dekat tangan aku hari tu..."kata Zara sebelum menepek spageti bersos tadi ke pakaian Kennedy yang seksi dan singkat itu.

SPALT!!Habis comot pakaian itu dengan kesan sos spageti.

Mulut Kennedy ternganga luas taktala dia tunduk memandang pakaian mahalnya dikotori. Lantas dia menjerit dengan lantang saat mengangkat kepala memandang Zara.

"KYAHH!!!!!!Did you lose you mind you b*tch!!" teriaknya sambil menghentak kaki tidak puas hati.

Tanpa memberi sebarang reaksi di wajahnya, Zara sekadar memerhatikan Kennedy yang sudah kemerahan gara-gara marah debgan renungan kosong. Sementara pelajar lelaki yang mengambil video Kennedy senyap-senyap tadi menahan ketawa taktala melihat kejadian itu.

"Lain kali tengok dulu dengan siapa kau nak cari pasal."kata Zara sambil tujah bahu Kennedy setiap perkataan yang disebut. Dia mahu menyakitkan hati Kennedy lagi supaya Kennedy buat drama di situ.

Kennedy terus angkat tangan dan menampar Zara sekuat hati. Membuatkan Zara tercampak ke tepi lalu berlanggar dengan pelajar lelaki yang merakam video tadi.

Pelajar lelaki itu yang terkejut dan suka pada masa yang sama tidak perasan langsung sewaktu Zara menyeluk telefon milik pelajar lelaki itu dari poket lalu di bawa sembunyi ke tepi sebelum menjauhkan diri semasa perlanggaran terjadi.

"Sorry..."

"It's okay.."

Zara menjauhkan diri dari lelaki itu dengan senyuman manis.

i know the chapter a little bit messy but trust me... Tinta dah try edit sebaik mungkin...kalau nak dibandingkan dgn raw unedited punya version lagi messy...hahaha...yalah buku ni Tinta buat masa tinta start berkarya...masa tu tak matang lagi jd berterabur la segala mak nenek grammar ke apa semua tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience