42. Tak apa senior buat perkara yang betul.

Drama Completed 34053

Dua minggu Zara mendiamkan diri, tidak bertegur sapa dengan Sarah mahupun sesiapa. James acap kali menghubunginya untuk tahu tentang keputusannya tetapi tidak di jawab. Dia lansung tidak menghiraukan panggilan dari ayahnya itu.

Yalah...mana la dia sempat hendak berbuat begitu jika nasibnya berakhir di hospital sepanjang tempoh tersebut.

Pada hari yang sama dimana Zara menemui Daniel hadapan tasik, pada hari itu juga Zara telah pengsan sewaktu di dalam pelukan Daniel. Daniel yang menyedari hal tersebut setelah dia dapati tangan Zara longlai tidak lagi erat memeluknya. Maka Daniel jugalah yang telah menghantar Zara ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sejak itu lah Zara tidak pernah kembali ke dorm atau berhubung dengan sesiapa kecuali Daniel. Mereka berdua tanpa disangka telah meluangkan masa lebih lama daripada yang dijangkakan.

Pakaian terakhir di masukkan ke dalam beg pakaian sebelum zip di tarik untuk menutup beg tersebut. Kardigen putih lengan panjang yang terdampar di atas selimut yang telah dilipat kemas kemudiannya di ambil tepat semasa pintu bilik air terbuka.

Lelaki bersweater kelabu lengan panjang berpaling ke pintu bilik air. Memandang gadis yang berwajah pucat lesi tiada tenaga berjalan keluar dari tandas tu.

"Dah siap?"tanya Daniel pada Zara yang berdiri depan pintu bilik air.

Zara mengangguk kepala sambil jalan mendekati Daniel saat tangannya membetulkan t-shirt lengan pendek yang siap ditukar dalam bilik air tadi. Pakaian pesakit diletakkan atas katil.

"Terima kasih.."senyum Zara dengan nipis kepada Daniel.

Daniel bantu Zara memakai kardigen ke badan itu sebaik sahaja Zara berdiri di depannya.

"Saya rasa awak patut duduk rehat di hospital untuk beberapa hari lagi...."minta Daniel seusai membantu Zara menyarungkan kardigen ke badan.

Kepala Zara mendongak ke atas saat dia tersenyum lebar. Menatap wajah bercermin mata itu. "Saya dah okay la."

Dengan bersahaja tangan Daniel melingkar disekeliling belakang badan Zara sewaktu mereka berdua jalan keluar bersama dari bilik itu. Beg ditangan sebelah lagi.

"Tapi awak tak Nampak okay bagi saya.."

"Saya demam biasa jer lah. Senior yang melebih sampai tahan saya dekat hospital berminggu lamanya.."keluh Zara dengan gelengan kepala letih. Mana taknya. Keboasanan dia duduk menetap di hospital tidak berbuat apa-apa sepanjang minggu ni gara-gara Daniel sengaja menahan dia dalam wad. Punya la risau lelaki ini dengan kesihatannya.

"Demam pun boleh jadi penyakit melarat...kalau tak dirawat dengan baik..."bebel Daniel dengan kesal.

Zara menjuling mata berserah. Bukannya dia tidak suka, dia suka aje kalau Daniel ambil berat, tapi kalau dah melebih, dia sendiri jadi berbulu sendiri menghadapnya. Nanun dia tidak mengatakan apa-apa selain merangkul belakang pinggang Daniel saat berjalan sama koridor hospital.

Seiringan, mereka berdua keluar saja dari hospital Daniel menahan sebuah teksi dan naik bersama. Sepanjang perjalanan itu Zara hanya mendiamkan diri. Dia termenung memandang keluar tingkap saat menyandar kepala di dada Daniel. Sementara Daniel diam memandang ke depan.

Tidak lama kemudian, teksi tersebut berhenti apabila lampu isyarat bertukar merah. Membuatkan Daniel teringat akan sesuatu. Lelaki itu tersentak sebelum merehatkan tapak tangannya ke atas bahu Zara. Tanpa memandang lelaki itu bersuara.

"Zara..."

Zara sedar dari lamunannya namun masih diam dalam kedudukan tadi. "Hm?"sahutnya perlahan.

"Sarah sibuk cari awak..."maklum Daniel dengan perlahan. "Selalu dia datang tunggu depan pintu bilik kuliah. Untuk jumpa awak sepanjang minggu ni..."

Zara yang dengar mengetap gigi menahan sabar. Matanya mulai berkaca dan terasa hangat.

Daniel tunduk memandang ke bawah, membuatkan dagunya berehat di atas kepala Zara.

"Tak apa...senior buat perkara yang betul." jawab Zara dengan perlahan.Disebabkan dia yang minta Daniel agar tidak memberitahu apa-apa mengenai dirinya pada sesiapa, apa yang Daniel lakukan itu tiada salahnya. Malah dia berterima kasih kerana Daniel tidak mempersoalkan apa-apa mengenai apa yang terjadi pada dia dan Sarah. Dari banyak bertanya Daniel lebih kepada memastikan kesihatannya membaik.

"Awak pasti awak tak apa-apa?"

Sambil mengangguk kecil, Zara memegang lengan Daniel dan menyandar lebih lagi ke dada hangat yang berdegup menenangkan itu. "Mm..saya tak apa-apa."

Daniel pun meletakkan tapak tangan di atas tangan Zara yang sedang memegang lengannya. Lalu dia kembali memandang ke depan. Melihat jalan raya sewaktu kesesakan lalu lintas sedang berlaku. Berharap mereka cepat pulang, enggan membiarkan Zara keletihan sangat gara-gara kesesakan itu.

Sekali lagi Zara tenggelam dalam menungnya semula.

Flashbacks

"Zara...saya sarankan awak untuk buat pembedahan secepat mungkin...sekiranya awak tangguhkan. Ianya akan melarat..dan keadaan akan menjadi lebih serius..."

"Saya tahu doktor..tapi peluang untuk sembuh tu tipis..tinggi risiko saya boleh terkorban semasa pembedahan...lagipun kalau berjaya sekalipun..saya akan hilang sebahagian ingatan saya..."keluhnya.

"Sekurang-kurangnya kita cuba..."

Zara menggeleng kepala. "Tak...saya ada banyak lagi perkara yang perlu di selesaikan. Saya tak ada masa untuk semua tu...jadi doktor, berikan saya ubat untuk buat saya bertahan untuk beberapa tempoh ni. Saya mohon..."

End of flashbacks

Zara mengeratkan pelukannya pada lengan Daniel, inginkan kehangatan dari tubuh lelaki itu kerana dia kedinginan. Ada suara kecil dalam kepala mengatakan dia perlu cepat. Cepat sebelum terlambat.

"Senior, saya perlu pergi satu tempat..."minta Zara dengan perlahan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience