71. Nerd...Loser

Drama Completed 34065

Akhirnya tiba juga musim sejuk yang dinantikan. Selimut salji sudahpun menutupi halaman yang dulunya berwarna hijau dan berwarni. Membuatkan seluruh kawasan termasuk bumbung rumah itu seakan di perbuat daripada gula-gula kapas.

Rumah banglo tiga tingkat berhalaman luas itu kelihatan hangat dari pandangan luar. Seseorang melintasi jendela rumah sambil memegang sesuatu di tangan.

"Checkmate."sebut Daniel setelah meletakkan bidaknya pada kedudukan kalah mati.

Zara merenggus tidak puas hati. Dah masuk tiga kali dia ulang main chess dengan Daniel tetap juga kalah. Bukannya dia tidak tahu hendak bermain, cuma Daniel terlalu bijak mengatur strategi!

"Awak main tipu..."cebik Zara sambil memandang tidak puas hati. Bibirnya memuncung semasa berkerut kening.

"Hahaha...mana ada."

Muncul seorang maid dengan dulang berisi biskut coklat dan kacang di sebelah tempat dimana Zara dan Daniel sedang baring di atas permaidani depan perapian bermain chess.

Dulang itu di letakkan ke tepi papan chess sebelum maid itu beredar dari situ.

"Saya bukan main tipu Zara. Tak boleh dinafikan bahawa saya seorang lelaki yang bijak..."ujar Daniell membuat jari di bawah dagu sambil menganggguk bangga setuju dengan pujian diri sendiri lalu menolak cermin matanya naik ke batang hidung semula dengan bangga.

Zara memandang menyampah dengan perangai Daniel. Dia mecebik bibir sewaktu berdecit tidak suka.

"Bukan bijak...jangan nak perasan sangat. Nerd!"balas Zara bernada menyampah.

Daniel yang dengar ketawa. Lama dah dia tak dengar perkataan itu.

"Hahaha...cakap saja lah awak tak boleh terima kekalahan ni..Loser..."balas Daniel pula dengan senyuman sinis di bibir.

Mulut Zara melopong sebaik mendengarnya. Dia perlahan-lahan mengecilkan mata saat memandang tidak puas ke arah Daniel.

PAP!

Bantal kecil hinggap ke muka Daniel sebelum jatuh di atas riba Daniel. Cermin mata senget turun dari hidung lelaki itu akibat balingan itu.
Daniel perlahan-lahan membuka mata sebelum bertentang mata dengan Zara sambil mengetap gigi.

"You just not did that..."ketap Daniel menahan sabar.

Zara berdengus kecil.

"Well I just did it...Nerd."ejeknya yang sakit hati kerana dipanggil Loser.

Tanpa amaran Daniel terus menolak papan chess ke tepi dengan kasar lalu menerkam Zara sehingga mereka berdua terbaring di atas permaidani yang dipenuhi dengan bantal empuk dan selimut berbulu gebu.

"Arghh!! Berat! Daniel...hahahaha...."ketawa Zara sewaktu Daniel berada di atasnya dan mula menggeletek kanan dan kiri rusuknya.
"Apa masalah awak ni! Jauhkan diri awak dari saya! Nenek!"ketawa Zara terkekek-kekek di atas permaidani itu sambil cuba mencapai
Puan Belinda yang duduk melunjur di atas sofa belakangnya.

Pada masa ini, Puan Belinda sedang mengait mafela benang merah atas sofa itu. Sejak mereka beriadah bersama dalam ruang tamu Puan Belinda hanya memandang lagat dua orang itu dengan senyuman lebar di bibir.

Daniel ikut ketawa sewaktu Zara sudah tergeliang geliut kegelian di bawahnya.

"Tarik balik kata-kata awak Zara. Saya bukan nerd. Tapi bijak."

"No!"tegas Zara di balik ketawanya.

Lalu Taylor pula yang. Lelaki itu mendekat bersama dengan bekas ubat dan gelas berisi air kosong di tangan untuk Puan Belinda. Sempat la juga dia mengerling ke Zara tetapi dia mengalihkan pandangannya ke sofa. Tidak menghiraukan dua orang yang sedang ketawa dan bertekak pada masa yang sama.

"Puan masa untuk makan ubat.."ujar Taylor.

Tersentak wanita di sofa itu. Kepalanya yang tunduk mengait tadi mendongak ke tepi melihat Taylor.

"Terima kasih Taylor..."Puan Belinda mencapai ubat itu lalu ditelan sekali suap. Segelas air yang disua Taylor di capai lalu disisip sedikit.

Taylor hanya mengangguk kecil.

"Kamu ada kamera?"soalnya sejurus itu saat menyerahkan gelas semula pada Taylor.

"Kamera phone adalah.."jawab Taylor.

"Rakam lagat dua orang ni..biar nanti dah tua mereka dapat lihat betapa keanak-anakannya mereka ini..."kata Belinda semasa memandang Zara sudah terkekek-kekek gelak sambil menarik rambut Daniel.

"Baik puan.."akur Taylor memberi tunduk kecil sebelum beredar dari situ untuk mendapatkan kamera.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience