Pelbagai persoalan bermain dalam fikiran saat ini.
Terlalu banyak sehinggakan kepalanya berpusing-pusing kerana ligat berfikir untuk fahamkan situasi yang sedang terjadi dihadapan mata.
Sejak sesi makan berlangsung sehingga sekarang, dia boleh merasakan ketegangan di antara mereka. Sampaikan Zara meletakkan garfu dan pisau setelah makan separuh makanan dalam pinggannya kerana tidak dapat menelan apa-apa lagi. Di tambahkan dengan apa yang dia dengari mematikan seleranya serta mereka.
Mendengar semua perbualan mereka di meja makan ini sudah cukup membuatkan perutnya bergelojak tidak selesa.
"Kamu tak apa-apa?"tanya Puan Rania di sebelah dengan nada separuh berbisik.
Zara berpaling ke sisinya lantas mengangguk sambil tersenyum. Jadi ini adalah ibu kepada Sarah? Tidak hairan la kenapa Sarah cantik. Lihat la Puan Rania sendiri. Beliau seorang wanita yang cantik dan awet muda. Langsung tidak kelihatan seperti wanita 50-an langsung.
"Ya...Cuma tidak selera..puan makanlah lagi..." ujar Zara hendak berbasa basi walaupun hatinya tak lalu nak buat apa-apa masa ni. Dia cuma ingin keluar dan menjauh dari semua drama ini.
Puan Rania tersenyum lebar.
"Aunt perhati kamu makan sikit sahaja...sejak tadi, kamu tak apa-apa?"
Mata Zara naik memandang Sarah apabila mendengar soalan itu yang sejak tadi Sarah memberi renungan bersalah kepadanya lalu kembali memandang Puan Rania. Kenapa Sarah enggan memberitahu hal ini lebih awal?Kenapa dia perlu tahu dengan cara seperti ini?Takut sangat ke dia judging Sarah kerana Sarah anak kepada keluarga Benz selama ini?
"Tak adalah...biasalah. Kita ni perempuan kena jaga badan. Kalau gemuk sangat orang tak suka kalau kurus sangat tak cantik pula kan...itu yang saya makan sikit-sikit sebab nanti ada hidangan lain..."seloroh Zara dengan ceria.
Puan Rania ketawa kecil mendengarnya lalu mengangguk kepala.
"Betul kata kamu...aunty yang dah tua ni pun kena jaga badan..."bicara wanita itu dengan mesra.
Zara tersenyum sedangkan dalam hatinya sedang sakit seperti digores berkali-kali. Sampai nak bernafas pun tak boleh masa sekarang ni.
Kenapa Sarah tak pernah beritahu yang Sarah adalah anak kepada Benz dan adik kepada Damon. Apa yang Sarah cuba lakukan?Mereka telah berkawan lama. Dan selepas bertahun lama dia baru tahu sekarang?Dan apa tujuannya ayah dia bawa dia makan malam di sini?Bersama mereka semua!?
"Oh ya...Benz."panggil Puan Kayla yang menyampuk perbualan Encik James dan Encik Benz.
Mata Encik Benz terus memandang Puan Kayla.
"Ya..."
"Saya dengar awak datang ke sini sebab hendak sampaikan sesuatu?Apa dia?"senyum Puan Kayla yang sudah boleh merasa sesuatu yang besar bakal tiba.
Encik Benz yang dengar tersentak lalu diikuti dengan senyuman di bibir. Dia mengangguk kepala.
Kennedy dekat sebelah Encik Benz mula tidak duduk tenang. Oleh kerana dia tahu apakah perkara itu, dia memang dari awal lagi sudah menunggu saat ini.
Sementara Zara dan Sarah langsung tak peduli soal perbualan tersebut kerana tenggelam dengan isu mereka sendiri. Zara dengan renungan tidak fahamnya. Sementara Sarah dengan bibir terketap erat serba salah.
"Ah..betul. Hampir terlupa saya..."ujar Encik Benz yang kemudiannya memandang Damon.
"...sebenarnya anak lelaki saya ni ada buat permintaan pada saya. Disebabkan tahun ini dia sudah masuk 25 tahun dan tak nak tunggu lama-lama, dia mengajukan niatnya mahu berkahwin. Saya cakap kalau nak, saya okay saja. Jadi saya pun datang ke sini bertemu dengan Encik James selepas saya dengar beliau ada anak perempuan...mana tahu kalau anak lelaki saya ni berkenan..."Encik Benz menepuk bahu Damon semasa berkata.
Puan Kennedy yang dengar sudah terbuka mata luas, hampir hendak menjerit sebab teruja selepas mendengarnya. Namun dia kawal sebaik mungkin reaksinya dengan senyuman nipis di bibir.
Zara yang dengar langsung tidak peduli apa yang mereka mahukan. Kerana waktu itu Zara fokus pada Sarah. Di bawah meja, Zara mengepal penumbuk menahan sabar atas pehanya. Kenapa Sarah?Kenapa rahsiakan semuanya dari awal?Apa yang buatkan Sarah enggan memberitahu identity Sarah sejak awal kepadanya?Malah kenalan dengan ayahnya lagi tu?!
"Ya ke..."balas Puan Kayla sambil memandang Damon. Dia tahu Kennedy pasti akan terpilih. Lihat sahaja, anaknya itu lebih bagus dan lagi menarik dibandingkan budak hingusan seperti Zara itu. "Bagaimana pendapat kamu?"soal Puan Kayla pada Damon sewaktu Zara tiba-tiba saja bangun dari situ.
"Maaf...saya perlu ke tandas..."pamit Zara dengan senyuman serba salah. Dia tidak mengerling pada sesiapa kerana kepalanya berpusing dan segalanya serasa seperti berpinar.
Puan Kayla mengetap gigi kejengkelan. Dia menjeling geram ke Zara semasa anak tirinya itu berdiri dari situ.
"Saja jer nak cari perhatian la tu!Tak nampak ke orang tengah berbincang ni!"gerutu Puan Kayla dalam hati.
Damon mengerling ke arah Zara dan mengekori langkah gadis itu sehingga Zara meloloskan diri keluar dari situ. Setelah itu Damon memandang Sarah. Memberi isyarat supaya adiknya mendapatkan Zara.
Sarah yang lihat sudah membuat muka takut. Dia bangun dari situ dan memberi tunduk maaf.
"Saya pun...tiba-tiba saja...kalian sambunglah perbincangannya..."pamit Sarah sesaat kemudian.
Puan Kayla dan Kennedy yang lihat berasa senang setelah Zara pergi dari situ. Lagi bagus kalau Zara tiada di situ. Boleh lah mereka bincang soal perjodohan ni tanpa gangguan.
Yang dah baca jangan bagi spoiler ya ..siapa Damon dan siapa Daniel sebenarnya...hahahah.
Share this novel