09. Kenapa?Kau takut?

Drama Completed 34053

Keadaan bilik bacaan rumah agam Keluarga James malap pada lewat malam. Hanya cahaya dari api di perapian sahaja yang membias beberapa bahagian tempat di sekitar perapian.

Diselangi dengan bunyi kersikan kayu api terbakar, tangan bercincin batu zamrud di jari telunjuk memegang hujung muka surat buku yang terbuka atas riba.

Dan di balik malap bilik itu berdirinya beberapa orang lelaki bersut hitam, sementara dua orang gadis berada di tengah-tengah permaidani. Seorang sedang melutut, seorang lagi sedang berdiri sambil diapit dengan dua pengawal.

Kersikan api membakar kayu api di dalam perapian mengeluarkan serpihan api di udara. Cahaya dari bakaran itu menerangi Encik James yang duduk di sofa sebelah perapian tersebut. Sambil Encik James membaca buku dengan mimik muka tenang bersahaja, dia ditemani suara esakan dan orang tersedu sedan diselangi dengan bunyi libasan rotan pada suatu permukaan menghuni ruang bilik bacaan itu sejak setengah jam yang lepas.

Sret~~

Sehelai muka surat diselak dengan perlahan.

"Ayah tak faham dengan kamu. Kamu nak ayah cakap bagaimana lagi supaya kamu faham?"Encik James bersuara. "Hm?Apa yang susah sangat untuk kamu patuhi arahan ayah? Bila ayah kata jangan itu maknanya jangan. Kenapa kamu perlu berdegil untuk tetap berjumpa dengan orang tua tu?"suara itu kedengaran dalam dan dingin.

ZAP!

Sekali lagi bunyi rotan dilibas kedengaran. Dan esak tanggis pula semakin menjadi-jadi.

"Kenapa?Sebab kamu berjumpa dengan orang tua tu?Adakah kamu cuba mengambil hati perempuan tua tu supaya kamu boleh peroleh hartanya?Begitu?Supaya kau boleh rancang untuk bolot semua harta dia sendiri?"tuduh Encik James bernada bersahaja. Langsung tidak kedengaran marah atau jengkel.

Sarah sudah menggigil seluruh badan. Kedua-dua tangan naik di depan mulut disaat air mata mengalir tidak berhenti.

"Maafkan kami tuan..."nangis Sarah dengan sedih dalam keadaan melutut dengan kepala tunduk memandang ke bawah. "Kami salah...maafkan kami..."esak Sarah yang sudah tidak tahan melihat Zara di sebelahnya di rotan tanpa belas di belakang badan.

ZAP!

Sarah memejam mata dengan erat, dia mencengkam kain hujung blausnya dengan kuat saat telinganya mendengar suara Zara menahan nafas kerana sakit setiap kali rotan di libas. Ikut sama merasa sakit seakan dirinya yang dilibas dengan rotan. Memang Zara telah memberitahu akan risiko tindakan mereka menyusup masuk ke hospital. Tapi dia tidak sangka hal akan jadi setegang ini!

Sepanjang masa dirinya di rotan, Zara sedikit pun tidak mengeluarkan suara kecuali menarik nafas kerana terkejut. Dia turut dikenali dengan perangai degil dan nekad itu pun langsung tidak menangis atau menjerit apalagi merayu supaya hentikan seksaan yang diterimanya.

Yang mana membuatkan Encik James, ayah kandung kepada Zara menjadi sakit hati. Lelaki itu sakit hati bila Zara sikit pun tidak merayu seperti Sarah. Dia mahu mendengar Zara merayu, merintih dan merayu kepadanya supaya tunduk akan arahanya. Ini tidak, semakin dia galak menghukum Zara, semakin galak Zara memberontak.

"Berhenti."arah Encik James selepas seketika. Dia tenung wajah kemerahan Zara dengan kening berkerut tidak mengerti. Apa la degil sangat anaknya yang seorang ini!

Selepas seksaan itu berhenti, Zara terus jatuh melutut ke lantai, peluh dingin merintik di seluruh wajah. Bibirnya bawahnya sudah kemerahan hendak berdarah gara-gara di gigit kuat saat menahan sakit. Tangannya ditegakkany untuk menyokong tubuh supaya tidak rebah.

"Huff....huff...huff.."cungap Zara menahan sakit yang menjalar di sekitar belakang badannya. Dia boleh rasakan ada darah yang mengalir di balik pakaiannya saat ini. Matanya mencerun tajam ke arah lelaki di kerusi goyang hadapannya.

Sarah yang lihat terus mendapatkan Zara. Memeluk bahu rakannya untuk beri sokongan serta merta. Ekoran terlalu sedih Sarah melentokkan dahi ke bahu Zara lalu menangis dengan teresak-esak. Bahunya menggeletar kuat.

"Maafkan aku Zara..."ucapnya dengan lirih.

Dengusan mengejek lepas dari Encik James tidak lama kemudian.

"Apa yang ayah kena buat untuk kamu dengar kata ayah Zara?Kenapa kamu paksa ayah sampai ke tahap ni?Kamu suka ke buat ayah nampak jahat pada kamu?Kenapa kamu tak boleh jadi anak yang baik dan dengar kata seperti Kennedy?"soal James dengan nada kesal.

Zara yang dengar mengetap gigi. Dia tidak berminat hendak membalas kata-kata ayahnya itu. Lelaki yang menjadi punca dia dipisahkan dengan ibu kandungnya sendiri secara paksa. Memisahkan neneknya dari anak sendiri. Menuduh isteri sendiri dengan alasan cubaan hendak merampas kuasa.

Hanya kerana mempercayai kata-kata orang lain. Iaitu isteri barunya yang terbaru. Kayla. Terlalu buta dengan kekayaan, lelaki yang sepatutnya yang menjadi pelindung mereka telah berubah menjadi manusia tidak berhati perut.

Manusia yang mana Zara enggan akui sebagai darah dagingnya sendiri.

Kau tanya apa yang boleh buat aku dengar pada kata-kata kau?"sengih Zara dengan renungan mencabarnya. "Simple. Kau bunuh aje aku. Hanya cara tu aje dapat bebaskan kau dari aku."cabarnya dengan sisa tenaga yang ada.

FLAP!

Buku ditutup dengan kasar sebelum Encik James bangun dari duduk marah-marah. Beliau berjalan laju mendekati Zara lantas mencekau kolar baju Zara dengan kasar untuk membangunkan gadis itu dari atas lantai. Meninggalkan Sarah yang sedang kesedihan menangis menyembah lantai.

"Adakah itu yang kamu mahukan selama ni?" dengus Encik James di depan muka Zara."Mati?" Kepalanya dilentokkan sedikit semasa memberi renungan mencabar pada Zara.

Zara sikit pun tidak tunjukkan perasaan gentar. Malah dia dengan berani melawan tentangan mata Encik James.

"Kenapa?Kau takut?"cabar Zara dengan sengih jahat meleret di bibirnya

Dua beranak itu saling membalas renungan ke antara satu sama lain.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience