07. Mission Impossible

Drama Completed 34053

Satu. Dua.

Dua kelibat kepala muncul di bawah plak plastik berwarna hijau pekat dengan tulisan putih yang tertulis perkataan WAKTU LAWATAN TAMAT PADA JAM 8 MALAM.

Dua orang jururawat bertugas sedang tekun menghadap komputer sambil memeriksa papan carta pesakit sewaktu dua orang berpakaian serba hitam menyelinap sorok dari tepi dinding ke tepi dinding sepanjang koridor sebelum berhenti semasa jururawat lain melintasi keluar melewati lorong depan mereka.

Setelah memastikan kawasan clear dan selamat, dua orang itu bercakung dan mula jalan itik melintasi meja dua orang jururawat tadi. Sebab terlalu cemas seorang dari mereka jatuh melungkup di atas lantai dan berakhir dalam kedudukan merangkak.

Suasana tegang itu seumpama mereka sedang jalani mission impossible.

Masakan tidaknya...sudah la mereka masuk hospital pada waktu tidak sepatutnya, kalau ditangkap dengan staf mahunya mereka berdua dalam masalah nanti!

Selepas merangkak dengan senyap dua orang itu kembali berdiri dan mula jalan menjengket kaki menghampiri satu dari pintu di situ dan masuk ke dalam ruangan pesakit.

Dan orang terakhir yang masuk tadi memandang sekeliling buat kali terakhir seperti memeriksa tiada siapa yang nampak, pintu wad itu di tutup dengan senyap.

Krit~~

Perlahan-lahan pintu wad berpemegang besi itu terbuka sebelum satu kepala terjegul di kuakan pintu dan diikuti kepala kedua.

Dua pasang mata itu liar melihat sekitar bilik wad tersebut.

"Dah tidur ke?" bisik Sarah.

"Tak tahu..."jawab Zara perlahan.

Krit~~

"Nenek...?"bisik Zara sambil jalan menjengket mendekati katil dimana wanita dengan topeng oksigen di muka.

Sarah toleh ke arah pintu sekali sekala, takut kalau tiba-tiba ada orang terjah masuk dan menangkap mereka sebab pecah masuk hospital pada waktu malam begini.

Jantung dalam tulang rusuk Zara berdegup kencang bagai nak gila kerana rasa gemuruh yang berombak di dadanya saat ini.

Ekoran bisikan itu, mata terpejam pesakit yang sedang terlantar pun terbuka. Lantas terkutik dari tidur-tidur ayamnya.

"Zara?"balas Puan Belinda dengan suara serak baru terjaga dari tidurnya. Wanita berusia 78 tahun itu cuba mencari kelibat insan yang ditunggu berbulan lamanya itu.

Zara tersenyum sebak setelah tiba di tepi katil. Dia tunduk memandang ke sambil tangan mengusap rambut putih neneknya itu.

"Hai..nenek...."sebu dada Zara selepas mendengar suara itu. Lama dah dia tak dengar suasa neneknya sejak wanita itu dibawa masuk ke hospital sebab komplikasi jantung tersumbat.

"Apa kamu buat di sini?"soal Puanl Belinda sebelum mengerling ke arah Sarah yang menarik senyum kambing sambil melambai tangan ke arahnya. "Dia tahu kamu di sini?"soal Belinda dengan nada cemas.

Zara duduk di kerusi sebelah katil sambil mencengkam tangan Pua. Belinda. Mengucupnya dengan kasih. Susah dia nak jumpa neneknya. Iaitu ibu kepada ibu kandung Zara.

Satu-satunya wanita yang tahu siapa ibu kandung Zara.

"Tak...dia tak tahu..kalau dia tak tahu mana mungkin Zara ada dekat sini..."bisik Zara. "Maafkan Zara nenek. Sebab ambil masa yang lama untuk jumpa nenek."

Dah masuk lima bulan Belinda di tahan dekat hospital. Tapi Zara langsung tiada peluang untuk bertemu dengan neneknya kerana sering sahaja di halang dan di tegah oleh ayahnya sendiri.

Punca kenapa dia perlu berkelakuan seperti penjenayah sekarang semata hendak melawat neneknya dan melanggar begitu banyak peraturan.

Puan Belinda menatap sedih wajah Zara bersama kerutan di kening berkedutnya. Serba salah dan takut semuanya dirasai saat ini.

"Maafkan nenek sayang..."

Zara menggeleng kepala, dia mengusap pipi Belinda dengan belakang buku ruas tangannya.

"It's okay...bukan salah nenek..."Zara memberi senyuman mesra pada Puan Belinda. Dalam dia sedaya upaya menahan sebaknya.

Sarah yang semakin resah itu berdesis keras. Dia mula rasa tidak sedap hati.

"Kita kena gerak sekarang!"

Zara berpaling memandang Sarah sebelum kembali memandang Puan Belinda.

"Nenek...Zara tak boleh lama."Zara kucup dahi Puan Belinda dengan kasih sebelum bangun dari situ. "Nenek...tunggu Zara tau. Zara janji Zara akan bawa mama balik secepat mungkin dan bertemu dengan nenek..."bisik Zara dengan tergesa-gesa sebelum berjalan mendekati pintu wad tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience