28. Sakit tak?

Drama Completed 34053

Dua hari kemudian....

Satu persatu kacang disumbat ke dalam mulut saat orang yang duduk bersila di atas bangku tekun menyalin nota sambil di temani rakan di sebelah yang sedang menaip sesuatu di laptop yang diletakkan atas riba.

"Zara Delisha!"pekik suara lantang dari arah depan.

Sambil mengunyah Zara memandang ke depan. Bersemuka dengan tiga lelaki yang awalnya terkenal dengan muka kacak. Kini masing-masing sudah berlebam dan bertampal dengan kain kapas luka.

"Hai Jackson..."sapa Zara.

"Ni semua onar kau kan! Kau yang buat semua ni kan!"bentak lelaki itu sebelum berhenti di depan Zara. 

Dia baling helaian kertas ke muka Zara dengan kasar sebelum memandang Daniel yang duduk di sebelah Zara. Dia ketap rahang dengan kuat kerana berasa bengang.

Zara mengutip helaian kertas yang berterabur di atas ribanya. Semua tu adalah screenshot gambar dan nama email yang dia hantar tempoh hari kepada dekan tempoh hari.

"Kenapa kau rasa ni kerja aku?"tanya Zara sambil dongak memandang Jackson. Empunya telefon dan anak dekan yang dikatakan Daniel tempoh hari.

"Hari tu...masa Kennedy tampar kau...kau seluk telefon aku...hantar semua video ni dekat email ayah aku...kemudian kau hantar pesanan dekat kawan aku untuk ambil telefon tu untuk buatkan macam dia adalah pelakunya kan...tengok apa kau dah buat dekat kita orang!"tunding Jackson pada rakan-rakannya sudah lebam dek dibelasah olehnya.

Zara memandang tidak berminat ke minion-minion Jackson lalu berkerut kening.

"Sakit tak?"soal Zara.

Mulut Jackson terbuka sedikit mendengarnya.

"Apa kau tanya?"soalnya dengan nada tak percaya.

"Sakit tak bila ego kau tercalar aku tanya?"soal Zara sekali lagi.

"Mestilah sakit...kau cubalah rasa bila di sepak dan ditendang sendiri dengan juara judo universiti ni..."marah rakan Jackson yang berlebam kerana dibelasah oleh Jackson sendiri sebagai punching bag nak melepaskan geram lelaki itu.

Zara mengangguk kepala.

"Tahupun sakit...masa kau sepak senior Daniel tumbuk dia...ada tak kau fikir apa dia rasa masa tu?"soal Zara sambil memandang Jackson pula.

Daniel yang dengar berpaling memandang terkejut ke arah Zara. Zara buat semua ni untuk dia?

"Oh...jadi kau buat demi teman lelaki nerd kau ni?"tunding Jackson."Kalau bukan disebabkan ayah kau...dah lama aku tumbuk muka kau tu sampai pecah tahu tak!"jerkah Jackson sampai timbul urat pada permukaan kulit lehernya kepada Zara.

Zara menjungkit bahu.

"Itu yang orang panggil, what you give you get back..."kata Zara bernada tidak peduli.

Jackson yang sudah hilang sabar terus mencekau kolar baju Zara memaksa Zara berdiri tegak di depannya dari bangku itu.

"Jangan kau fikir disebabkan kau perempuan aku tak takut untuk apa-apakan kau Zara."

Daniel bangun dari situ dan mahu menghalang tetapi dua orang rakan Jackson menghadangnya.

Zara berdengus mengejek lantas tersenyum mesra.

"Buatlah kalau macam tu. Sikit pun aku tak hairan."Senyuman itu terus bertukar menjadi renungan tidak suka."Tampar...pukul aku kalau itu yang kau nak. Tunjuk diri kau tu hebat...berani kau kan..rakam video tanpa kebenaran?Kau rasakan kalau hal tu diketahui oleh semua student dalam fakulti ni. Apa nasib yang bakal menimpa kau?"soal Zara berbaur mengugut namun bernada tenang.

Jackson terkedu selepas mendengarnya.

"Untung-untung aku share video tu pada ayah kau bukan badan counselor...kau rasa macam mana kalau berita ni sampai dekat badan liga sukan kau?Kelayakan kau sebagai ketua pasukan judo pasti akan dilucutkan serta merta kan....most important, nama baik kau sebagai best student dalam majlis pelajar akan terjejas...kalau semua orang tahu selama ini kau buat kerja terkutuk kau?"tambah Zara lagi.

Cengkaman pada kolar baju Zara semakin lama semakin erat dicengkam Jackson sepanjang masa dia mendengar kata-kata Zara itu. Hidungnya kembang kempis menahan sabar.

"Ka-kau!"tak terkata Jackson dibuatnya.

"Why?Cat got your tongue?"sengih Zara dengan mengejek.

Eeee .....apakah ini semua miska... seriously Tinta tak leh go on la....tergelak je tau masa edit penulisan karya lama tinta ni...me like "serius la aku taip semua ni lepas tu bagi reader aku baca?"hahahah!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience