17. Man is Trash

Drama Completed 34053

Seharian menghadap kelas, pada sebelah petangnya Zara mempunyai waktu lapang yang panjang. Bukan menyiapkan tugasan, dia malah menggunakan masa tersebut untuk tidur bagi mengganti sisa rehatnya yang sering diisi dengan kerja sambilan. Memandangkan hari ini dia telah minta cuti, maka berehat la dia sepanjang petang hingga malam nanti.

Senyap sunyi dan tenang bilik dorm bertemakan serba serbi pink dan putih itu. Hanya bunyi deru angin dari kipas stand sahaja yang kedengaran sewaktu ia sedang bergerak kiri dan kanan dengan kadar kelajuan sederhana di hujung katil.

Zara di atas katil bercadar putih berdengkur lembut dengan bantal dipeluk erat Bawah dada. Benar-benar hanyut dalam lenanya. Namun begitu, ketenangan pada hari itu tidak berpanjangan apabila seseorang masuk membuka pintu bilik dorm ke dalam dengan marah-marah.

KEDEGANG!

Tak semenanya bunyi pintu dihempas kuas memecah kesunyian bilik tersebut.

Zara yang sedang tidur di atas katil apalagi, terus duduk tegak dari baring meniarapnya tadi. Dengan cemas dia memandang sekeliling bilik Bersama rambut bersepah depan muka. Mata yang masih mamai dipaksa buka dengan luas.

Apa!?

Apa yang dah berlaku!?

Di situ, berdirinya Sarah.

Wajah Zara merah padam kerana darahnya berderau naik terus ke otak akibat terkejutnya. Keningnya mencerlung tidak puas hati sebaik menyedari siapakah punca bunyi bising tadi.

"Engkau dah kenapa Sarah?"soalnya sambil mengusap dada yang sebu. Sudahlah dia tengah tidur, dikejutkan tiba-tiba begini, mahunya migrain dia datang semula. Bolehnya pulak perempuan kepala angin ni masuk hempas pintu macam tak cukup tanah.

Sarah mencampak beg tangan Hermesnya ke lantai lalu diinjak-injak marah keberangan seperti beg itu tidak berharga langsung.

Setelah dia pijak, dia campak high heelnya ke lantai, jaket di badan terus ditanggal dan dibuang ke atas katil dengan kasar.

Zara yang lihat semakin berkerut kening. Hairan dengan amukkan yang dilontarkan Sarah tengah hari itu.

"Hei!Kau dah kenapa sebenarnya Sarah?"soal Zara kerimasan dengan semua itu. Kalau kut ya pun tak payah la nak hempas barang macam tu. Tak bawak untung pun, nanti balik-balik merungut beg tu calar la, kasut tu rosak la apa la!Yang menghadapnya dia jugak!

Masa inilah Sarah jatuh terduduk ke bawah sebelum meraung semahunya dengan bengang. "Lelaki semua tak guna!Aku benci!!!"

Zara terus turun dari katil dan mendapatkan rakannya dengan muka kerisauan. Apa pulak kali ni?

"Wei...asal dengan kau ni?"soalnya sambil menggoncang bahu Sarah.

Bersama bibir tercebik marah dan air mata mengalir ke pipi, Sarah tenung wajah Zara.

"Aku benci dia!Aku benci!"nangis Sarah dengan marah. Air mata berjuraian turun dari tepi mata.

Zara melutut depan Sarah lalu menarik rakannya ke dalam pelukan. Mengusap belakang badan itu cuba hendak memujuk walaupun dia tidak tahu apa yang telah terjadi.

"Zara...apa patut aku buat...teman lelaki aku. Dia....dia bersama dengan perempuan lain di belakang aku..Zara!"nangis Sarah dengan raungannya.

Apa dia!?Zara menolak badan Sarah jauh dari pelukan untuk menatap wajah itu. Memandang risau pada Sarah.

"Apa yang kau cakapkan ni??"soal Zara dengan kening berkerut.

"Zara..."rengek Sarah sambil mengoncang tangan Zara."...dia curangi aku...lepas apa aku buat untuk dia...dia bersama dengan perempuan tak guna dari fakulti sains tu..."rintih Sarah mengenangkan teman lelakinya yang sudah dia bersama selama dua tahun di kolej ini telah Bersama dengan orang lain di belakangnya benar-benar membuatkan hatinya sakit.

Zara menyeka air mata dari pipi Sarah dengan tapak tangan. Melihat mascara cair turun bersama dengan air mata itu membuatkan rupa Sarah begitu kasihan sekali.

Zara melepaskan keluhan panjang.

"Itulah kau...banyak kali aku dah beritahu kau dari awal lagi mamat tu tak boleh dipercaya kan?" pujuk Zara sambil menarik Sarah ke dalam pelukan semula. "Shhh....dah jangan menangis....membazir tenaga aje kau menangis untuk lelaki macam dia tu..." tepuknya pada belakang badan Sarah

Sarah meraung sekuat hati kemudiannya. Langsung tak peduli apa-apa lagi masa tu. Sebab hati dia betul-betul kecewa dan dikhianati.

"Aku nampak dia kiss perempuan tu bawah pokok tempat kita orang selalu dating tadi...lelaki tak guna tu....dia bercinta belakang aku tipu aku nak pinjam duit semua bagai hanya semata untuk perempuan tak guna tu..."luah Sarah lagi.

Mahu tak mahu Zara menepuk belakang badan Sarah lagi mahu mengurangkan raungan nyaring kawannya itu. Kalau orang dengar mahunya ingat ada apa-apa yang buruk telah berlaku. Zara mengangguk-angguk kepala."Ya-ya...aku dengar.. dah...nangislah...it okay. Aku dekat sini..."pujuknya.

Sarah menyembamkan mukanya ke bahu Zara dan memeluk tubuh rakannya seerat mungkin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience