73. Semuanya demi kebaikan nenek

Drama Completed 34053

Kereta-kereta mewah tersusun rapi di sepanjang tempat letak kereta. Para tetamu dengan pakaian mewah masing-masing mula berjalan mendaki tangga untuk ke auditorium dimana pameran seni milik artis lukisan terkenal Gina Marissa.

Bukan senang tahu hendak dapatkan tiket untuk ke pameran wanita itu. Disebabkan Gina Marissa seorang artis VIP highest paid tidak ramai yang boleh ke majlis atau pameran yang diadakan olehnya. Kalau boleh pun sebab mereka bayar mahal hanya untuk ke pameran itu.

Dan majlis ini juga adalah majlis tertutup yang mana jemputan semuanya diberikan secara sendiri oleh Gina Marissa.

Dalam ramai-ramai tetamu yang keluar masuk dari kenderaan hendak memasuki ke dalam dewan pameran, di celah orang ramai yang ada di situ, kelihatan empat orang tetamu dengan pasangan masing-masing berjalan masuk ke dalam bangunan besar lagikan mewah itu.

Daniel dirangkul Puan Belinda pada lengan kanan sewaktu mereka berdua selesai melepasi pintu pemeriksaan tiket bersama sementara Zara dan Taylor berada di belakang.

Daniel dan Taylor yang sama-sama segak mengenakan tuksedo berwarna hitam dan putih itu memandang ke sekeliling bersama pasangan mereka.

Zara ringkas mengenakan dress lengan panjang paras lutut cekak leher dan bersanggul kelihatan teruja di sisi Taylor. Acap kali juga dia hendak gerak ke arah lain, tapi tangan Taylor menegahnya untuk tidak pergi jauh dari situ.

Masuk sahaja ke dalam dewan pameran, Daniel terus melilau cari bayang seseorang di antara kepala tetamu yang hadir sebelum dia ternampak wanita anggun dengan dress menyapu lantai dan selendang berbulu putih di sekeliling bahu tidak jauh dari mana dia sedang berdiri. Dengan senyap Daniel memandang Taylor. Menjuih dagu ke arah dimana wanita anggun tadi berada.

Taylor yang perasan akan hal itu pun memandang ke arah tersebut. Lalu kening lekaki itu terangkat tinggi selepas faham apa yang dimaksudkan Daniel. Pantas dia tunduk ke tepi.

"Cik Zara ...mari kita ke sana..."ajak Taylor sambil memegang belakang badan Zara dengan perlahan

Zara tersentak, dia pandang Taylor dengan kening terangkat lantas mengangguk kepala sebelum memandang ke Puan Belinda.

"Nenek nanti kita jumpa ya..nenek jalan-jalan dengan Daniel dulu..."pamit Zara sambil melambai kecil.

"Oh..okay..."angguk Puan Belinda sebelum dibawa Daniel ke arah bertentangan.

Daniel mengiringi Belinda untuk lihat-lihat pameran di situ. Tidak lama mereka berjalan, dia ambil keputusan untuk mula bersuara.

"Maafkan saya nenek..."ucap Daniel dengan perlahan sewaktu dia berdiri di depan sebuah bingkai gambar dengan lukisan abstrak warna warni. Pandangannya terarah pada bingkai di situ.

Manakala Puan Belinda di sisi sudah memaling keoala memandang Daniel dengan kening berkerut.

"Kenapa kamu minta maaf?"tanya Puan Belinda.

"Semua ini adalah demi kebaikan nenek. Zara tak nak nenek bersedih lagi. Jadi dia rancang pertemuan ni untuk nenek..."barulah Daniel menoleh ke sisi memandang Puan Belinda.

Puan Belinda semakin terpinga-pinga.

"Pertemuan apa? Apa yang kamu hendak sampaikan ni Daniel?"

"Ikut saya ke sini...nenek akan faham."tunjuk Daniel ke arah sebuah lorong kecil.

Sementara masa ini Zara di sisi Taylor sudah seperti cacing kepanasan. Tidak senang hati kerana terlalu gemuruh dan teruja pada masa yang sama.

"Mana dia?"bisik Zara kerana terlalu gemuruh.

Taylor tunduk sedikit untuk sama paras dengan mata Zara lalu menunding jari ke arah Gina Marissa yang sedang berbual dengan tetamu yang ada di depan sebuah gambar besar.

"Beliau ada di sana..."bisiknya di tepi muka Zara.

Dup!

Dap!

Dup!

Laju-laju mata Xara mengerling ke arah yang ditunjukkan. Nafasnya sudah tidak menentu. Sampaikan dia tidak sedar tangannya sedang mencengkam lengan Taylor sedikit kuat sebaik saja matanya terarah pada wajah indah itu. Zara pandang dengan perasaan teruja sampai hendak menangis dia di buatnya.

Perlahan-lahan Taylor bawa mereka berdua mula mendekati wanita itu. Zara sedaya upaya menenangkan dirinya waktu itu sudah berpeluh dingin kerana terlalu gementar.

"Puan Gina..."panggil Taylor untuk menarik perhatian wanita itu.

Seperti pergerakan slow motion di pandangan mata Zara, dia melihat Puan Gina berpaling memandang ke arah mereka dengan senyuman lebar di bibir. Berbintang-bintang bersinar wajah wanita itu.

Oh my god!

Mulut Zara ternganga sedikit tanpa sedar kerana begitu tergamam dan pegun sekali!

Setelah Puan Gina melihat Taylor ,senyuman wanita itu semakin lebar.

"Taylor..."sambut wanita itu dengan girang.

Mereka berdua berhenti tiga langkah di depan Puan Gina setelah tiba.

"Terima kasih kerana datang...jika bukan kerana kamu majlis saya tidak akan semeriah ini..."Puan Gina hulur tangan untuk berjabat tangan.

Mata Zara berkaca mahu menangis. Taylor yang disebelah pun boleh rasa tubuh Zara menggigil.

"Tugas saya...sebelum tu perkenalkan ini sahabat saya...Zara Delisha."aju Taylor sambil menunjuk Zara di sisi. Tangannya memeluk belakang pinggang Zara sambil tu.

Mata Puan Gina serta merta terarah pada Zara lalu memberi senyuman keibuannnya padanya

"Hai Zara...."senyum Puan Gina.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience