Seminggu kemudian....
Suara orang muntah-muntah kedengaran dari dalam bilik air sewaktu Daniel berjalan keluar sambil melipat lengan kemeja ke siku bersama kening berkerut.
Dia keluar dari situ setelah mendengar deringan telefon yang berada di atas meja sebelah katil berdering sejak tadi. Terus dia tunduk mencapai telefon dan menjawab panggilan dengan kening berkerut.
"Ya ini telefon Zara Delisha...boleh saya bantu?"soal Daniel sewaktu dia memandang ke pintu bilik air. Taylor muncul bersama Zara di samping dari situ tidak lama kemudian.
"Ini dari pihak hospital. Adakah ini penjaga kepada pesakit bernama Belinda Noah?"sapa suara staf hospital itu dengan formal dalam panggilan.
Daniel pandang Zara semasa Daniel nampak Zara menolak Taylor ke tepi dalam keadaan tergesa-gesa kembali berpatah balik dan masuk ke bilik air.
Taylor apalagi, dia pun ikut turut mengejar langkah Zara ke dalam bilik air. Sesaat kemudian suara Zara muntah kedengaran semula. Daniel yang dengar terasa sakitnya. Keningnya semakin berlapis dengan kerutan.
"Ya...ada apa ya?"tanya Daniel sambil ambil tempat di atas katil menghadap pintu bilik air. Duduk menghenyak punggung keletihan.
"Disini kami dimaklumkan bahawa pembayaran untuk bulan ini belum dilangsaikan. Sekiranya tidak mahu pesakit di tendang keluar, mohon dilunaskan bayarannya serta merta...atau tindakan akan diambil.."
Daniel memicit tepi pelipis kepalanya sewaktu mendengar suara Zara tidak berhenti muntah dalam bilik air. Semua itu kerana kesan ubat-ubatan yang diambil gadis itu untuk mengawal tumor merebak dengan cepat.
Daniel sendiri yang syorkan rawatan tersebut walaupun Zara telah berkeras menolaknya. Kini, kerana keputusannya itu, Daniel berasa terbeban dengan perasaan susah hati.
Sekarang lihat siapa yang lebih terseksa.
"Berapa?"tanya Daniel bernada jengkel.
"6000$"sebut staf itu.
Daniel melepaskan hela panjang seusai mendengarnya. Mana tidaknya, dia ni sejak awal lagi tidak berehat langsung satu hari. Dia hadiri tiga kelas dari seawal 7 pagi sehingga 4 petang. Dalam masa yang sama dia hadiri dua mesyuarat iaitu di jam 1 petang sehingga 2, iaitu di waktu makan tengah hari. Kemudian mesyuarat di jam 5 hingga 7 malam.
Balik rumah sahaja dia terpaksa hadapi Zara yang keadaannya semakin memburuk begini. Bukan mengeluh cuma ianya sedikit sebanyak menjejaskan emosinya.
"Bayaran tu akan dibuat segera..hantarkan maklumatnya melalui nombor ni.."maklum Daniel sebelum memutuskan panggilan tersebut.
Diturunkan saja telefon dari telinga,
Taylor berjalan keluar dari tandas bersama Zara di dalam pelukan.
Kedua-dua mereka kelihatan sama-sama tidak terurus.
Taylor juga sama seperti Daniel, tapi lagi teruk dari Daniel kerana Taylor 24 jam ada bersama dengan Zara dan juga bersama debgan Daniel dalam masa yang sama. Taylor yang menguruskan segalanya seharian tanpa henti dan rehat.
Selesai uruskan hal Daniel, Taylor menguruskan hal Zara pula. Memang padat jadualnya.
"Kau berehat la dulu Taylor, sana..."arah Daniel sewaktu mendapatkan Zara dari pimpinan Taylor.
"Tak mengapa tuan..saya boleh uruskannya.." balas Taylor yang sudah pun kelihatan tidak terurus. Biasanya Taylor adalah yang paling kemas kalau nak dibandingkan dengan Daniel.
Kot entah kemana, tali leher entah kemana. Baju pula kedut sana sini butang baju tidak terpasang tiga dari atas dan lengan baju tersising hingga ke siku.
Daniel menarik sengih lucu dengan jawapan Taylor.
"Kau dah buat yang terbaik. Terima kasih untuk semuanya..."ucap Daniel sewaktu Zara bergayut pada lengannya untuk baring ke katil semula. Selimut tebal di tarik naik menutupi badan gadis itu.
Taylor memandang tingkah Daniel yang memperlakukan Zara dengan lemah lembut dan berhati-hati dengan renungan ternanti-nanti.
"Tuan apa kurangnya..."kata Taylor yang turut kasihan pada Daniel. "Tuan juga bergelut menguruskan semuanya satu hari ni..."
Daniel mencapai telefon Zara lalu diserahkannya pada Taylor.
"Esok...Cari alamat dimana hospital nenek Zara berada. Uruskan pembiayaan rawatan beliau." arah Daniel.
Taylor mencapai telefon itu dengan kening berkerut. Dia pandang skrin hitam pada telefon buat seketika.
"Aku tak tahu apa yang James dah lakukan..jadi sebaiknya kau selesaikan hal ni sebelum Zara admit ke hospital nanti."
"Baik tuan.."balas Taylor yang memandang Zara buat kali terakhir sebelum keluar dari bilik tersebut.
Share this novel