14. Siapa kata kita kawan?Saya tak nak jadi kawan awak!

Drama Completed 34053

Ada pepatah kata dari mata turun ke hati kan.

Mungkin ini yang dimaksudkan dengan pepatah itu.

Entah kenapa hati Zara terkutik. Dia yang lihat Daniel dalam keadaan berlebam di muka dan bibir pecah berdarah terus menarik sengih, lucu dengan keadaan itu.

Biasanya dalam movie atau drama sepatutnya waktu macam ni, lelaki lah yang patutnya jadi hero untuk membantu watak heroin yang dalam kesusahan.

Tapi sebaliknya pula yang terjadi.

Kenapa la setiap kali mereka bertemu, pasti ada saja insiden yang berlaku.

"Awak tersenyum...kenapa lucu sangat ke lihat saya macam ni?"soal Daniel dengan nada seperti orang terasa. Bibir itu memuncung sedikit.

Zara tersentak terus dia menggeleng kepala. Eh!Mana ada. Tak mungkin la dia nak ketawakan orang yang dalam kesusahan. Tak boleh nak kawal rasa lucu yang dirasai Zara geleng kepala sambil tersengih.

"Eh..mana ada. Saya senyum bukan sebab senior cedera...hanya ada sesuatu terlintas dalam fikiran saya.."nafi Zara. "Senior boleh bangun tak ni?"Zara peluk lengan Daniel, serta merta dia boleh rasa otot pada lengan lelaki tu. Padat dan kekar. Hairan tetapi dia hanya biarkan saja."Sini saya tolong..."ajunya.

Daniel bangun sambil di bantu Zara. Terincut-incut kesakitan dengan kaki kanan terangkat sedikit gara-gara di pijak dengan penyerangnya tadi.

"Terima kasih..."ucap Daniel setelah dia berdiri tegak.

Zara tunduk memandang kaki Daniel dan pada masa yang sama dia melihat dompet di bawah kaki lelaki itu. Terus dia tunduk mengutip dompet tersebut.

Tengah Zara pegang dompet tu, dia ternampak wajah pada kad ID dalam dompet tu. Wajah Daniel tidak bercermin mata dan rambut itu tersisir rapi kemas mendedahkan wajah penuh Daniel. Oleh kerana tidak yakin apa yang dia nampak tu betul atau tak, Zara cuba pandang semula ID tersebut tapi tak sempat.

Baru saja Zara hendak meneliti ID dalam dompet tersebut, ianya ditarik dari tangannya.

Serta merta Daniel merampas dompet tu dari tangan Zara. Membuatkan Zara terpinga seketika. Cepat-cepat Daniel tunduk ke Bawah.

Janggal dibuat tindakan Daniel dati, Zara berdehem sebelum kembali bersuara.

"Apa yang senior buat malam-malam dekat sini?"tanya dia.

Daniel menyeluk dompet tadi ke poket belakang seluarnya. Lalu membetulkan pakaian dan rambutnya supaya tidak kelihatan kusut masai sangat. Malu dia depan Zara! Macam mana lah masa ni jugak Zara muncul. Serius...bukan ini sepatutnya berlaku! Bibirnya di gigit geram saat lidahnya kelu tidak dapat berkata-kata.

Zara melepaskan hela pendek apabila soalannya tidak di jawab. Bibirnya turut diketap tanda tidak kisah kerana itu. Yalah...dah orang taknak bercakap takkan nak dipaksa pulak. Ya sudah kalau tak nak jawab. Dia pun bukannya seorang kaki penyibuk.

"Okay..kalau macam tu saya gerak masuk ke dalam dulu la ya." pamitnya sebelum berpusing untuk beredar dari situ dan meninggalkan Daniel di belakang.

Kepala Daniel tersentak, dia terkejut bila Zara beredar pergi dari situ. Belakang kepala itu dipandang penuh berharap,. Nanti la dulu, dia belum sempat nak cakap apa-apa!Daniel tunduk menguntil hujung jari kukunya.

Sedang Zara berjalan, secara instinct dia merasakan ada yang sedang mengekori dirinya dari belakang. Hairan dengan tu Zara pun berpaling.bSebaik saja dia berpaling, kening Zara terangkat tinggi.

Hm?Zara menghadap Daniel. Buatkan Daniel ikut turut berhenti secara mendadak dari mengekorinya. Pelik dengan tingkah Daniel, Zara lentokkan kepala sedikit ke kiri. Dah kenapa?

"Apa yang senior cuba buat?"soalnya.

Daniel tersentak, lelaki tu berdiri memandang Zara seperti cacing kepanasan. Dia terkutil-kutil hujung jari gemuruh. Kepala turut tertunduk kebawah. Nak cakap macam mana ni?Kenapa la mulut dia tak nak bukak?!Sedangkan dia yang beria ke sini!

Kening Zara berlapis hairan. Dia diam seketika untuk meneliti keadaan di situ. Pertama sekali, tak pernah-pernah senior dia berada di luar begini. Kedua munculkan tiga lelaki yang menyerang senior dia sewaktu senior dia di hadapan hostel perempuan. Kenapa Daniel boleh ada di depan bangunan hostel pelajar perempuan malam begini? Terakhir kenapa Daniel mengekorinya.

Itu antara soalan yang bermain dalam fikirannya.

Jadi kesimpulan Zara, dia yakin senior dia ini ada sesuatu yang hendak disampaikan kepadanya.

"Senior?"panggil Zara lagi."Kalau senior tak nak cakap apa-apa...saya masuk ke dalam ni."ugut Zara.

Kepala Daniel tersentak dari tunduknya untuk memandang ke depan, mata yang tersembunyi di balik anak rambut itu terbutang luas. Pantas dia menggeleng kepala.

"Sa-..."gagap Daniel yang kelihatan gementar. "Saya tunggu awak balik."jawab Daniel dengan muka tersipu malu. Mujur la keadaan malam, kalau tidak Nampak la dengan jelas betapa blushing dia saat ini.

Air muka Zara terus jatuh dari berkerut geram kepada riak tak percaya.

Tunggu dia?

"Hah?Kenapa?"soal Zara begitu terkedu mendengarnya. Dah kenapa tunggu dia malam-malam begini. Kalau ya pun tak ada masa lain ke kalau perlukan sesuatu dari dia?Hatinya begitu tersentuh dan serba salah pada masa yang sama.

"Mm...Saya nak ucapkan terima kasih untuk hal tempoh hari masa Casey dengan kawan-kawan dia kenakan saya... Itu yang saya tunggu awak.Tapi tak tahu pulak semua ni terjadi...awak selamatkan saya...lagi."jawab Daniel dengan kepala tunduk memandang ke bawah sekali lagi.

Zara menarik senyuman tersentuh, dia menggeleng kepala. Lucu betullah! Terus dia dekati Daniel semula. Oleh kerana lelaki itu berkelakuan seperti anak kecil yang tersipu malu secara natural Zara menepuk perlahan kepala lelaki lampai di depannya dengan lembut. Licin je rambut tidak terurus ni.

"Jangan risau. Senior tak perlu terima kasih. Kita kan kawan. Kawan kenalah saling tolong menolong betul tak?"ucap Zara sambil menarik senyuman mesra.

Daniel kelihatan tidak suka sebaik mendengar perkataan 'kawan' dari mulut Zara.

Tangan Zara ditepis turun ke bawah."Siapa kata kita kawan...saya tak nak jadi kawan awak..."sentap lelaki itu sebelum berpaling dari situ tidak semena.

Hah?

Zara membuat muka terpinga-pinga. Matanya terkebil-kebil bingung.

La...kenapa pulak merajuk?Dia salah cakap apa-apa ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience