53. Seperti Bermimpi

Drama Completed 34053

Flashbacks

"Sampai bila kamu hendak berlengah Zara?"

"Saya hanya perlukan sedikit masa saja doktor...sekejap saja lagi."

Keruh air muka doktor mendengar bicara Zara. Dia berasa agak agitated dengan permintaan Zara.

"Memang saya boleh tunggu dan tangguh. Tapi tumor di dalam kepala kamu itu tidak akan tunggu...ia akan terus membiak dan merebak setiap saat kamu menangguhnya."

Zara mengetap gigi dengan erat. Pandangannya terarah tajam pada wajah doctor yang merawatnya selama ini.

"Saya tahu....dan saya tahu risikonya. Tapi selagi saya tidak menyelesaikan apa yang sepatutnya saya selesaikan, selagi itu saya tidak akan menjalani pembedahan...."

"Adakah kamu akan terus berdegil begini?"keluh doktor dengan lemah semangat tidak terkatanya.

"Maafkan saya....hanya kali ini saja saya minta untuk doktor berikan saya dos lebih kuat dari biasa untuk menahan sakit..."

"Apa patut saya lakukan pada kamu Zara?"

End of flashbacks

Pagi keesokkannya....

Kain langsir yang menutupi jendela kaca besar diselak habis. Membenarkan cahaya pagi menerobos masuk melalui langsir putih yang dijadikan sebagai tirai penapis cahaya dari terus masuk.

Keadaan bilik itu gelap namun tidak terang. Hanya cukup untuk menimbulkan suasana tenang di waktu pagi.

Sambil menopang kepala dengan lengan kanan yang disikukan, Zara diam termenung memandang wajah lena Daniel atas katil itu. Awalnya Puan Diana menyuruh dia untuk membangunkan Daniel, sekali bila sudah bertapak di situ Zara jadi tidak sampai hati hendak mengejutkan Daniel. Wajah lena Daniel terlalu menggamit hati perempuan Zara. Jadi dia ambil keputusan untuk memerhatikan saja Daniel di situ.

Dari kening turun ke mata, dari hidung turun ke bibir. Tersenyum sendiri Zaral sewaktu menilik wajah Daniel yang sedang terlena.

Dengan sengih nakal terukir di bibir, Zara melalukan jari telunjuk ke sepanjang tengah kening Daniel. Lalu melurut turun perlahan-lahan ke jambatan hidung sebelum berhenti di hujung hidung itu.

Mungkin berasa geli, Daniel berkerut hidung sebelum menggosok kerana kegatalan. Matanya masih terpejam lena.

Zara menggigit bawah bibir. Menahan diri dari ketawa sewaktu melalukan jari ke tulang pipi Daniel dengan perlahan. Sentuhan lembut itu membuatkan Daniel merenggus rimas sebelum bergerak mengubah kedudukan dari ngiring menghadapnya kepada mengiring membelakangkannya.

Masih memejamkan mata Daniel melepaskan keluhan sambil memeluk comforter rapat ke bawah pipi dan terlena semula.

Zara berkerut kening, dia kembali mengubah kedudukan Danuel supaya baring mengiring menghadapnya semula. Daniel yang masih terlena itu langsung tak tahu apa-apa bergerak mengiring menghadap Zara semula.

Bersama senyuman di bibir, Zaea tunduk mengucup dahi Daniel sebelum menarik Daniel ke dalam pelukan dan dia rehat di atas kepala itu. Apapun niat Daniel berbuat demikian dengan menghantar pengintip dan memerhatikan dirinya selama ini, Zara yakin pasti Daniel ada sebab tertentu. Jadi dia enggan lagi berfikir lagi. Sebab dia sendiri tidak suka berjauhan dengan Daniel lama-lama.

Beberala ketika kemudian,

Daniel terjaga gara-gara berasa panas semacam di sekitar muka. Mulanya dia dah buka mata. Sekali bila mata dibuka, pandangannya masih gelap. Bingung seakan mahu diserang panik. Dia sangka dirinya telah buta.

Setelah Daniel sedar dirinya berada dalam pelukan seseorang. Daniel menolak dirinya dari tubuh yang sedang memeluk kepalanya saat itu.

"The heck?"soal Daniel dengan kening berkerut.

"Mm..."rengek orang yang sedang memeluknya. "Nak ke mana?"pelukan itu dieratkan lagi. Membuatkan Daniel kelemasan sebab mukanya menyembam dada itu.

Apa yang-

"Zara?"Daniel mula sedar sepenuhnya. Dan masa inilah segala imej dan apa yang berlaku terlintas dalam fikirannya. Ya Tuhan!Habis la! Macam mana Zara boleh ada dekat sini?

Zara melepaskan pelukan. dia membuka mata dengan malas hanya untuk bertentang mata dengan Daniel yang sudah berkerut kening susah hati dan kebingungan.

"Ya saya...kenapa awak nampak terkejut sangat ni?"

"Ma-macam mana awak boleh ada dekat sini?"jadi apa yang dia nampak semalam bukan mimpi!?Daniel begitu tertampar sekali. Kalau Zara berada di sini itu bermakna Zara dah tahu segalanya?

"Taylor bawa saya ke sini...tapi bukan Taylor tapi bodyguard awak Daniel..."beritahu Zara sambil menguap. Dia mengusap muka sebelum mengerling jam di pergelangan tangan. Dia terlelap ke?Jam berapa dah ni?

"Kenapa?"bingung Daniel bertanya.

Zara bangun dari situ lalu bersila sambil memandang ke tepi. Tangannya menekap dahi Daniel lalu melekap di tepi pipi itu. Dia tenung tepat ke mata itu.

"Sepatutnya saya yang tanya soalan tu pada awak Senior Daniel..."senyumnya. "Kenapa awak lakukan semua ni dan merahsiakan segalanya dari saya?"Zara mengusap tepi pipi itu dengan kasih.

Daniel menelan air liur dengan susah payah kerana soalan itu.

"I'm all ears....so how about we get up and have a talk, should we?"ajak Zara menyentak lamunan Daniel.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience