08. Opps.....kantoi pulak!

Drama Completed 34053

Click!

Sarah dan Zara berdiri di samping antara satu sama lain semasa pintu terbuka ke dalam. Dua orang itu pada awalnya hendak menyusup keluar, namun begitu baru saja mereka tercegat di situ, mereka disambut dengan tiga susuk lampai bersut hitam luar koridor tersebut.

Gulp!

Mata bulat Sarah memandang kejung akan mereka sebaik menyedarinya.

Sementara Zara pandang dengan rahang berketik tidak terkata.

Siapa sangka tindakan mereka ini akan tetap tertangkap tidak kira sesempurna rancangan yang mereka telah pelan!

"Sh**!"lafaz Sarah begitu tidak terkata dengan situasi mereka Ketika ini. Nafasnya tersekat-sekat kerana betapa gemuruhnya dia rasakan gara-gara kehadiran pengawal peribadi keluarga Zara ini.

Sementara Zara di sisi memberi renungan kosong tanpa reaksi. Keningnya mencerlung tidak puas hati. Kepalan penumbuk digenggam erat.

"Adakah cik fikir dengan taktik childish cik ianya dapat memperdayakan kami?"lelaki bersut hitam bersuara.

Zara berdengus tidak peduli. Memang dia tahu tidak akan Berjaya tapi sekurang-kurangnya dia tiba di hospital dan dapat bertemu dengan neneknya walaupun seketika.

"Saya tahu tu....tapi sekurang-kurangnya saya berjaya." balas Zara dengan senyuman sinis di bibir. Sikit pun dia tidak berasa takut. Mereka bertiga ni bukan la apa sangat kalau nak dibandingkan dengan ayahnya.

"Ikut kami balik sekarang."arah lelaki bersut hitam kedua pula dengan renungan tajam seperti hendak naik marah.

"Cik berdua patut bersyukur bukan tuan sendiri yang menemui cik di sini."ujar lelaki ketiga dengan nada keras.

Darah Zara berderu laju naik ke otak hingga membuatkan urat nadinya ikut berdenyut sakit kerana betapa tingginya tekanan darahnya sebaik ayahnya diungkit. Zara tahu dia tidak akan dapat melarikan diri memandangkan pengawal peribadi ayahnya ada di sini tapi tidak bermakna dia akan serahkan diri begitu saja!

"Sekalipun kau beritahu dia....kau ingat aku nak kisah ke?Jom Sarah kita pergi."Zara menarik lengan Sarah dan berlalu melewati mereka begitu sahaja. Mana mungkin dia nak ikut mereka?

Sarah berpaling ke balik bahu sewaktu dirinya diheret sama Zara meninggakan pengawal tersebut begitu saja.

"Zara...macam mana ni?"soal Sarah dengan muka cuaknya. Dia betul-betul ketakutan sekarang. Kalau mereka tertangkap teruk Zara dikerjakan nanti. Hati Sarah bergelojak resah.

Sebab mereka berdua tahu, jika tiga orang kuat ayah Zara di situ, itu bermakna satu pasukan pengawal keselamatan berada di situ juga!

Sambil berjalan pantas merentasi koridor, Sarah dan Zara melewati meja tempat jururawat berjaga. Bila mereka bertembung, jururawat di situ berdiri kerana terkejut. Namun tidak sempat hendak mengatakan apa-apa setelah dua orang gadis itu menonong kedepan dengan laju.

"Kita tak boleh biarkan dia orang tangkap kau..."resah Sarah.

"Jangan nak fikir banyak. Nanti sampai lobi, kau lari secepat mungkin....tahan teksi ke apa kemudian balik terus ke hostel." arah Zara sewaktu mereka tiba di depan pintu lif.

Sarah memandang bingung ke sisi. Keningnya ikut berkerut."Hah?Aku aje?Macam mana dengan kau?"soalnya seperti mahu menangis.

Zara memmegang kuat lengan Sarah dan mengetap gigi kerana geram. Renungan mencerunnya terarah tegas ke muka merah hendak menangis sahabat baiknya. Apapun yang terjadi dia tidak akan benarkan apa-apa menimpa Sarah.

"Dengar aje cakap aku. Lari selaju yang boleh. Jangan risaukan aku. Balik. Aku tak apa-apa..."deram Zara dibalik ketapan gigi.

PING!

Perlahan-lahan pintu lif terbuka.Zara dan Sarah pun memalingkan kepala memandang ke depan sejurus itu. Sekali bila mereka pandang ke dalam lif tersebut.

Wajah Sarah berubah reaksi dari ketakutan kepada kengerian. Air mata bertakung di kelopak mata sementara peluh dingin merintik di dahinya. Dengan erat dia mencengkam lengan Zara.

Dan Zara berdiri teguh disitu melirik akan sekumpulan lelaki bersut hitam dalam lif depan mereka dengan perasaan berserah.

Enam orang lelaki bersut hitam berdiri dalam lif, tiga dari arah kanan empat lagi dari arah kiri.

"Zara...aku takut..."bisik Sarah yang menyorok di belakang Zara sambil bersandar di belakang badan Zara dengan rapat.

Ketakutan Sarah membuatkan gadis itu bergelatukan gigi.

Zara depakan tangan melindungi Sarah.

"Lepaskan dia...saya akan ikut awak."arah Zara.

"Maaf. Kami di beri arahan untuk bawa cik berdua." kata mereka dengan nada mendatar.

"Kau tak dengar ke!Lepaskan Sarah dan bawa aku saja!!"deram Zara dengan marah.

"Cik tolonglah...beri kerjasama . Kami tidak mahu berkasar."

Zara mengepal penumbuk seeratnya. Bersedia hendak menyerang, tetapi sebelum sempat dia hendak bertindak, Zara dapat rasakan rentapan kasar dari kain bajunya sewaktu Sarah di tarik menjauh darinya. Membuatkan kepalanya pantas berpaling ke Sarah.

Di situ tiga pengawal yang menemui mereka depan pintu sedang berdiri. Seorang daripada mereka telah mencempung tubuh Sarah.

"Umph!"jerit Sarah di balik tekupan mulut sambil meronta.

"Lepaskan dia la!"Zara bergerak mahu mendapatkan Sarah, tetapi dua pasang tangan muncul di bawah ketiaknya dari arah belakang sesaat kemudian.

"Mari kita balik Oik Zara. Ayah cik sedang menunggu cik."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience