44. Zara tolong mama

Drama Completed 34053

Suara sayup orang bercakap dan suasana dingin menghuni hospital pada petang mereka. Kebetulan pada waktu yang sama hujan sedang mencurah-curah turun dari langit. Menyuramkan suasana yang sedia muram.

Ambulans dihubungi sebelum Kennedy di bawah ke rawatan kecemasan lalu dibawah ke bilik bedah. Memandangkan ianya bukan kejadian kali pertama, mereka semua yang telah melaluinya tidaklah terkejut mana. Tapi terkesan la jugak terutama sekali Puan Kayla.

Sakit,ngilu,senak dan seperti direntap-rentap urat saraf dalam kepala dia masa ni. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa meletihkannya situasi ini. Zara bersandar letih pada dinding dengan tangan bersilang di dada. Hanya memasang telinga akan suasana di koridor ketika ini.

Suara esak tanggis sedih kedengaran dari hujung koridor sewaktu doktor yang memberi rawatan kepada Kennedy membicarakan sesuatu kepada Puan Kayla dan Encik James. Seorang sedang tersedu sedan. Seorang lagi berwajah tegang.

Zara tidak mendekat, dia sekadar memerhati dari jauh. Beberapa tahun yang lalu dia telah menyaksikan keadaan yang sama. Seakan masa berulang semula. Iaitu situasi dimana Puan Kayla menangis seorang doktor berdiri menyampaikan berita suram, sementara Encik James memandang dingin. Persis la seperti sekarang. Memerhati Puan Kayla memeluk Encik James dengan sedih mengenangkan nasib anak perempuan Wanita itu yang kini berada di ICU.

"Bagaimana dengan keadaan Kennedy?"Encik James bertanya.

"Anak puan dan encik telah berjaya kami selamatkan. Tapi disebabkan dia kehilangan banyak darah Kennedy perlukan masa untuk sedarkan diri."

"Encik..boleh saya tahu, adakah ini bukan kejadian kali pertama?"doktor berkerut kening.

"Ya...ini bukan kali pertama."beritahu Puan Kayla dengan sedu sedannya.

"Kalau begitu kami akan refer pada pakar psikatri mengenai kejadian ini. Jadi buat masa ni kami kekalkan Kennedy di bawa pengawasan rapi sehingga keadaanya stabil semula..."ujar doktor pada Puan Kayla dan Encik James.

Puan Kayla mengangguk kepala faham bersama linangan air mata di pipi. Sedunya tidak berhenti sejak tadi.

"Baik doktor.. Terima kasih."ucap Encik James dengan perlahan saat tersenyum nipis.

Doktor itu pun pamit meminta diri dan meninggalkan pasangan tersebut.

Puan Kayla mengangkat kepala dari menangisnya. Mata dia meliar sekitar koridor sebelum tertancap pada Zara yang berdiri sandar di dinding dengan air muka mengalah. Dengan bahu jatuh hilang semangat, Puan Kayla terus jalan laju mendekati Zara. Tanpa amaran dia kemudiannya jatuh melutut di hadapan anak tirinya itu.

"Zara...."rintihnya saat memegang kaki kiri Zara. Mendongak ke atas untuk memandang wajah itu.

Maka perlahan-lahan, mata Zara terbuka apabila tangan Puan Kayla mencengkam terdesak kakinya. Renungannya terarah ke depan buat seketika.

Sambil Puan Kayla dongak ke atas memegang kaki Zara. Dia menangis semahunya. Menangis seperti apa yang berlaku tiga tahun lepas. "Tolong mama Zara....mama merayu..."

Ya, tiga tahun yang lepas.

Alasan kenapa Zara duduk di luar dan hidup sendiri bukan dengan ayahnya sendiri.

Nak dijadikan kisahnya, semasa tiga tahun lepas, setelah Kennedy berpindah masuk ke rumah Zara dan Encik James, Kennedy sangat la membencikan Zara. Kennedy iri hati. Kerana dia awalnya hidup susah dan tidak pernah hidup senang. Bila segalanya berubah dan Puan Kayla berkahwin dengan Encik James, Kennedy menerima kejutan budaya sehinggakan dia tidak menerima kesenangan yang dimiliki oleh Zara. Sebab semuanya Zara ada, kawan yang ramai, pakaian mewah. Rupa yang cantik dan ayah yang berpengaruh.

Hal itu membuatkan Kennedy tertekan dan alami kemurungan teruk. Sampaikan Kennedy nekad hendak bunuh diri berkali-kali sebab tidak dapat menerima kehadiran Zara dalam rumah Zara sendiri.

Bila semua itu terjadi, Puan Kayla merayu pada Zara supaya selamatkan Kennedy. Zara menjadi Zara, jenis yang suka mengalah pun pasrah dengan keputusan bila Encik James menghalau dia keluar dari rumah itu sehelai sepingang.

Belum cukup itu, Zara juga menyerahkan kawan baiknya demi Kennedy.

Semuanya kerana hendak membantu Kennedy.

Dan kini...Kennedy mengulang semula tabiat lamanya itu.

"Zara...tolong mama...mama merayu tolong la...Kennedy dia terlalu kecewa selepas dapat tahu kamu dipilih sebagai calon isteri untuk Damon..sebab tu dia buat macam tu...mama cuba pujuk dia..tapi dia tetap bersedih..."nangis Puan Kayla.

Dan kini Zara diminta untuk serahkan satu-satunya peluang dia untuk bersama neneknya semula. Sekiranya dia serahkan pertunangan ini, dia akan kehilangan perjanjiannya dengan James.

"Tolong mama Zara...Ken satu-satunya anak yang mama ada..."nangis Puan Kayla dengan sebak.

Zara yang masih bersandar di dinding dengan tangan bersilang di dada memandang Encik James. Lelaki itu berkerut kening kepadanya lantas menggeleng kepala seakan tahu apa yang sedang difikirkan Zara. Encik James tidak mahu Zara katakan iya pada permintaan Puan Kayla itu.

Keluhan panjang terlepas dari bibir Zara sebelum dia bongkok memegang tangan Kayla. Memimpin wanita itu supaya berdiri. Bila la semua ini akan berhenti?

Kayla memandang sedih ke Zara sewaktu berdiri tegak. Merah mata wanita itu kerana menangis tanpa henti sejak tiba di hospital tiga jam lepas tadi.

Lantas Zara menarik sengih sinis semasa bertentang mata dengan Puan Kayla. Rasa lucu bertandang. Masakan tidak, tengok la siapa yang sedang merayu sekarang ni. Kalau waktu senang bukan main lagi perangai sombong meninggi hidung pada dia. Bila sudah susah pandai pulak melutut merayu.

Hebat betul!Sesiapa berikan anugerah Oscar pada wanita di depannya ini.

"Bukan salah aku kalau anak kau lemah macam ni...dia punya keputusan untuk bunuh diri." kata Zara dengan nada tanpa perasaan sewaktu memandang dingin ke tatapan berair mata Puan Kayla. Sedikit pun tiada rasa simpati.

Puan Kayla menggeleng kepala dengan sedih. Dia memegang kedua-dua belah bahu Zara.

"Maafkan mama Zara..tolong mama untuk selamatkan Kennedy.."rayu Puan Kayla lagi.

Zara ketawa mengejek dengan perlahan.

"Ahahaha....Apa kau cakap 'mama'?Please la...selama ni kau tak hairan dengan kewujudan aku..dan bila susah baru nak bermanis mulut?" Zara menepis tangan Puan Kayla turun dari bahunya.

Kayla membawa jari jemarinya yang sedang menggigil ke mulut. Dia tunduk memandang ke lantai.

Zara menarik sengih meleret lalu berdengus kecil.

"Masalah kau, kau uruskannya sendiri...aku dah serik dengan semua masalah kau orang ni..."kata Zara semasa berjalan pergi dari situ meninggalkan Encik James dan Puan Kayla di belakang.

Begini agaknya kalau ada seorang ibu. Yang akan cuba pertahankan nyawa anak sendiri tak kira macam mana sekalipun walaupun terpaksa melutut dan merayu. Memikirkan hal itu membuatkan Zara tersenyum sendiri.

Dalam keadaan lemah longlai dan kepala pening berpusing ligat, Zara berdiri di depan lif. Menunggu pintu itu terbuka. Beberapa ketika kemudian, pintu lif pun terbuka. Zara masuk ke dalam lif itu dengan kepala tertunduk memandang ke bawah. Setelah masuk, Zara menekan butang tutup sebelum menunggu lif itu bergerak turun.

Sepanjang masa tu Zara pegang rel besi di dinding lif untuk sokong dirinya semasa kepala dia mula berpusing-pusing dan pandangannya berpinar hendak pitam. Sedaya upaya dia gagahkan diri dari rebah di situ. Seakan berjam lamanya di dalam lif tu, akhirnya pintu lif terbuka.

Terasa semuanya kabur di depan mata, Zara atur kaki keluar dari lif sebelum dia langgar seseorang di depan lif tu dan rebah didalam pelukan orang tersebut.

Tidak larat lagi Zara pun memejam mata sewaktu kepalanya bersandar lemah ke dada asing di hadapannya. Dalam mamainya juga Zara merasakan sepasang tangan melingkar erat memeluk tubuhnya pada masa yang sama. Sempat dia lihat wajah itu sebelum pandangannya gelap gelita sepenuhnya dan segalanya menjadi senyap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience