Semua kepala di dalam bilik kuliah itu tunduk tekun mencatit nota yang tertera di papan putih depan podium sewaktu pensyarah dengan tekun menulis dan menerangkan syarahannya pada masa yang sama.
Ramai-ramai penuntu di dalam dewan kuliah itu, di barisan ketiga kerusi paling hujung kelihatan Zara duduk sandar dengan muka tidak kisah membaca setiap butir tulisan yang mana sedikit pun dia tidak cuba untuk faham.
Sejujurnya bukan pilihan dia untuk belajar dalam jurusan ni. Dia lebih prefer duduk dekat kafe dari memetakkan punggung dia di dalam kelas membosankan ini.
Mengejutkan Daniel di sebelah hadirkan diri seperti biasa, menjadi pelajar yang baik dan tekun. Kejap-kejap memandang ke depan dan mencatit segala yang ada di papan putih ke dalam buku nota.
Zara memerhati jari runcing lelaki itu mengengam kemas pen di tangan. Kemas sahaja tulisan itu. Berasa tertarik dengan tulisan Daniel. Zara pun menopang kepala dengan tangan kanan direhatkan atas meja kecilnya untuk memandang Daniel.
Lelaki itu tidak bercakap dengannya langsung sejak masuk kelas hingga kelas mula.
Zara perasan akan perubahan sikap Daniel namun dia tidak bertanya lebih kerana enggan membuatkan Daniel semakin tidak suka kepadanya.
Sehingga sekarang dia masih tertanya-tanya apa la yang buatkan Daniel marah padanya malam hari tu?
Sementara itu, Daniel yang perasan dirinya diperhatikan Zara tidak menghiraukan tindakan gadis itu. Dia hanya membiarkan sahaja Zara memerhati dia seakan dalam bilik itu hanya dia seorang sahaja yang ada di dalam bilik tersebut yang menarik perhatian gadis itu.
Hmmm
Lama lagi ke kelas ni?
Zara menguap kebosanan. Terus dia rehatkan dagu di atas lengannya di meja sambil memandang tepi wajah Daniel. Kalau diperhatikan, Daniel sebenarnya boleh tahan jugak orangnya. Cuma rupa paras lelaki itu tersembunyi dibalik kaca mata bingkai tebal, anak rambut hitam berkilat yang menutupi dahi lelaki itu.
Kalau Daniel berani sikit, mungkin Daniel boleh gunakan badan sasa itu dengan lebih baik. Tak adalah orang memperlekehkan lelaki ni.
"Senior masih marahkan saya ke?"bisik Zara sambil memandang Daniel dengan minat. Rindu sungguh dia dengan lelaki ni. Biasanya Daniel bercakap dengan dia. Bukan senyap seperti ini.
Ya dalam course mereka ini, hanya mereka berdua sahaja yang terkenal sebagai pasangan loser. Jadi mereka berdua hanya bergaul antara mereka tidak bersama pelajar lain.
Jadi tak hairan la kenapa Zara bergantung pada senior dia ini.
Daniel memalingkan kepala kanan, bertentang mata dengan Zara yang sedang meniliknya sejak tadi.
"Kenapa awak tanya macam tu?" soal Daniel dengan nada perlahan.
"Senior tak nak bercakap dengan saya langsung.." Zara tarik muncung merajuk dia. "Mana tahu senior marahkan saya....kalau betul saya minta maaf ...jadi berhenti mendiam macam ni..."
Daniel memandang lama wajah Zara lantas tersenyum.
"Awak mengantuk ke?"soal Daniel separa berbisik sambil menyelak anak rambut Zara yang jatuh menutupi tepi matatu ke belakang telinga. "Sampai tanya soalan macam tu?Tak. Saya tak marah..maaf tentang malam tu..saya sendiri tak tahu kenapa saya marah.."
Zara biarkan saja jari Daniel menyentuh pipi dia sewaktu lelaki itu cuba menyelak anak rambutnya ke belakang telinga.
"Tak mengantuk cuma malas..."jawab Zara sambil gerakkan mata memandang ke depan. Hendak pastikan pensyarah mereka masih menulis. Sambil tu dia berkata."Kalau senior tak marah bagus lah.."setelah itu baru la dia pandang ke Daniel semula.
"Biar saya salin nota ni..nanti awak boleh pinjam."beritahu Daniel sebelum dia tunduk menyalin nota semula.
Zara yang dengar memberi senyuman terima kasih pada Daniel. Bertuah sungguh dia berkenalan dengan lelaki seramah Daniel ini.
Macam mana lah lelaki sebaik Daniel boleh tidak disukai oleh orang? Bagi dia la kan, Daniel adalah seorang lelaki yang sweet dan gentleman. Rugi siapa yang bencikan lelaki ni. Kalau boleh, rasa macam nak simpan je lelaki comel sebelahnya ni dalam poket. Biar tak ada sesiapa yang boleh ambil. Biar dia seorang aje yang boleh bersama.
Daniel kembali menyambung penulisannya. Tidak lagi kembali berborak sebab banyak yang dia kena kejar. Kalau lambat habis kena padam nanti semua nota tu.
Zara mengangkat kepalanya dari meja. Duduk sandar dengan malas di kerusi sambil memandang ke depan. Jari telunjuknya mengetuk-mengetuk permukaan buku teksnya.
"Kenapa dua hari lepas senior tak masuk kelas?"soal Zara yang ingin tahu.
Daniel menulis sambil bercakap.
"Saya tak sihat."jawab lelaki itu sambil memandang ke depan dan buku silih ganti.
"Tak sihat?Serius sangat ke mereka belasah senior?"bisik Zara sambil menyondong rapat ke Daniel. "Kalau saya tahu siapa mereka, lama dah mereka saya kerjakan..."ujar Zara sambil menumbuk tapak tangan kiri dengan kepalan penumbuk tangan kanannya.
Daniel yang dengar menarik sengih meleret ke kanan secara sembunyi. Comel je.
"Sudah tentu..pastikan awak ajar mereka cukup-cukup..."ujarnya dengan perlahan sambil menulis.
Zara meletakkan tangan di atas bahu Daniel dan mendekatkan mulutnya ke telinga Daniel sewaktu Daniel sedang menulis. Lelaki tu sikit pun tak tunjuk reaksi terganggu dengan jarak Zara itu. Malah Daniel kelihatan bersahaja dan selesa.
"Siapa mereka?"bisik Zara sebelum pandang tepi muka itu dengan rapat.
Daniel yang tidak perasan terus memalingkan muka memandang Zara. Membuatkan wajah mereka berjarak seinci sebaik dia bersemuka.
Serta merta mata Daniel turun ke bibir Zara. Tanpa sedar lelaki itu menelan air liur gugup kerananya.
Sementara Zara sudah menjungkit kening menanti jawapan dari Daniel. Tak kisah dengan jarak rapat mereka itu.
"Hei...."Zara usik hujung hidung Daniel dengan hujung hidungnya sendiri.
Daniel tersentak lalu berdehem kecil.
"Anak dekan..."bisik Daniel sebelum kembali memandang ke depan dan baca apa yang tertulis di papan putih.
Kening Zara berkerut tak suka lepas dengar. Dia tenung tepi wajah Daniel buat beberapa ketika sebelum kembali memandang ke depan. Dia mengecilkan mata saat termenung memikirkan sesuatu.
"Anak dekan?"sebut Zara dengan perlahan.
Share this novel