Kaki berkasut sneaker lusuh itu jalan selangkah demi selangkah ke depan. Sementara anak rambut panjang itu jatuh menutupi mata sewaktu pemiliknya tunduk ke bawah.
Zara menyelak helaian kertas dalam majalah yang dipegang dengan kening berkerut. Membaca artikel mengenai kejayaan seorang wanita berkarisma dengan hasil karya seni lukisannya yang sudah dipamer dalam galeri lukisan seluruh dunia.
Artikel itu mengenai seorang wanita bernama Gina Marissa 47 tahun. Mempunyai suami dan dua anak lelaki yang masing-masing berusia 16 dan 17 tahun. Kerjaya utama wanita itu adalah seorang pereka fesyen, namun begitu hasil utama pendapatannya ialah lukisan yang di lukisnya. Beliau adalah seorang artis yang sangat terkenal dikalangan peminat seni. Pada musim sejuk nanti wanita itu akan adakan pameran galeri di tempat Zara.
Disebabkan Zara minat pada wanita tersebut dia sentiasa ikuti perkembangan idolanya itu. Alasan Utama kenapa dia gemar membeli majalah dimana Damon Benz kerap menjadi muka depan majalah ini. Oleh kerana terlalu khusyuk tunduk membaca, Zara terlanggar seseorang yang kebetulan berjalan keluar dari satu dari pintu yang dilewatinya dari arah kanan. Dengan serentak majalah dan beberapa buku jatuh di bawah kaki mereka selepas perlanggaran berlaku.
Dengan serentak dan pada masa yang sama, mereka berdua segera tunduk mengutip buku yang jatuh hingga menyebabkan dahi mereka bertemu lantas terhantuk ke antara satu sama lain. Mengakibatkan kedua-duanya mengaduh kesakitan Bersama!
"Auw!"aduh Lissa yang terduduk serentak bersama Zara atas lantai pavement itu.
Zara menggosok dahi dengan tapak tangan sambil memandang Lissa. Keningnya berkerut dek kesakitan. Aduh!Kepala ke batu tu!?
"Sorry."ucap Zara acuh tak acuh. Wajahnya bercemberut.
Lissa cepat-cepat mengutip bukunya dan membantu Zara untuk bangun dari situ. "Kau okay tak?"soalnya saat Zara berdiri di depannya.
Zara mengangguk kepala, lalu tunduk mengutip majalahnya sebelum matanya terarah pada diari harian Lissa yang terbuka luas disebelah majalahnya.
Di muka surat diari itu, terpaparnya sekeping gambar polaroid yang di tampal pada muka surat diari tersebut.
Gambar dimana Lissa bersama Betty tersenyum riang sambil merangkul bahu Zara yang berdiri di tengah-tengah mereka yang mana di ambil oleh Sarah sendiri pada suatu masa dulu.
Zara kutip diari itu dan berdiri tegak menghadap Lissa sambil memandang gambar itu.
"Apahal gambar lama ni masih ada dengan kau?"soal Zara sambil mengangkat kepala memandang Lissa. Keningnya mencerun tajam."Bukan ke aku dah rampas semuanya?Kau masih ada lagi?"nadanya mula keras.
Lissa yang lihat gambar itu tersentak. Terus dia rampas diari itu dari tangan Zara dengan kalut menutupnya. Dia cemas sendiri melihat kanan dan kiri kerana terkejut.
"Tak sempat."dalih Lissa jelas sedang menipu.
Dengusan kecil lepas dari Zara saat dia pandang judging akan Lissa dari atas ke Bawah. Tak sempat atau tak nak?Ingat dia ni dungu sangat ke?
"Buangkannya Lissa. Sebelum Kennedy tahu baik kau buang gambar tu!"arah Zara dengan tegas.
Lissa tersentak. Dia pandang Zara berkerut kening saat pandang wajah dingin dihadapannya.
"Zara, aku-"panggil Lissa dengan terdesak.
"Aku kata buang!"bentak Zara sehingga terkejut Lissa yang dengar.
Lissa menahan diri dari menangis. Cepat-cepat dia gigit Bawah bibirnya taktala ianya mula menggigil kerana sebak di bentak begitu dengan Zara.
"Bagilah aku simpan. Cuma ni je yang aku ada sebagai kenang-kenangan...."rayu Lissa.
Zara berdengus mengejek."Kenangan?Apa yang kau nak simpankan tentang aku dengan kau orang?Kau tak sedar ke?Apa aku dah buat dekat kau?Still kau nak simpan sebagai kenangan?"soalnya dengan menyampah.
"Ya aku....tapi still...kau kawan aku kan?"susah payah Lissa bersuara Bersama ketulan Udara dalam kerongkongnya.
Dua tahun yang lalu, Betty, Lissa,Sarah dan Zara adalah sahabat baik. Bersama dengan Sarah mereka berempat adalah geng paling popular dalam universiti tu.
Namun semua itu tidak lama, selepas Kennedy pindah masuk belajar di situ, Zara telah memutuskan hubungan mereka secara tiba-tiba. Semua ini kerana Kennedy. Pada tahun itu, Kennedy dalam proses sembuh dari kemurungan gadis itu selepas cubaan mahu membunuh diri. Jadi Zara ambil keputusan untuk membiarkan Lissa dan Betty Bersama dengan Kennedy kerana Zara tahu Lissa dan Betty boleh menjadi kawan yang dapat membangunkan Kennedy. Sebagai gantinya, Zara perlu putuskan hubungan dengan merea.
Dan lihatlah...sekarang Kennedy sudah sembuh sepenuhnya atas jasa Lissa dan Betty sendiri. Kennedy tidak lagi cuba hendak membunuh diri atau mencederakan anggota badan seperti dulu.
Zara sama sekali tidak menyesal dengan keputusannya.
Disebabkan keputusan itu juga telah membuatkan Betty membencikan Zara, namun tidak Lissa. Sampai sekarang Lissa anggap Zara kawan baik dia. Lissa faham kenapa Zara buat keputusan tu. Tapi Betty masih salahkan Zara sehingga kini.
"Zara...aku tak pernah bencikan kau...tolong la jangan macam ni.."pujuk Lissa dengan kening mencerun nak menangis. "Izinkan aku menyimpan gambar terakhir kita bersama?"air mata bertakung di tubirnya.
Waktu itulah Zara memandang belakang bahu Lissa sebelum kembali memandang Lissa setelah ternampak kelibat dua orang itu. Dia tidak sempat hendak menyampaikan apa yang mahu diberitahu.
"Buang. Jangan sampai Kennedy tahu."arah Zara lalu segera berpaling dari situ dengan mata kemerahan dan rahang berketik menahan sabar.
"Seke-"Lissa bergerak hendak dapatkan Zara, tetapi suara Kennedy di belakang membuatkan dia berpaling ke belakang. Memandang kejung ke arah Betty yang jalan seiring bersama Kennedy di sisi.
"Lissa! Sini kau rupanya...merata aku cari kau.." bebel Kennedy sewaktu mendekat.
Nak tak nak, Lissa kawal ekpresi wajahnya sebelum membalas."Hai..."senyum Lissa dengan terpaksa bersama dada sebu mahu menangis. Dia ketap gigi dengan kuat. "Sorry...aku baru aje keluar kelas tadi."
Betty mematai Lissa dengan curiga sebelum mengerling ke arah depannya yang dia tak tahu kenapa dia pandang.
Zara sudahpun tiada lagi di situ.
Share this novel