11. Asal macam aku terlupa sesuatu?

Drama Completed 34053

Kelibat dua orang gadis berbeza penampilan muncul dari hujung hallway. Menarik perhatian beberapa pasang mata kerana kejanggilan akan gabungan duo tersebut. Masakan menimbulkan tanda tanya. Lihat sajalah betapa jauh bezanya laut dan bumi antara mereka berdua itu.

Wap hangat keluar dari pau berinti kaya panas setelah ia di gigit besar oleh yang memakannya. Sambil berkerut kening menahan panas, Zara kunyah dengan lekas makanan hangat itu. Sementara Sarah tidak habis-habis mengoles make up di wajah.

Disebabkan pasangan duo ini cukup popular, maka sesiapa yang melihat atau bertembung dengan mereka berdua boleh kenalpasti dengan mudah even pelajar junior baru masuk. Bagaimana mereka boleh kenal?

Mudah aje...seorang mengenakan hoodie hitam dan mengikat rambut satu ke belakang itu pasti Zara Delisha, seorang lagi yang mengenakan pakaian branded dan mengenakan solekan penuh itu pasti Sarah Trisha.

Membuatkan dua orang itu sangat kontra di antara satu sama. Sampaikan ada yang tertanya-tanya kenapa Sarah boleh bersama dengan loser seperti Zara berhoodie tersebut.

"Wei..."panggil Sarah semasa dia jalan sambil mengenakan lip gloss di bibir. Cermin kecil ada di tapak tangan kanan semasa tangan kiri memegang tube lip gloss tersebut.

"Kenapa?"balas Zara sibuk makan sampai terpalit comot jem kaya di tepi bibir namun dia segera menjilatnya dengan hujung lidah.

"Asal aku macam terlupa sesuatu?"tanya Sarah sambil buat muka berfikir.

Zara yang terlalu sibuk dengan makanan langsung tak dapat berfikir sebab asyik mengunyah makanannya, sakit yang dirasai pada belakang badan juga tidak disedarinya.

"Kau punya fikiran tanya aku pulak...mana aku tahu..."balas Zara sambil menjungkit bahu tidak peduli.

Sedang Sarah mengoles lip gloss di bibir, tiba-tiba satu suara lantang kedengaran di belakang mereka. Mengejutkan Sarah sampai tergores lip gloss itu keluar ke tepi bibir.

"Kau perempuan dress merah!"panggil satu suara dari arah belakang dengan lantang.

Mata Sarah dan Zara terbutang luas secara serentak. Mereka berdua saling berpandangan sebelum berpaling ke belakang dengan segera. Memandang kejung ke arah tiga lelaki yang berjalan ke arah mereka seperti mahu membelasah mereka cukup-cukup.

Well....nampaknya ini perkara yang dia telah lupakan rupa-rupanya!

"Sh*t! Baru aku teringat apa yang aku terlupa."  luah Sarah dengan nada kedengaran tidak percaya dia.

Zara menepuk dahi taktala sedar yang mereka terlupakan satu perkara selepas kejadi malam tadi. Macam mana la mereka boleh terlupa tentang tiga orang lelaki ni. Mesti mereka marah sekali kerana ditipu dan ditinggalkan oleh mereka depan kelab malam tu macam tu je.

"Apa yang kau orang fikirkan hah!"marah Hardi dari kejauhan sambil menunding jari.

Sarah cepat-cepat mengangkat tangan menyerah.

"Wo-wo...chill lah janganlah marah sangat." minta Sarah sambil undur ke belakang.

"Jangan marah?Kita orang tak boleh marah lepas kau tinggalkan kita orang macam tunggul dekat luar kelab tu semalaman?"marah Kaden dengan berang sewaktu berdiri di depan mereka berdua. "Macam tunggul!"

Melompat terkejut terus Sarah mendengarnya. Dia menyelinap di belakang Zara. Berlindung di balik Zara. Matanya sempat mengintai dari balik bahu itu.

Kening Jason mencerun saat memandang Sarah dengan tidak puas hati.

Sarah mengintai ke tepi bahu Zara. Memandang takut ke arah mereka bertiga. Alamak!Alamak!

"Sorry?"ucap Sarah bernada tidak yakin.

"Apa yang kau fikirkan?Mana kau orang dah pergi?Dah lah pergi macam tu?Call tak angkat....tahu tak kita orang cari kau orang macam orang gila!"marah Hardi lagi.

Zara sekadar membuat muka tidak bersalahnya. Dia terima jika mereka mahu naik angin atau mengasari dirinya sebab ya la...dari awal lagi memang silap mereka kerana perdayakan tiga orang ni.

"Kenapa kau orang berdua lakukan hal ni?"soal Hardi dengan kening mencerlung.

"Sorry...."ucap Zara terlebih dahulu. "Memang salah aku trick kau orang malam tadi. Actually, kau orang ni cuma dijadikan sebagai distraction dan tentang pass masuk percuma ke kelab tu hanya rekaan semata. Aku yang suruh Sarah trick kau orang untuk ikut kita orang.."

"Dan kenapa kau buat macam tu dekat kita orang?"soal Jason bernada jengkel namun air mukanya seakan tergamam tidak percaya.

Zara tidak dapat menceritakan tujuan sebenarnya. Yalah...dia buat semua ini semata kerana ingin menemui neneknya. Tapi malangnya tetap juga ketakuan dan ditangkap. Jadi malulah kalau ketiga-tiga lelaki ini tahu.

"Saja?nak kenakan kau orang?"soal Zara dengan air muka tidak peduli.

Hardi mengetap gigi menahan sabar. Rahangnya berketik. "Memang betul la apa orang dalam kolej ni katakan pasal kau Zara...seorang yang psiko dan tak ada hati perut!"ujarnya sebelum berpaling dari situ tanpa berlengah.

Jason dan Kaden sempat melemparkan jelingan tidak suka mereka ke Zara sebelum mengekori langkah Hardi.

"Fuh..nasib baik."hela Sarah perlahan muncul semula ke sisi Zara. "Kau okay?"pandangnya ke tepi muka itu.

Zara tidak menjawab. Dia kembali berpusing ke arah dimana mereka hendak pergi tadi. Tangan sebelah di seluk ke dalam poket hoodie. "Maybe next time aku takkan libatkan kau kalau aku nak keluar jumpa nenek aku Sarah.."beritahunya.

Cepat-cepat Sarah pegang lengan Zara. "Kenapa kau cakap macam tu?"

"Aku tak boleh ambil risiko dan letakkan kau dalam bahaya macam malam tadi..cukup aku seorang aje."imej dimana ayahnya menampar Sarah cukup menyakitkan hati dia sehingga sekarang! Jadi dia enggan buatkan Sarah terluka gara-gara masalahnya lagi.

"Alah...bawak la aku sekali.."Sarah merengek sambil menggoncang tangan Zara sepanjang langkah mereka itu. Namun begitu rayuannya itu tidak diendahkan Zara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience