Di sebuah hujung minggu. Dalam kesibukan di dalam sebuah hospital. Muncul lima lelaki bersut hitam labuh paras lutut dan bersarung tangan hitam di kedua-dua tangan berjalan masuk ke ruangan lobi dalam keadaan berbaris bentuk V menarik perhatian para petugas, pesakit mahupun pelawat yang berlegar-legar di sekitar kawasan itu.
Disebabkan derap langkah mereka juga sama, ianya sedikit menimbul curiga mata yang memerhati. Tambah-tambah dengan riak muka serius dan renungan gelap dari mereka.
Lima orang itu kemudiannya berhenti di hadapan pintu lif. Orang paling kiri sekali yang menekan butang naik. Tidak sampai sepuluh saat pintu lif terbuka.
Dengan mimik muka serius dan dingin di wajah setiap seorang, mereka berjalan masuk ke dalam lif itu dan menekan butang ke suatu tingkat.
Namun tidak lama, pintu lif terbuka. Ada pelawat hendak masuk ke situ. Namun setelah bertentang mata dengan lima orang lampai yang berpakaian serba hitam di dalam mereka jadi gugup sendiri lantas tidak jadi naik. Begitulah seterusnya. Setiap kali lif berhenti dan ada penumpang hendak masuk, semua yang nak masuk tak jadi. Takut punya pasal.
End up mereka berlima naik lif tu sendirian. Tak lama kemudian mereka berlima tiba di satu koridor. Secara serentak mereka berjalan secara berdua-dua seakan berkawad, kaki mereka melangkah dengan seragam merentasi koridor dan berhenti di depan sebuah pintu wad.
Tanpa mengetuk terlebih dahulu, mereka masuk ke dalam bilik dimana seorang pesakit wanita ditempatkan.
Taktala mata mereka terarah lada ruangan tersebut, seorang nenek tua sedang duduk di kerusi roda dengan topeng oksigen di muka menghadap depan jendela.
Ekoran kehadiran itu, wanita bertopeng oksigen tersebut kemudiannya berpaling dengan perlahan. Mata kuyunya memandang hairan lima lelaki lampai di depan pintu bilik rawatan tanpa mengatakan apa-apa.
"Selamat petang Puan Belinda."ucap Taylor dengan hormat pada wanita di kerusi roda itu.
Puan Belinda, nenek Zara mengedipkan mata. Memandang hairan ke arah lima lelaki di depannya lalu akan Taylor. Adakah masanya sudah tiba?Adakah James sudah mahukan kematian dia untuk duit-duit itu?
"Selamat petang..."balas Puan Belinda dengan anggukan lemah.
"Saya datang ingin membawa puan keluar dari sini..."ujar Taylor.
"Adakah kamu datang hendak membunuh saya?"tanya Puan Belinda sewaktu dua lelaki bersut dari kanan Taylor jalan mendekatinya dan mula melakukan sesuatu pada alat-alat bantuan pernafasan dan tiub
I.V nya.
"Tidak. Saya datang dari pihak tuan saya. Puan jangan risau. Kami tiada niat yang tidak baik pada puan...kami hanya ingin membantu." jawab Taylor.
Puan Belinda hanya mendiamkan diri selepas mendengar. Dia memerhati lima lelaki di situ dengan cekap meleraikan semua peralatan di situ tanpa menjejaskan keselamatan dirinya.
Malah mereka lakukannya dengan tenang dan kemas. Malah lemah lembut. Tiada kasarnya. Tidak seperti para jururawat dan pengawal keselamatan yang sering datang untuk melihat-lihat dirinya. Mereka semua itu kasar dan juga menakutkan.
"Maaf sekiranya perjalanan ini tidak menyelesakan..."ucap Taylor sewaktu tunduk bercakung di depan kaki Puan Belinda. Dia menyelimutkan kaki Pua Belinda sebelum melilitkan mafela sekeliling lehernya untuk elakkan kesejukan.
"Siap tuan..."maklum satu suara di belakang.
Taylor berdiri tegak lalu mengangguk kepala.
"Jom gerak."ujar Taylor sebelum bergerak ke arah pintu sementara yang lain ada yang menolak kerusi roda.
Ada yang bantu pegang tiub I.V drip bag. Ada yang jalan berkawal sebagai pengawal.
Sepanjang mereka berjalan keluar, semua orang pandang kagum.
Hairan kenapa lelaki-lelaki lampai seakan gangster jalan dalam kawasan hospital dengan pakaian semuanya serba hitam seperti Grim Reaper mengiringi seorang nenek tua.
Taylor tiba di depan pintu kereta hybrid. Kereta itu besar, dan mempunyai ruang untuk tempatkan orang berkerusi roda. Jadi mereka hanya perlu mendorong kerusi roda Puan Belinda ke dalam kereta tanpa perlu alihkan Puan Belinda dari kerusi tersebut. Dengan itu mereka tidak membahayakan keselamatan Puan Belinda yang memerlukan semua peralatan di situ. .
"Kita nak ke mana ni?"soal Puan Belinda sewaktu dua lelaki sibuk memasang klip keselamatan pada roda kerusinya.
"Pulang."jawab seorang dari mereka sewaktu sibuk melakukan itu dan ini.
Puan Belinda diam memerhati lagat anak muda di depannya sibuk melakukan sesuatu dengan tertanya-tanya. Apa maksud pulang?Dia tiada rumah...selain Zara...dia tiada sesiap di sini?
Share this novel