45. Secret Admirer Part 2

Drama Completed 34053

Brit!

Brit!

Brit!

Getaran telefon di dalam poket dibiarkan seketika semasa Taylor diam berdiri di tepi katil. Lelaki berkaca mata itu dalam keadaan begini sejak masuk wad.

Wajah pucat dengan mata terpejam itu dipandangnya dengan lama. Wajah yang telah ditatapnya selama setahun lebih. Wajah yang telah menghantui hidupnya sejak kali pertama dia bertentang mata dengan mata itu. Wajah yang dia fikir setiap kali melihatnya adalah seorang yang ceria dan bersahaja, namun tersembunyi beribu rahsia dibalik tatapan mata itu.

Sejak dia diberi arahan untuk memerhati dan menjaga keselamatan insan ini, sejak itu hatinya telah berikrar untuk menjaga dan melindungi insan di depannya sepenuh jiwa dan raganya.

Getaran telefon sekali muncul dalam poket kot menyentak lamunannya. Tanpa menghasilkan suara atau bunyi yang menganggu, Taylor menyeluk keluar telefon dari poket dan menjawab panggilan tersebut.

"Ya tuan..Taylor di sini....."ucapnya saat berpaling membelakangkan katil.
Suara bisikannya jelas kedengaran dari kejauhan.

"Did she awake now?"

"Belum tuan. Doktor baru sahaja selesai buat pemeriksaan." bicara satu suara di penjuru bilik melalui telefon.

"Kamu tahu kenapa Zara pengsan?Adakah mereka tidak memberitahu apa-apa?"

"Ya tuan..doktor kata mereka tak boleh beritahu apa-apa mengenai pesakit apalagi maklumat peribadi rawatan pesakit tanpa kebenaran pesakit sendiri...jadi kita kena tunggu cik Zara sedar dulu baru boleh tahu apa yang berlaku..."

Perbualan itu membuatkan Zara terjaga, tetapi tidak bergerak kerana dia berasa awas. Siapa pulak yang lelaki tu sedang bercakap dengan? Tuan?

"Baik Tuan Daniel...saya akan tunggu sehingga Cik Zara sedar..."

Mata Zara terus terbuka luas. Daniel? Zara menggerakkan matanya ke penjuru bilik dimana Taylor sedang berdiri membelakangkannya. Apa yang dia baru dengarkan tadi?

Sesaat sebelum Taylor berpaling Zara cepat-cepat pejam mata dan berpura-pura tidur. Dia belum bersedia hendak memandang lelaki yang telah membantunya .Tapi pada masa yang sama dia tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya.

Melalui telinganya Zara boleh dengar Taylor jalan menghampiri katil. Lima saat kemudian, selimut yang berada di badannya bergerak seakan dibetulkan kedudukannya.

Membuat Zara menggerakkan mata dan perlahan-lahan menyedarkan diri. Dia tidak boleh tunggu lagi.

Wajah Taylor dengan renungan dingin dipandangnya.

"Taylor?"sebut Zara dengan kening berkerut.

Air muka Taylor jelas terpancar reaksi tenang dan lega selepas Zara bersuara.

"Cik dah sedar...saya panggilkan doktor..."ujar lelaki itu hendak berpaling.

Lekas-lekas Zara cubit lengan kot lelaki itu. Menghalang lelaki itu dari beredar. Taylor berpaling menghadap Zara semula.

"Tak perlu..."tegah Zara sambil menggeleng kepala.

Taylor kembali ke sisi katil Zara apabila gadis itu mula bergerak. Terus dia bantu Zara untuk bangun dari perbaringan.

"Cik tak apa-apa?"tanya Taylor yang langsung tak sedar tangannya sedang memegang belakang bahu Zara. Tindakan refleks.

Zara dongak memandang Taylor dengan renungan mata keletihan. Masih berasa terkejut dengan apa yang didengarinya tadi. Daniel?Adakah Daniel yang disebutkan Taylor tadi adalah Daniel yang dia kenali di universiti?

"Kenapa awak boleh ada dekat sini?"tanya Zara dengan kening berkerut.

Taylor melepaskan hela nafas pendek.

"Tuan saya hantar saya ke sini untuk lihat-lihatkan cik..."jawab Taylor dengan jujur.

"Tapi kenapa?Untuk apa dia hantar awak ke sini?"

"Dia kata dia risau sekiranya sesuatu terjadi pada cik. Jadi dia hantarkan saya untuk cari cik. Dan saya dapati cik ada di sini...mujur saya ada tepat pada masanya sewaktu cik pengsan tadi..."jelas Taylor.

"Macam mana awak tahu saya ada dekat sini?"Zara menjadi awas. Semakin yakin yang Daniel yang dimaksudkan Taylor tadi adalah Daniel yang dia kenali!

Siapa lelaki depannya ini. Dan siapa pula tuan lelaki ni sampai beria sangat nak jaga dia. Dia kenal ke tuan kepada lelaki depannya ini. Gosh! Semua ni memeningkan kepala betul. Tak boleh ke dalam sehari tu hidup dia tenang atau normal seperti biasa?

"Kita ada panggil apa itu teknologi?"jawab Taylor sambil meletakkan bantal di belakang badan Zara sebelum menolak bahu Zara supaya sandar ke belakang. Setelah itu dia berpaling ke almari sebelah katil. Menuang segelas air kosong lalu di suakan kepada Zara.

Zara perhati tindak tanduk mencurigakan lelaki misteri di depannya. Tetapi dia teguk sahaja air itu sehingga habis memandangkan tekak dia pun sedang kering.

Dan dia baru sedar sejak dia keluar hospital pagi tadi sehinggalah sekarang, dia tidak sempat hendak jamah apa-apa selain ubat.

Taylor meletakkan gelas yang telah kosong tadi ke atas piring sebelum mencapai tisu dari kotak lalu dibawa ke bibir Zara untuk keringkan bibir Zara.

Zara terkejut sekejap dengan tindakan lelaki itu tetapi dia tidak halang. Sebab semua itu berlaku sekelip mata. Sampai dia tak dapat nak proses dengan serentak.

"Awak jejak saya?"soal Zara dengan nada terkejut.

"Lebih dikatakan diberitahu oleh seseorang dimana cik berada."senyum Taylor selepas itu.

"Siapa?"Zara masih berdegil untuk dengar nama Daniel disebut Taylor di depan mukanya.

Masa inilah Taylor tidak mengatakan apa-apa. Dia mendiamkan diri dengan pandangan terarah ke bawah.

Serta merta hela nafas kekesalan lepas dari Zara.
"Iya la kan..saya lupa. Bila tiba masanya baru saya tahu kan...okay."balas Zara acuh tak acuh taktala Taylor tidak mahu memberi jawapan.

Kalau betul Daniel dibalik semua ini, kenapa Daniel tidak katakan apa-apa pada dia?Memangnya apa yang lelaki tu nak sembunyikan dari dia?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience