Zara pegang lengan Kennedy. Menarik gadis itu bersama naik ke atas pentas sewaktu dia jalan menaiki tangga. Membuatkan Kennedy kebingungan tetapi dia turutkan saja. Damon dan Sarah memandang bingung ke arah Zara.
"Apa kau cuba lakukan ni?"bisik Sarah dengan kening berkerut sebaik saja Zara dan Kennedy tiba di hadapan mereka.
"Kau tak dengar ke apa yang pengacara tu katakan?"kata Zara pula.
Zara pandang Damon dengan renungan berharap lalu mencapai tangan lelaki tu dan di letakkan tangan Kennedy ke atas tapak tangan Damon. Dia harap Damon tidak naik angin atau membuat scene atas pentas ini.
"Damon...say something."gesa Sarah di samping taktala abangnya itu langsung tidak mengatakan apa-apa.
Berpegangan saja tangan Kennedy dan Damon, Zara pandang ke tatapan dingin Damon lantas tersenyum. "Dia adalah pilihan yang betul..."ucapnya sebelum mengundurkan diri dari situ.
Flash kamera mula menyimbahi pentas tersebut. Sarah yang kebingungan memandang Damon. Meminta lelaki itu melakukan sesuatu.
Waktu itu juga Encik Benz muncul membisikan sesuatu pada Damon. Mengarahkan Damon agar meneruskan upacara menyarung cincin ini agar keluarga mereka tidak malu dihadapan semua tetamu di situ.
Damon mengetap rahang selepas dia mendengar bisikan itu. Tidak mengatakan apa-apa Damon terus mencapai cincin dari Sarah lalu disarungkan ke jari Kennedy.
Mengejutkan cincin itu sepadan.
Muat-muat. Tak longgar tak ketat!
Damon tersentak!Kening lelaki itu terangkat tinggi. Saat ini baru dia sedar apa yang sedang berlaku. Zara telah rancang terlebih dahulu semua perkara ini terlebih dahulu.
Dari cincin dan lakonan yang dilontarkan Zara untuk buatkan hal ini seperti dirancang oleh Encik James sendiri.
Damon memaling kepala ke arah Zara sewaktu gadis itu menuruni tangga.
Encik James yang melihat kejadian itu terus jalan mencelah tetamu di situ untuk mendapatkan Zara. Sementara Kennedy, Sarah dan Damon yang masih kebingungan berdiri di atas pentas sambil tersenyum di depan kamera dan media berita.
"Ikut aku sekarang!"deram Encik James dengan berang di hadapan muka Zara. Mata itu menjegil bulat.
Terkedek-kedek la kaki Zara hendak menyaingi langkah lekas Encik James dibuatnya.
Encik James menarik lengan Zara keluar dari dewan itu lalu berdiri di tengah koridor. "Apa kamu fikirkan ha!"bentak Encik James depan muka Zara. "Kamu sedar tak apa yang kamu lakukan ni!"
Zara sikit pun tidak tersentak malah dia hanya memandang kosong ke wajah Encik James.
"Kennedy adalah pasangan yang layak untuk Damon..."kata Zara.
"Mereka pilih kamu bukan Kennedy. Kamu cuba malukan ayah depan mereka ke?"
"Tak...bukan malukan kau tapi lindungi kau dari ditipu dengan lelaki tamak bernama Benz tu." fikir Zara dalam hati. "Kau paksa aku buat perkara ni..."kata Zara dengan senyuman sinisnya.
Waktu itulah pintu dewan terbuka. Muncul Sarah, Puan Kayla dan Encik Benz di belakang. Mereka semua berwajah berang.
"James apa semua ni?"soal Encik Benz dengan berang. "Kau cuba permainkan aku ke!"
Kepala Encik James berpaling laju ke Encik Benz bersama kening mencerlungnya.
"Aku tak tahu apa yang berlaku..."nafi Encik James.
"Kau tahu!Bukan ini perjanjian kita..."Encik Benz berdiri di depan Encik James sewaktu Sarah menarik Zara ke tepi.
"Apa semua ni Zara?Kau setuju untuk bertunang dengan Damon kenapa tiba-tiba kau pasangkan Kennedy dengan dia pulak...!"marah Sarah.
"Kenapa kau marahkan aku..pengacara tu sendiri yang war-warkan nama Kennedy bukan aku.." jawab Zara dengan bersahaja.
" Aku tahu semua ni rancangan kau Zara...kau ingat aku tak tahu...kenapa dengan kau ni!"marah Sarah lagi.
"Lagipun Kennedy sukakan Damon..bukan aku kan so....apa salahnya."kata Zara.
"Hah?Apa kau merepekkan ni?Damon sukakan kau bukan dia...kalau tak mananya dia nak bertunang dengan kau...!"luah Sarah keberangan."“Kau tak suka orang permainkan kau...tapi tengok sekarang siapa permainkan siapa! Kau marah aku sebab tak berkata benar pada kau! Sekarang siapa yang tak jujur?"marah Sarah.
Zara ketawa mengejek lalu menyilang tangan ke dada.
"Oh...hahaha...Macam mana...seronok tak rasa dipermainkan? Suka bila rasa kepercayaan yang kita dah bagi dimusnahkan macam tu je?"tanya Zara selepas itu. Memandang mengejek ke Sarah.
"Zara kau-"nafasnya tertahan di kerongkong apabila Sarah begitu tidak terkata dengan kenyataan Zara itu.
Puan Kayla yang sejak tadi berdiri di situ hanya memerhati kekalutan tersebut dengan perasaan berkecamum.
Encik Benz sedang memarahi James.
Sarah yang sedang mengamuk depan Zara.
Puan Kayla sendiri terkejut dengan apa yang berlaku. Tidak menyangka Zara akan lakukan keputusan sebegini. Dia tidak menyangka yang Zara akan menunaikan permintaannya buat kali kedua!
Dengan renungan mencerlung susah hatinya, PuaN Kayla memandang ke arah Zara. Kebetulan waktu itu juga Zara memandang ke arahnya dengan renungan kosong sebelum kembali memandang Sarah.
"Habis tu kau nak batalkan pertunangan ni?"soal Encik James kepada Encik Benz.
"Putus?Kau gila?Habis jatuh saham aku nanti kalau dia orang dengar aku putuskan tunang lepas tak sampai satu hari. Dah kalau benda dah jadi ya tak boleh nak buat apa..."renggus Encik Benz sebelum berlalu pergi dari situ setelah tidak mampu hendak bertekak lagi.
Meninggalkan Encik James di situ.
Disaat Encik Benz berlalu pergi masa ini la Encik James berpaling apabila mendengar suara marah-marah Sarah di belakangnya.
"Kau tahu...aku menyesal sebab berkawan dengan kau!Dasar manusia tak ada hati dengan perasaan. Sebab hal kecil macam tu kau balas dendam dekat family aku!"bentak Sarah sebelum berjalan pergi. Meninggalkan Zara yang hanya membatu di situ.
Encik James lantas kembali memandang Zara, tanpa amaran terus dia tampar muka Zara sekuat hatinya sampai tercampak Zara ke dinding sebelum jatuh duduk bersimpuh di atas lantai sesaat kemudian.
Puan Kayla yang lihat terus mendapatkan Encik James.
"James berhenti!"tegah Puan Kayla sambil memegang bahu James.
"Dasar anak tak sedar di untung! Kau dah memalukan aku di hadapan Benz. Merosakkan rancangan aku dengan idea tak masuk akal kau ni! Dah lama aku sabar dengan kau tahu tak! Disebabkan tindakan kau ni hidup aku yang sedia beban jadi semakin beban tau!Jadi....Jangan kau berangan untuk jumpa nenek kau apatah lagi tahu siapa ibu kandung kau yang sebenarnya!"jerkah Encik James dengan berang.
Ucapan keras itu hanya di dengar tak dengar kerana Zara memejam mata saat kepalanya berpinar sakit akibat tamparan tadi. Perlahan-lahan dia kebilkan mata dan gagahkan diri untuk dongak memandang Encik James.
"Kau dengan mak kau sama aje! Menyusahkan! Sikit pun tak menyenangkan! Takkan lah tolong ayah kau sendiri tak boleh! Kenapa kau ni pentingkan diri sangat!"jerkah James selantangnya. "Kalau aku tahu kau membesar jadi manusia menyusahkan lama dah aku buang kau!"
"Sudah la. James...hentikannya..."minta Puan Kayla lagi.
Laju-laju Encik James memalingkan kepala Kayla lalu menolak tubuh Puan Kayla dengan kasar.
"Ini semuanya salah kau dengan anak perempuan kau yang lemah tu! Sebab dia Zara ambil keputusan untuk tunangkan Kennedy pada Damon. Sebab apa?Sebab anak kau yang suka cuba bunuh diri tu tak boleh terima kenyataan Zara lebih bagus dari dia!"bentak Encik James di depan muka Puan Kayla pula.
Puan Kayla tersentak, dia memandang terkedu ke Encik James. Betapa terasa hatinya dia dibuat tomahan pedas suaminya.
Dengan renggusan kasar Encik James memandang Zara.
"Mulai saat ini. Kau bukan lagi anak aku. Takkan pernah aku mengaku kau anak aku. Apatah lagi satu sen dari harta aku takkan kau dapat. Sekarang keluar. Pergi jauh dari mata aku dan jangan muncul depan aku sampai bila-bila!"Encik James berkata sambil menunding jari ke arah hujung koridor.
Puan Kayla tersedu menangis selepas mendengarnya. Dia pandang serba salah ke arah Zara yang masih terduduk di atas lantai dengan muka berbirat merah kesan tamparan tadi.
Lantas Encik James terus berpaling dari situ dengan wajah tegang tanpa perasaan.
Puan Kayla pula hampir hendak tunduk mendapatkan Zara namun tidak sempat hendak membongkok suara Encik James di belakang membentaknya kedengaran. Membatalkan niat dia.
"Kayla lekas!"panggil Encik James dengan marah.
Puan Kayla pun pandang Zara dan James silih ganti. Dilemma hendak pilih yang mana. Akhirnya dia berpaling ke arah Encik James. Meninggalkan Zara sendirian di situ.
"Maafkan mama Zara..."ucap Puan Kayla sebelum beredar dari situ.
Akhirnya, senyap juga tempat itu dari suara orang marah-marah.
Zara bersandar lemah di dinding. Kepalanya dongak memandang siling sebelum dia memejam mata. Hela nafas letih dilepaskan panjang.
Selesai pun!
Selepas ini dia tidak berhutang dengan mana-mana mereka lagi.
Share this novel