BAB 38

Romance Completed 23149

Hariez sedang duduk di sofa yang tersedia di ruang tamu.Manakala,Hanan sedang memasak di dapur.Sesekali Hanan diperhati Hariez dari ruang tamu.Hariez hanya tersenyum melihat gelagat isterinya di dapur.

“Masak apa tu sayang ?”.soal Hariez dari arah ruang tamu kepada isterinya Hanan.

“Masak lah apa-apa untuk dimakan”.balas Hanan bersahaja.

“Tak payah rajin sangat nak masak lah sayang”.sindir Hariez dengan sengaja.

“Habis kalau tak masak,awak nak makan apa ?”.soal Hanan menyampah.

“Makan hati jelah”.jawab Hariez selamba.

“Awak jelah yang makan hati…saya nak buat apa nak makan hati ?”.ujar Hanan.

“Sayang”.panggil Hariez lagi.

“Apa dia sayang ?”.jawab Hanan lemah.

“Takda apa saja je panggil”.jawab Hariez nakal.

“Ishh awak ni,sejak saya mengandung awak pulak yang buat perangai bukan-bukan”.bebel Hanan dari ruang dapur.

Hariez hanya mendiamkan diri.Dia meletakkan alat kawalan jauh di atas sofa yang diduduknya itu kemudian perlahan-lahan dia menapak menuju ke ruangan dapur dimana yang menempatkan isterinya itu.Sesampai sahaja dia dapur,dia menerjah Hanan sehingga isterinya terhinjut bahu akibat terkejut.

“Sayangggg”.jerit Hanan.Hariez sudah meletuskan tawanya yang ditahan daripada tadi.
“Sorry lah sayang..saya janji saya tak buat lagi”.jelas Hariez kepada isterinya itu.Hanan memuncung kepada suaminya.

“Alaaa sayang merajuk ke ?”.soal Hariez manja.

“Merajuk”.nyata Hanan dengan wajah yang memuncung.

“Okay awak beritahu saya macam mana nak buat awak tak merajuk lagi ?”.soal Hariez kepada isterinya.

“Nak jalan-jalan”.pinta Hanan manja.Kepalanya dilentokkan di dada bidang Hariez.

“Nak pergi mana ?”.soal Hariez.

“Pergi mana-mana je lah”.jelas Hanan tersenyum.

“Kalau macam tu pergi bilik je lah”.balas Hariez nakal.

“Awak ni memang gatal ehh ?”.soal Hanan kepada suaminya dengan nada menyampah.

“Aah gatal…gatal dengan bini time bini tengah mengandung ni best”.ujar Hariez lagi.

“Apa yang bestnya ?”.soal Hanan sambil menolak sedikit tubuh suaminya dengan jari telunjuknya.

“Best lah…sebab isteri kalau nak dipermudahkan urusan semasa bersalin dia kena hormat dan dengar cakap suami..so nak atau tak isteri tetap kena bagi”.ujar Hariez.Kemudian dia menghamburkan tawanya.

“Pandai lah awak..cubit baru tau”.ujar Hanan menyampah.Dia menolak tubuh Hariez ketepi dan menuju ke biliknya.

“Aikk cepat masuk bilik..tadi kata taknak”.sindir Hariez dalam tawanya.
“Saya nak solat lah”.ucap Hanan selamba.

“Jom lah berjemaah sekali”.ucap Hariez romantis dari arah dapur.

“Jom”.balas Hanan sambil menuju ke biliknya tanpa memandang sekilas ke arah suaminya.

Hanan dan Hariez mula membuat persiapan untuk solat berjemaah.Selepas beberapa minit sembahyang dimulakan Hariez dengan angkat takbir pertama dan diikuti isterinya yang menjadi makmum.Akhirnya mereka sudah pun menyelesaikan solat fardhu zohor bersama.Tangan Hariez dikucup lembut oleh Hanan.

“Sayang terima kasih sebab sudi jadi imam saya”.ucap Hanan sambil merenung anak mata suaminya sedalam dalamnya.Dia mengusap lembut pipi Hariez.Hariez mencapai tangan isterinya dan mengucup lembut.

“Sama-sama sayang..dan terima kasih juga sudi jadi makmum saya”.ucap Hariez kembali.Dahi Hanan dikucup lama.

“Saya banyak buat dosa dengan awak..saya banyak lawan cakap awak..macam mana lah agaknya keadaan saya dekat akhirat esok ye ?”.soal Hanan lemah dan wajah yang kelat.

“Allah tu kan maha pengampun..saya sendiri pun dah ampunkan awak sayang”.ucap Hariez tenang dan tersenyum.

“Banyakkan dosa saya sebagai isteri”.ujar Hanan lagi.Airmatanya mula mengalir.

“Habis saya tak buat dosa ?”.soal Hariez yang ingin menenangkan isterinya yang sedang bersedih itu.

“Tapi besar lagi dosa saya sebagai isteri”.ucap Hanan lemah.Hariez tersenyum melihat wajah isterinya.

“Kalau macam tu jom kita buat pahala”.ucap Hariez sambil mengerlingkan matanya ke arah katil.

“Sayang..awak ni memang nakak lah…siapa yang pembawakkan ? Awak ke saya ?”.soal Hanan dalam tawanya.Semenjak dia hamil sikap Hariez berubah sehingga dia sendiri pening ingin melayan suaminya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience