Pada pagi yang indah di bumi Mesir ini,Hanan tersedar dari lenanya.Dia membuka mata perlahan-lahan,dia bangun dari pembaringannya dan bersandar di kepala katil lalu mengambil alat kawalan jauh yang boleh membuka langsir biliknya secara automatik.Dia menekan alat kawalan jauh itu dan langsir terbuka dengan sendirinya.Suasana indah dan pemandangan yang penuh dengan bangunan bersejarah negeri Mesir.Hanan membuang pandangannya keluar dalam linangan airmata.Dia tidak dapat melupakan kejadian malam tadi.Hidupnya bagai tersiksa,hidupnya menjadi gelap serta merta.Niatnya datang ke bumi Anbiya ini demi minatnya kepada sejarah dunia dan islam tetapi semuanya telah digagalkan serta merta.Hanan menyeka perlahan airmatanya,dia mengenang kembali peristiwa di restoran mewah semalam.
Semalam.....
"Hariez ?".soal Hanan seperti tidak percaya.Lelaki yang baru dijumpanya siamg tadi dan baru sahaja berkenalan adalah tetamu buatnya dan Tuan Hasyim.
"Have a sit Hariez".ajak Tuan Hasyim menjemput Hariez duduk di kerusi di sebelah Hanan.
"Papa kenal Hariez ke ?".soal Hanan pelik.Dirinya terasa di dalam mimpi.
"Of course lah papa kenal".jawab Tuan Hasyim ringkas.Tetapi Hanan membuat riak wajah pelik dan penuh tanda tanya bagaimana papanya boleh mengenali lelaki di sebelahnya ini.
"How ?".soal Hanan yang agak tegas kerana dia rasa kini hati dan perasaanya dipermainkan.
"Papa tak boleh cerita perkara ni dekat sini...nanti kita balik hotel papa story dekat Hanan okay ?".pujuk Tuan Hasyim kepada anak perempuannya.Hariez yang berada di sebelah Hanan hanya mengunci kata-katanya daripada terus bersuara.
"Okay...now kita dinner okay ?".ajak Tuan Hasyim yang ingin memulihkan keadaan yang agak keruh sebentar tadi.
"Sorry..Hanan nak balik".jelas Hanan.Tanpa membuang masa dia terus mengambil bag tangannya lalu beredar dari Restoran itu.Hariez dan Tuan Hasyim terpinga-pinga melihat kelakuan Hanan itu.Tuan Hasyim mengeluh perlahan.
"Hariez saya minta maaf....".belum sempat dia menghabiskan kata-katanya Hariez sudah membidas terlebih dahulu.
"Takpa...Tuan tak perlu minta maaf dekat saya pun".jelas Hariez yang tersenyum nipis itu.
"Izinkan saya pujuk Hanan dulu".ujar Hariez kepada Tuan Hasyim.Tuan Hasyim hanya mengangguk tanda mengizinkan.Hariez terus bangun dari kerusinya menuju ke pintu keluar Restoran tersebut.
Dia menoleh ke kiri dan ke kanan apabila dia sudah berada di luar Restoran.Dia mencari kelibat Hanan tapi sayang,dia tidak jumpa.Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengikut haluan ke kanan untuk mencari Hanan.Hampir beberapa minit dia berjalan dengan pakaian kotnya itu,dia ternampak Hanan yang sedang duduk di tepi penjalan kaki dengan tangisan yang agak kuat.Pada jam 8 malam suasana di Bandar Cairo sudah mula kosong.Dia mendekati Hanan yang sedang duduk dan berpeluk pada kepala lututnya.
"Hanan..kenapa ni ?".soal Hariez lembut sahaja.Hanan memandangnya dengan wajah yang menyembap dan airmata yang tidak kering keluar dari tubir matanya.
"Awak siapa ? Kenapa awak ada malam ni ? Apa urusan awak dengan papa ?".soal Hanan bertalu-talu dalam tangisannya yang lebat.
"Hanan..awak kena bertenang dulu..jangan buat diri awak macam ni ?".terang Hariez yang cuba menenangkan wanita di sebelahnya itu.Hanan menangis teresak-esak.
"Kenapa semua orang macam nak permainkan saya..saya ni bahan gurauan untuk semua orang ke ?".soal Hanan dalam tangisan.
"Tak..tak Hanan..tapi ada sesuatu yang awak perlu dengar dari papa awak dulu...sebab saya pun tak tahu kenapa dia panggil saya malam ni ? Untuk jawab soalan awak macam mana saya boleh kenal papa awak ? Saya kenal dia masa dia ada kerja dekat sini tahun lepas.Dia jugak lah yang minta tolong saya tengok-tengokkan awak bila awak dah ada dekat Cairo ni".terang Hariez kepada Hanan.
"Saya penat..saya nak balik ?".jawab Hanan yang bangun duduknya dalam keadaan yang agak tidak stabil.Tiba-tiba sahaja dia merebahkan dirinya dan dapat disambut segera oleh Hariez.
"Hanan !".jerit Tuan Hasyim yang ternampak tubuh anak perempuannya itu sudah terkulai layu dikendong Hariez.
"Hariez bawa Hanan masuk ke kereta saya".arah Tuan Hasyim kepada lelaki itu.Sesampai sahaja mereka di kereta,Tuan Hasyim segera membuka keretanya yang berkunci dan membuka pintu penumpang bahagian belakang untuk Hariez meletakkan anak perempuannya itu.Selepas selesai meletakkan Hanan,dia terus memusingkan ke belakang dan ingin beredar dari situ.
"Hariez..jom saya hantar awak balik".tawaran dibuat kepada Hariez.
"Takpa Tuan..saya boleh balik sendiri..Tuan bawak lah Hanan balik ke hotel..kesian dia".luah Hariez yang rasa kesian terhadap Hanan kerana dia merasakan dia telah menyeksa wanita itu sekali lagi.
"Saya harap awak tak marah pada saya Hariez..sebab ada perkara yang saya nak cakap dengan awak".ujar Tuan Hasyim kepada Hariez.
"Tak Tuan..saya tak marah..tapi saya pun tak tahu apa tujuan Tuan jemput saya dinner sekali dengan Tuan malam ni".luah Hariez dengan keluhan kecil.
"Takpa Hariez...esok jumpa saya dekat tempat biasa okay ?".arah Tuan Hasyim lembut dan agak lemah.Hariez hanya mengangguk lemah.Dia beredar dari kawasan parkir kereta itu.Tuan Hasyim terus memandu menuju ke hotel penginapan Hanan yang ditempahnya itu.Sesampai sahaja di hotel tersebut dia terus mengendong anak perempuannya itu untuk naik ke bilik.Ada beberapa pekerja dan pengunjung di situ hanya memerhati perilaku Tuan Hasyim itu,tetapi tidak di endahkannya.Sesampai sahaja dia di bilik.Terus sahaja pintu bilik dibuka dan sekali gus lampu bilik terbuka secara automatik.Dia merebahkan tubuh Hanan di atas katil.Dia menyelimuti tubuh kecil Hanan itu.Dia mengusap perlahan kepala Hanan yang masih berlitupkan kain tudung lalu mengucup dahi Hanan lembut.
"Maafkan papa ye sayang...papa janji..lepasni akan bahagia dengan kehidupan yang lebih baik".luah Tuan Hasyim dalam linangan airmata.Dia meninggalkan Hanan dalam keadaan tidak sedarkan diri itu dan berlalu pergi.
Hanan mengalirkan airmata,apabila mengingatkan kejadiannya dengan Hariez semalam.Dia menyeka airmatanya lembut.Tiba-tiba ada seseorang yang membuka pintu biliknya dan masuk ke dalam.
"Good morning sayang papa".ucap Tuan Hasyim yang agak segak dengan pemakaian kasualnya itu.
"Morning pa".ucap Hanan layu.
"Sayang papa ni okay tak ? Macam baru lepas menangis je ?".soal Tuan Hasyim yang menduga anaknya itu.
"Tell me pa..apa yang jadi semalam ?".soal Hanan yang mula mengalirkan airmatanya sekali lagi.Tuan Hasyim melepaskan keluhan yang agak berat perlahan-lahan.
"Terima Hariez sebagai suami".jelas Tuan Hasyim satu nafas.Terbutang mata Hanan mendengar penyataan papanya itu.Airmatanya makin laju mengalir.
"Kenapa papa buat keputusan macam ni ?".soal Hanan yang tidak menyangka papanya akan membuat keputusan mendadak sebegini.
"Untuk kebaikan Hanan sayang..bukan untuk papa..bukan untuk mama..tapi untuk Hanan".jelas Tuan Hasyim kepada anak perempuannya itu.Tangisan Hanan mula kuat.
"Kenapa pa ? Apa salah Hanan sampai papa buat Hanan macam ni ?".soal Hanan dalam tangisannya.
"Sayang takda salah apa-apa dengan papa..tapi papa cuma nak anak papa bahagia tu je".jelas Tuan Hasyim dalam linangan airmata.
"Terimalah Hariez dengan ikhlas..papa yakin dia mampu bahgiakan anak papa".terang Tuan Hasyim dengan rasa berat didada.Tentang perkara ini dia sendiri belum berbincang dengan Hariez.Tetapi dia terpaksa membuat pengakuan terus kepada Hanan.Dia dihimpit rasa bersalah.
"Papa balik dulu okay..Hanan relaks je tau..nanti kalau ada apa-apa call papa okay ?".pujuk Tuan Hisyam kepada anak gadisnya yang masih dalam tangisannya lagi.
Tuan Hasyim terus keluar dari bilik hotel itu dan terus menuju ke lif untuk beredar dari hotel itu.Dalam perjalanannya,dia mendapat pesanan daripada Hariez yang memaklumkan dia sedang menunggu Tuan Hasyim di tempat yang dijanjikan mereka untuk bertemu.Selepas 45 minit perjalanan,Tuan Hasyim selamat sampai di sebuah bangunan lama di Bandar Cairo itu.Dia terus memasuki ke dalam bangunan itu dan menaiki tangga untuk menuju ke tingkat paling atas iaitu kawasan bumbung.Sesampai sahaja dia di atas,dia sudah nampak Hariez yang sedang berdiri dan menyadarkan dirinya pada tiang dan berpeluk tubuh.Pandangannya di buang ke jalan raya yang sesak di bawah itu.
"Hariez".panggil Tuan Hasyim lembut.Hariez terus menoleh ke arah lelaki separuh abad itu.
"Tuan".sahut Hariez kembali.Dia bersalaman dengan lelaki itu.
"Apa sebenarnya yang Tuan nak sampaikan pada saya semalam..semalaman saya tak dapat nak lelapkan mata sebab rasa tidak sedap hati".luah Hariez dengan keluhan yang kecil kepada Tuan Hasyim.
"Saya nak awak halalkan Hanan".jelas Tuan Hasyim satu nafas.Dia mengeluh kecil dan memandang wajah Hariez yang seperti orang yang berada di dalam mimpi.
"Kenapa pulak ? Saya tak bercinta dengan dia Tuan".jelas Hariez kepada Tuan Hasyim.
"Kalau nak kahwin tu harus bercinta dulu ke Hariez ? Saya nak awak halalkan Hanan secepat yang mungkin".arah Tuan Hasyim yang agak keras.
"Saya tak mampu nak terima Hanan..saya minta maaf Tuan".ujar Hariez mendatar.
"Hidup dia pernah jadi gelap..lima tahun tak berjumpa dengan sesiapa kerana sakit...awak masih tak mampu nak bahagiakan dia Hariez ?".soal Tuan Hasyim sedikit keras.Dia agak bengang dengan anak muda dihadapannya ini.
"Kalau dia tahu siapa saya ? Agak-agak dia mampu terima saya tak ?".soal Hariez kepada Tuan Hasyim.Terkedu Tuan Hasyim mendengar persoalan Hariez itu.
Share this novel