BAB 1

Romance Completed 23149

Puan Safira yang sedang menyediakan juadah kuih muih buat suaminya Tuan Hasyim itu diperhatikan pembantu rumah yang berasal dari Indonesia.Mereka menyediakan juada makan pagi bersama-sama.Puan Safira seorang ibu yang sangat baik tetapi masih ada tegasnya buat anak tunggalnya seorang itu.Hanan Qaisara anak tunggal kepada Puan Safira dan Tuan Hasyim.Dia seorang pengembara yang mengkaji tentang sejarah dunia dan islam.Kini tujuannya untuk ke Mesir pula untuk membuatkan kajian tentang sejarah islam.Tuan Hisyam seorang arkitek yang terkemuka di Malaysia.Bangunan yang menjadi tumpuan pelancong luar adalah hasil rekaannya sendiri.Seperti KLCC dan MENARA KUALA LUMPUR.Tuan Hasyim yang baru turun dari tangga itu terus menuju ke dapur.Dia memasuki ruang dapur untuk menjamu makanan yang disediakan oleh isteri tercintanya itu.Sesampai dia dapur,dia terus memeluk isterinya dari belakang.Puan Safira terkejut dengan tindakan menerjah suaminya itu.

"Ishh abang ni..terkejut lah saya..ishh kita ni dah tua lah..tak payah lah nak manja gini".ujar Puan Safira yang wajahnya mula membahang.

"Alaa..bukan selalu..nanti saya peluk orang lain..awak juga yang jadi singa jadian".ujar Tuan Hasyim selamba menyakat isterinya.Puan Safira terus menoleh ke arah suaminya yang berada di belakang.Tuan Hasyim mengenyit mata pada isterinya.Dia terus menarik kerusi yang berada berhadapan dengan isterinya dan duduk.Puan Safira dengan wajah serius terus meletakkan makanan kedalam pinggan dan dihidangkan kepada suaminya.Tetapi Tuan Hasyim hanya tergelak kecil melihat gelagat isterinya itu.

"Anak awak mana ling ?".soal Tuan Hasyim menanyakan ketiadaan anak perempuan tunggalnya itu di meja makan untuk santapan pagi.

"Abang ni salah soalan ke ? Ke memang saja tanya walaupun abang dah tahu ?".soal Puan Safira kepada suaminya pula.Mereka suami isteri memang sudah masak dengan perangai Hanan yang pemalas dan terlebih manja itu.

"Saya tanya soalan yang betul..mana anak awak ? Lain lah saya tanya mana madu awak ?".jawab Tuan Hasyim selamba dengan riak wajah tidak bersalah dan menyuapkan makanan ke dalam mulutnya.Puan Safira memberi renungan yang tajam kepada suaminya itu.

"Berani ke nak madukan saya ? Kalau berani nak mati awal-awal usia abang ni..haa bagi saya borang poligami..saya isi".ujar Puan Safira yang nadanya agak keras.Tuan Hasyim tergelak besar mendengar penyataan isterinya itu.

"Aduhh..garang betul lah awak ni ling".ujar Tuan Hasyim.Puan Safira hanya memuncung kerana merajuk dengan suaminya.

"Dah lah..saya layan abang buat sakit hati je..lebih baik saya pergi panggil Hanan tu".ujar Puan Safira dan berlalu untuk keluar dari ruangan dapur.Langkahnya terhenti apabila namanya dipanggil lembut oleh Tuan Hasyim.

"Ling".

"Ahh".

"I love you".ucap Tuan Hasyim romantis kepada isterinya dan mengeyitkan mata.Puan Safira terasa wajahnya memakai pemerah pipi akibat mendapat ayat manis dan romantis daripada suaminya.Pembantu rumah mereka yang berada di sinki itu hanya tersenyum simpul akibat malu dengan guraun Tuan Hasyim itu.

"Menyampah..hmm".ujar Puan Safira yang cuba menahan rasa malu dengan pembantu rumahnya itu.Dia terus menuju ke anak tangga untuk naik ke tingkat atas.Sesampai sahaja dia di atas,dia menuju ke bilik tidur Hanan.Apabila dia membuka pintu bilik itu sedikit,dia ternampak Hanan yang sedang duduk di atas katil dan masih berselimut di tubuh sambil memegang dadanya dan kelihatan penat seperti orang yang baru lepas berlari.

"Hanan...are you okay ?".soal Puan Safira lembut dan nadanya ada bunyi kerisauan.

"Hanan mimpi lagi".ujar Hanan perlahan dan agak tercungap-cungap.Dia meraup wajahnya lembut.

"Hanan ada jumpa ke ?".soal Puan Safira kepada anak perempuannya itu.

"Takda..tapi rasa lain macam sejak kebelakangan ni".ujar Hanan seperti orang dalam ketakutan.

"Hanan jangan fikir sangat ye sayang..benda dah lama jadi..nanti Hanan sakit lagi".ujar Puan Safira yang menenangkan anak gadisnya itu.

"Okay ma..ma..if dia datang balik apa yang Hanan nak buat ?".soal Hanan kepada mamanya menanyakan tentang seseorang.

"Hanan sendiri tahu kan..kita dah bincang pasal perkara ni".ujar Puan Safira lembut dan tersenyum.Dia mengucup lembut dahi Hanan.

"Mama doakan untuk Hanan ye".ujar Hanan sayu.Bergelinang airmatanya.Puan Safira menyeka lembut airmata anak gadisnya itu.Dia tersenyum.

"Dah..Hanan pergi mandi..sekejap lagi nak pergi airport".ujar Puan Safira lembut.

"Okay mama".balas Hanan sambil memberi satu senyuman nipis dan bangun dari duduknya di atas katil menuju ke bilik mandi.Selepas beberapa minit,Hanan keluar dari bilik mandi dan memakai pakaian yang kasual untuk dipergayakan kepada papa dan mamanya.Dia turun ke ruangan bawah menuju ke dapur.Tuan Hasyim yang sudah nampak anak perempuannya dari muka pintu dapur itu,mengangkat-angkat keningnya dituju kepada Hanan.Hanan yang berperangai nakal itu turut membalas kelakuan papanya itu.

"Anak dengan bapak sama je".ujar Puan Safira yang hanya jadi pemerhati adengan itu.Tuan Hasyim dan Hanan hanya tertawa kecil mendengar penyataan Puan Safira.

"Hanan memang anak papa kan ?".soal Tuan Hasyim yang inginkan pengakuan daripada Hanan.

"Aah Hanan anak papa".jawab Hanan dengan sengaja yang mahu menyakat Puan Safira yang buat tidak tahu kepada mereka berdua.

"Aah..anak dengan bapak memang tak sedar diri..kalau mak dia takda harini..rasanya masing-masing dah balik rumah masing-masing".ujar Puan Safira sambil mengejek mereka kembali.

"Balik ? Balik mana ?".soal mereka berdua serentak.

"Sorang balik rumah orang tua-tua..sorang lagi balik rumah anak yatim".ujar Puan Safira selamba.Terhambur tawa besar Tuan Hasyim dan Hanan Qaisara.

"Gelaklah..gelak..jadi betul-betul baru tahu".ujar Puan Safira merajuk.

"Mama ni..cabul betul mulut tu".ujar Hanan yang masih dalam sisa tawanya.

"Kalau mama dah takda buat apa nak pergi rumah orang tua-tua dengan rumah anak yatim..kami masih akan duduk dekat rumah ni".ujar Hanan lembut dan memberi senyuman manis kepada mamanya.Puan Safira turut tersenyum mendengar penyataan anak perempuannya itu.Tuan Hasyim juga tersenyum mendengar penyataan anak gadisnya itu.

"Cuma kena cari mama baru jelah".sekali lagi tawa besar Hanan dan Tuan Hasyim memenuhi ruangan dapur.

"Lantak korang lah..malas nak layan".ujar Puan Safira menyampah dan berlalu dari ruangan dapur itu.

"Nakal ehh anak papa ni ?".soal Tuan Hasyim sambil mengosok lembut kepala Hanan yang bertutup dengan kain tudung itu.

"Nakal macam papa lah..papa sampai sekarang pun masih mengatal dengan mama lagi".ujar Hanan nakal.

"Tapi jangan bagi Hanan adik okay ? Hanan taknak".Tuan Hasyim menahan tawanya sambil menekup muka.Dia tidak tahan dengan gurauan Hanan yang membuatkan perutnya bagai hendak pecah.

Selepas mereka selesai makan.Tuan Hasyim dan Hanan menuju ke ruang tamu mendapatkan Puan Safira yang sedang bermain telefon bimbitnya itu.

"Haih..chat siapa tu ?".soal Tuan Hasyim menyakat isterinya.Dia duduk di sebelah Puan Safira dan meletakkan tangannya di atas paha isterinya.

"Tengah chat dengan Persatuan Bawang Malaysia".ujar Puan Safira selamba.Tergelak Tuan Hasyim mendengar penyataan isterinya itu.

"Alaa mama tu...tak habis-habis nak chat dengan bawang busuk semua tu".ujar Hanan yang turut melabuhkan punggung di sebelah Puan Safira.

"Better mama chat dengan bawang busuk daripada bercakap dengan mulut busuk macam korang berdua ni ?".balas Puan Safira selamba.

"Alaa ling...kami gurau je..kalau tak bergurau dengan awak nak bergurau dengan siapa ?".soal Tuan Hasyim ingin memujuk isterinya.

"Nak bergurau tu sikit pun saya tak kisah..tapi kalau dah gurau sampai mak baru semua..siapa je yang tak sakit hati".balas Puan Safira memuncung.Terhambur tawa Tuan Hasyim dan Hanan Qaisara buat kali yang tidak dapat dikira lagi.

"Hanan..flight pukul berapa ?".soal Tuan Hasyim yang ingin tahu jadual penerbangan anaknya itu.

"Pukul 12 papa".ujar Hanan manja.

"Okay kejap lagi Furqan datang..dia akan temankan Hanan pergi ke lapangan terbang dan tunggu Hanan sampai masuk dalam kapal terbang".ujar Puan Safira gembira.Hanan dan papanya saling berpandangan antara satu sama lain.

"Kenapa mama suruh dia teman ?".soal Hanan mendatar kerana dia tidak pernah ada hati pada Furqan itu.

"Ehh kenapa pulak ? Tak boleh ke ?".soal Puan Safira yang kurang puas hati dengan persoalan anak gadisnya itu.

"Mama tahu kan..Hanan tak selesa dengan dia ?".ujar Hanan yang tidak suka akan kehadiran Furqan di dalam keluarganya.

"Takda..mama dah cakap dengan dia..dan dia pun akan datang kejap lagi".ujar Puan Safira tegas.

"Ling ni pun..paksa anak kita buat apa kalau dia dah taknak ? Nanti kan jadi masalah je".ujar Tuan Hasyim memihak kepada Hanan.

"Saya suka cara Furqan tu..dia sopan dan hormatkan orang tua".ujar Puan Safira agak tegas dan meninggi suaranya.

"Inilah yang saya tak suka..awak kalau buat keputusan memang suka jadi pengadil sesorang..pengadil tu ada ramai sebab tu boleh dapat satu keputusan yang baik dan bijak..macam tu jugak dengan saya..saya ni masih berfungsi dalam rumah ni..jadi kena bincang dulu dengan saya".ujar Tuan Hasyim lembut kepada isterinya.

"Yelah abang..saya je yang salah..saya nak betulkan hidup anak kita yang dah rosak tu..itu pun abang taknak faham lagi".ujar Puan Safira tegas.

"Hidup dia rosak bukan dia yang buat..allah uji dia..dan kalau nak diperbetulkan balik..biar dia je yang betulkan".ujar Tuan Hasyim lembut.

"Malas nak cakap dengan korang ni..sampai esok pun tak menang".ujar Puan Safira kasar dan bangun dari duduknya menuju ke dapur.

"Dah lah Hanan..biarlah mama tu..dia kalau emotional kalah orang yang baru kahwin bergaduh".ujar Tuan Hasyim selamba.Hanan tersenyum nipis.

"Papa...Hanan taknak Furqan..papa pun tahu kan ?".soal Hanan sayu.

"Papa tahu sayang..nanti papa bincang dengan mama..sekarang ni Hanan fokus pada pengembaraan Hanan ke Mesir ni..papa tengok travel kalini lain dari yang sebelum ni".ujar Tuan Hasyim lembut.

"Papa yang banyak sokong Hanan so Hanan nak cuba sesuatu yang lain pulak".ujar Hanan bangga.

"Okaylah pa..Hanan nak siapkan barang skit lagi untuk dibawa nanti".ujar Hanan manja.Tuan Hasyim hanya mengangguk dan tersenyum kepada anak perempuannya yang manja itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience