Sudah dua hari kejadian Atiqah menyerbu rumah mereka pada waktu subuh.Dan sudah dua hari juga Hanan dan Hariez tidak bertegur antara satu sama lain Hanan yang hanya memdiamkan diri itu,membuatkan suaminya dihurung rasa bersalah lagi kuat.Hariez hanya terpaksa mendiamkan diri untuk menghormati keputusan isterinya yang tidak mahu bercakap antara satu sama lain.Dia juga berasa resah jika ugutan Atiqah dan Furqan adalah benar.Setiap masa selama dua hari ini,Hariez mencuba untuk memikat hati isterinya kembali.Tetapi dia gagal kerana Hanan masih tidak mahu untuk bercakap dengannya.Kadang kala demi keselesaan isterinya,dia terpaksa bekorban untuk tidur di ruang tamu.Dan jika dia tertidur sekatil bersama Hanan,keesokan paginya pasti Hanan sudah berada di lantai dan ruang tamu akibat tidak mahu tidur bersamanya.
“Sayang..saya nak pergi kerja ni”.ujar Hariez yang sudah memegang kunci kereta di tangannya.
“Pergi je lah..buat apa nak bagitau... saya kan tak penting”.ujar Hanan kurang hormat kepada suaminya.Hariez mengeluh kecil apabila melihat layanan isterinya terhadap dirinya itu.
“Kenapa awak cakap macam tu dekat saya ?”.soal Hariez lembut tetapi ada nada kecewa dalam pertuturannya.
“Kenapa ? Rasa tak dihormati ke ?”.sindir Hanan kasar.Sekali lagi keluhan dilepaskan.
“Dah lah saya pun taknak cakap banyak dengan awak ni..saya nak pergi kerja..kalau macam ni lah cara layanan awak pada suami..jangan awak menyesal kalau apa-apa jadi pada saya”.jelas Hariez kepada isterinya yang tidak memandang wajahnya langsung.
“Tak payah nak membebel lah..taknak dengar pun”.ujar Hanan kasar dan masih tidak memandang wajah suaminya sebelum berangkat meninggalkannya.
“Macam tu ehh Hanan awak layan saya”.ujar Hariez kemudian terus pergi meninggalkan isterinya.Hanan tetap bekeras hati untuk tidak meneguri suaminya sebelum pergi bekerja.
Sedang dia duduk menikmati secawan coklat panas minuman kegemarannya sambil menonton drama bersiri di televisyen.Seseorang telah mengetuk pintu rumahnya.Dia bangun dari duduknya dan meletakkan cawan yang dipegangnya itu di atas meja lalu membuka pintu rumah tersebut.Alangkah terkejutnya Hanan apabila melihat Ibu dan bapa mertuanya serta Atiqah yang berada di hadapan pintu rumahnya.
“Mak ? Bapak ? Ehh jemput masuk mak...bapak”.kedua orang tuanya itu dijemput masuk ke dalam rumah.Tetapi Atiqah tidak dipelawa walaupun sekali.Muka wanita itu memerah menahan marah.Puan Hanani memasuki rumah anak dan menantunya itu bagai seorang penyiasat ingin menyiasat sesuatu.
“Hariez mana Hanan ?”.soal Encik Firdaus mesra yang sudah pun duduk di atas sofa yang tersedia di ruang tamu itu.
“Hariez kerja bapak”.nyata Hanan mesra juga.Puan Hanani yang hanya membisu semenjak memasuki ke dalam rumah tadi,menoleh ke pintu rumah dan melihat Atiqah yang masih berdiri di luar rumah.
“Kamu memang tak tahu ke cara sambut tetamu macam mana ?”.sindir Puan Hanani kepada menantunya apabila melihat wanita kesayangannya itu masih berdiri di luar pintu rumah.Hanan menoleh seketika ke arah Atiqah.Perempuan itu tersenyum sinis.Hanan terasa ada satu beban didadanya pada masa ini.Mana awak Hariez !.
“Jemputlah masuk”.ajak Hanan kepada Atiqah tanpa menyebut namanya.Encik Firdaus yang melihat situasi itu hanya mampu mengeleng-gelengkan kepalanya perlahan.Atiqah melangkah masuk dengan gaya seorang diva.
“Hariez biasa balik pukul berapa ?”.soal Encik Firdaus lagi dengan mesra.
“Biasa dia pergi sekejap je bapak..sebab katanya tak boleh tinggalkan Hanan lama-lama dekat rumah..risau”.jelas Hanan.Dalam masa yang sama dia ingin menyakiti hati dua wanita yang berada di hadapannya ini.Kerana mereka dia sering bertikam lidah dengan suaminya.
“Amboi ! Sayang bini betul si Hariez ni”.gurau Encik Firdaus.Hanan hanya tersenyum suka.Tetapi tidak bagi Atiqah dan Puan Hanani.Mereka begitu rasa panas hati apabila Hanan sengaja bercakap tentang cara Hariez melayani Hanan di hadapannya.
“Semua duduklah dulu..Hanan nak buatkan air sekejap”.jelas Hanan dan bangun dari duduknya menuju ke dapur.Dia terus mengambil serbuk kopi dan teko kemudian dicampurkan air panas dan membancuh air kopi buat tetamunya yang kini berada di ruang tamu.
“Assalammualaikum”.Hariez yang memberi salam,disambut oleh semua yang berada ruang tamu.Dia mendekati bapanya dan bersalaman dan Encik Firdaus memeluk anak lelakinya erat.Rasa rindu yang tidak dapat diungkap.Kemudian Hariez menyalami ibunya yang berada di sebelah bekas teman wanitanya.Hariez hanya buat tidak nampak sahaja wanita di sebelah ibunya itu.
“Mak kenapa nak datang tak beritahu ?”.soal Hariez mesra.
“Mak dah ada dekat sini hampir 3 hari...tapi malas nak keluar bilik..makan pun apa yang ada dekat hotel..tapi dapat lah jugak berita pasal kamu dari Atiqah dan dapat juga tahu yang Atiqah ni kena marah dengan kamu”.ujar Puan Hanani yang sengaja menenkankan ayat terakhirnya supaya mudah difahami Hariez.
“Kamu tak kesian dekat Atiqah ni ke Hariez ?”.soal Puan Hanani yang ingin belas kasihan anaknya itu terhadap Atiqah.
“Mak berapa kali Hariez nak beritahu mak ? Yang Hariez dah ada isteri..isteri Hariez orang yang penting dalam hidup Hariez selepas mak..bukan Atiqah”.jelas Hariez lembut dan tegas.Terkedu Hanan yang sedang berjalan menuju ke ruang tamu.Encik Firdaus tersenyum nipis mendengar penjelasan anak lelakinya itu.
“Mak..kan Tiqah dah cakap..tak perlu nak cakap tentang perkara ni lagi..Tiqah taknak hubungan Hariez dengan Hanan renggang sebab Tiqah”.ujar Atiqah yang membuat suara sayu seperti orang mencuri perhatian.Tetapi tiada siapa di ruang tamu itu memberi perhatian kepada kata-katanya kecuali Puan Hanani.
“Patutnya Tiqah lah jadi menantu mak..banyak sangat beralah dengan anak mak ni”.ujar Puan Hanani tanpa menghiraukan perasaan menantunya yang berada di situ.
“Apa yang mak cakap ni ?”.soal Hariez yang agak tidak puas hati dengan penyataan ibunya itu.
“Kenapa salah ke ?”.soal Puan Hanani kasar.
“Nani !”.panggil Encik Firdaus tegas seperti memberi amaran.
“Abang dengan anak abang ni sama je...backup sangat perempuan sial ni..ehh perempuan ni perempuan kotor lah”.jelas Puan Hanani dalam nada menjerit.
“Makk !!”.jerit Hariez pula.
“Kenapa kau nak pertahankan perempuan kotor ni Hariez..haa...kenapa ?”.soal Puan Hanani kasar dan menjerit.
“Sebab dia isteri Hariez”.jawab Hariez dalam nada marah.
“Sudah jom balik”.ajak Encik Firdaus sambil menarik tangan isterinya keluar daripada rumah.
Hariez menekup wajahnya dengan kedua telapak tangan.Dia meraup mukanya ke atas sehingga ke belakang kepala dengan lembut.Dia bangun berdiri menuju ke bilik tidurnya untuk mendapatkan Hanan.Sesampai sahaja dia di bilik tidur,dia dapati Hanan tiada di ruangan bilik itu.Tetapi dia terdengar bunyi pancuran air hujan dari dalam bilik air dan satu suara esakan.Dia terus menuju ke bilik mandi untuk mendapatkan suara itu.Dia membuka pintu bilik air,alangkah terkejutnya Hariez apabila melihat Hanan yang masih berlitup dengan pakaiannya dan duduk dibawah pancuran air hujan dalam tangisan yang kuat.
“Sayang..ya allah...kenapa awak duduk macam ni ? Ya allah sayang..mengucap sayang..saya ada dengan awak”.ujar Hariez yang melihat Hanan seperti orang separa sedar.Dia juga sudah turut basah dalam pancuran air hujan.Dia mengangkat Hanan supaya berdiri dan membuka kesemua pakaian isterinya.Dia meletakkan isterinya di dalam tab mandi kemudian memandikan isterinya yang terus menerus di dalam tangisan.Tidak lama kemudian,dia sudah selesai memandikan isterinya.Dia juga turut membuka seluruh pakaiannya yang basah dan hanya berlilitkan tuala dipingang.Dia mengendong Hanan dan dibawa ke katil tempat mereka beradu.Hanan di baringkan dan tuala yang terlilit di tubuh dibuka Hariez kemudian diselimutkan dengan selimut tebal.Hanan hanya membiarkan segala perbuatan suaminya terhadap dirinya kerana dia tidak mampu untuk melawan kudrat lelaki itu.
“Saya kotor”.jelas Hanan kepada suaminya dalam keadaan mengelamun.Hariez mengusap perlahan kepala isterinya.
“Saya kotor Hariez”.jelas Hanan lagi dalam linangan airmata.
“Awak kotor ke..awak suci ke...awak tetap isteri saya”.ujar Hariez lembut dan mengucup lembut dahi hanan.
“Saya kotor Hariez”.ujar Hanan sekali lagi.Dia seperti orang hilang arah yang tidak tahu sedang apa yang dilakukannya.
“Saya tak kisah kalau awak kotor..sebab awak yang pilih saya untuk hidup bersemi dalam hati awak..saya pun ikhlas terima awak sayang”.ujar Hariez lembut dan tenang.
“Saya kotor”.ujar Hanan lagi.
“Dah sayang..jangan fikir-fikir lagi..awak rehat okay ? Saya duduk dekat luar sekejap”.ujar Hariez yang mahu bangun dari melutut di sisi Hanan.Tetapi pergerakannya terbatas apabila tangannya ditarik Hanan.
“Saya sejuk”.ujar Hanan.
“Awak nak apa ?”.soal Hariez yang ingin membantu isterinya daripada terus di dalam kesejukan.
“Hangatkan tubuh saya Hariez”.ujar Hanan dengan wajah serius dan suara mendatar tetapi menggoda.Dia tidak sedar dengan apa yang sedang dia minta kepada suaminya.
“Apa ?”.soal Hariez seperti tidak percaya dengan permintaan isterinya.
“Hangatkan cinta kita”.ujar Hanan lagi sambil merenung anak mata Hariez sedalam dalamnya.
“Awak biar betul sayang ?”.soal Hariez yang masih tidak percaya.
Hanan tidak berkata lagi.Dia menarik Hariez lembut ke sisinya sehingga berbaring.Kemudian dia meletakkan tangan kirinya di atas dada suaminya itu.
“Buktikan pada mereka Hariez..yang kita cinta antara satu sama lain”.ujar Hanan mendatar.Kemudian dia memejamkan mata sehingga tertidur.
“Kita buktikan malam ini”.ujar Hariez sayu dan tenang.Dia juga turut melelapkan mata di sisi isterinya.Malam mereka ditemani aimata.
Share this novel