BAB 21

Romance Completed 23149

Bunyi kicauan burung telah menganggu lena Hariez.Hariez membuka matanya perlahan-lahan.Dia menoleh ke sebelah kanan kemudian menoleh ke sebelah kiri.Dia melihat isterinya tiada di sebelah,dia berfikir sejenak.Tiba-tiba dia teringat kejadian semalam.Segera di melilitkan tuala di pinggang dan pergi mencari isterinya di dalam bilik air.Tetapi Hanan Qaisara tiada di dalam bilik air.Kemudian dia bergegas ke luar dari bilik untuk mencari isterinya di segenap inci rumah.Tiba-tiba langkahnya terhenti,dia terlihat isterinya yang sedang duduk di sofa dengan pemakaian jubah mandi yang singkatnya sehingga menampakkan paha gebu Hanan.Hariez mendekati isterinya dan duduk di sebelah isterinya.Dia mendekati wajahnya ke wajah Hanan dan mengucup lembut pipi mulus Hanan.

“Awak ni dah kenapa tiba-tiba datang nak cium-cium pipi pulak ?”.soal Hanan yang agak kurang selesa dengan cara suaminya itu.Hariez tersenyum mendengar sebuah soalan daripada mulut isterinya sendiri.

“Saya takut kehilangan awak lagi..semalam saya kehilangan isteri saya sekejap”.ujar Hariez lembut dalam senyuman.

“Bukan memang awak dah hilang bini awak dah 3 hari ke ?”.soal Hanan dengan riak wajah selamba.Mana tidaknya,mereka tidak bertegur siapa sudah 3 hari.

“Tapi semalam saya macam orang hilang terus...awak ingat tak apa yang jadi semalam ?”.soal Hariez ingin menduga ingatan isterinya.

“Saya ingat...saya takkan lupa sampai bila-bila”.ujar Hanan sayu dan nadanya sudah mula berat untuk berkata-kata.

“Sayang..saya minta maaf”.ucap Hariez sambil memaut bahu isterinya.Hanan melentokkan kepalanya di bahu Hariez.

“Awak tak salah pun sayang”.ucap Hanan lembut.Tetapi di sebalik terselindung wajahnya daripada pandangan Hariez.Airmatanya sudah pun mengalir laju.

“Saya tahu...mak tak suka awak..tapi saya janji...saya janji akan buat mak mengaku awak lah menantu perempuan dia yang satu-satunya...”.janji Hariez kepada isterinya.Dia mengucup lembut kepala Hanan yang terlentok di bahunya itu.

“Sayang...saya nak minta maaf jugak”.ujar Hanan lemah.

“Minta maaf kenapa ?”.soal Hariez pelik.

“Saya derhaka dengan awak ?”.jelas Hanan dalam esakan kecil.Dia mengangkat wajahnya dan melihat wajah suaminya.Dia menyentuh lembut wajah suaminya yang tampan itu.

“Saya rasa berdosa jadi isteri awak..sebab saya tak dengar cakap awak”.ujar Hanan dalam linangan airmata.Hariez merenung wajah isterinya sayu dan menyelitkan rambut panjang Hanan di belakang telinga isterinya itu.

“Sepanjang perkahwinan ini,kita dah tempuh pelbagai dugaan..tapi kita belum capai dugaan yang melibatkan hubungan...jadi saya nak isteri kesayangan saya ni kuat untuk tempuh dugaan orang ketiga ini bersama saya”.ujar Hariez begitu lembut nadanya.Hanan menyentuh pelipis kanan suaminya.Hariez menghentikan kerja yang dilakukan isterinya itu dan menarik tangan lembut isterinya ke dada bidangnya yang terdedah itu.

“Sayang..saya dah tak suci lagi..saya dah kehilangan maruah diri..kenapa awak sudi terima saya dalam hidup awak ?”.soal Hanan lembut kepada suaminya.Tergamam Hariez mendengar penyataan yang dinyatakan isterinya itu.

“Sebenarnya ada sesuatu yang saya simpan rahsia secara peribadi selama ini...tapi saya tak bersedia lagi”.ujar Hariez lemah.

“Rahsia apa ?”.soal Hanan ingin tahu.

“Kan saya cakap tak ready lagi”.jelas Hariez dengan senyuman.

“Awak nak bagitau yang awak pernah menjadi kegilaan ramai ?”.soal Hanan menduga tetapi ada nada kelakar dalam kata-katanya yang membuatkan Hariez tertawa kecil.

“Bukan sayang”.balas Hariez lembut dengan nada menggoda.

“Habis tu ?”.soal Hanan sambil tangannya naik menjalar di pipi suaminya.Hariez cuba untuk menangkap tangan isterinya yang menjalar di pipi dengan mulutnya yang dingangakan tetapi tidak berjaya.Hanan ketawa suka seperti anak-anak kecil.Sekali lagi dia membuat Hariez jatuh cinta padanya.

“Awak ingat tak muka lelaki yang rogol awak tu ?”.soal Hariez ingin tahu.Terkedu Hanan dengan soalan mengejut suaminya itu.

“Saya tahu..saya tak patut tanya tentang perkara ni ? Tapi saya ada hak sebagai suami”.jelas Hariez kepada Hanan.Hanan tertunduk sedikit.Hatinya jadi bercelaru setiap kali ingin membuka kisah silamnya kepada orang lain.Walaupun suaminya sendiri.

“Tak. Kenapa ?”.soal Hanan ingin tahu.

“Takda apa..saya tanya je”.jelas Hariez kepada isterinya.

“Tapi ada suatu tanda yang saya ingat dekat anggota badan dia..dia ada tatu”.jelas Hanan kepada Hariez dengan riak wajah seperti orang yang sedang mengingat kejadian masa lampau.Tersentak Hariez apabila mendengar penjelasan isterinya itu tentang dirinya yang jahiliah dahulu.Kau memang tidak pernah lupakan aku Hanan !.

“Ehh nak pergi mana ?”.soal Hanan lembut.

“Nak mandi kejap”.ujar Hariez yang cuba melarikan diri kerana dia tidak mahu isterinya terus menerus tentang kisah silam mereka.Cukup sekadar dia tahu yang Hanan Qaisara masih mempunyai ingatan yang kuat tentang lelaki yang merogol diriya iaitu suaminya sendiri.

“Nak ikut ?”.pinta Hanan manja.

“Haa..dah mula lah tu perangai manja dia dah datang balik”.sindir Hariez selamba.Hanan memuncung apabila diusik begitu.

“Nak ikut”.pinta Hanan lagi dan lebih menggoda.

“Taknak saya nak mandi seorang diri je”.ujar Hariez kemudian terus masuk ke biliknya dan terus masuk ke bilik mandi.

“Tak layan cakap sombong..bila nak layan taknak pulak...sengal punya laki”.bebel Hanan manja seorang diri.Dia juga turut masuk ke bilik tidurnya untuk menunggu suaminya sehingga selesai mandi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience