Hariez yang baru sahaja selesai mandi berdiri dalam keadaan tuala yang berlilit di pinggangnya.Dia merenung dirinya daripada pantulan cermin panjang yang berada di dalam bilik air tersebut.Matanya memandang ke arah pergelangan tangannya yang ada sebuah lukisan yang berbentuk seperti gelung berwarna hitam.Tanpa dia sedar,matanya menjadi kabur kerana airmata telah menyalaputi bebola matanya.Dia tertunduk sambil mengelipkan matanya seketika dan airmatanya jatuh tumpah di lantai bilik air.Dia keluar dari bilik air dan menuju ke almari pakaiannya.Dia menyarungkan sebuah kemeja dan seluar slack hitam.Gayanya seperti seorang lelaki koprat.Dia menyisir rambutnya rapi dengan gaya yang akan membuat wanita di luar sana tergoda.Dia menyarungkan baju kot ke tubuhnya dan membetulkan pakaiannya supaya kelihatan kemas.Kemudian dia keluar menuju ke ruang tamu,dia menyarungkan stokin baharu ke kakinya.Hanan yang terlihat suaminya yang sudah berada di ruang tamu segera membancuh minuman buat suaminya.
“Sayang..ni air awak..awak nak makan bihun tak ? Saya ada masak untuk awak”.ujar Hanan yang agak mesra dengan suaminya.Tetapi soalan Hanan dibiar sepi tanpa jawapan.Hariez hanya membuang pandangannya ke arah siaran yang tersiar di televisyen.
“Takpa..saya bawakkan ye”.ucap Hanan dengan senyuman pahit,walaupun suaminya tidak memalingkan wajah ke arah wajahnya.Hanan terus menuju ke meja makan yang tersedia dengan santapan pagi dan mencidukkan bihun goreng buat suaminya.
“Sayang nah..jamah lah sikit sebelum awak pergi kerja”.ujar Hanan dengan huluran bihun dalam sebuah piring bersaiz kecil.
“Saya tak lapar”.ucap Hariez ringkas tanpa hiraukan huluran isterinya.Hanan tiba-tiba rasa sebak dengan cara layanan Hariez terhadap dirinya.
“Saya ingat awak nak jamah..sebab saya masak untuk awak”.ujar Hanan,pandangannya dibuang ke arah bihun goreng yang berada di dalam piring kecil tersebut.
“Saya pergi dulu”.ucap Hariez yang sudah pun berdiri dan ingin berlalu pergi.Tetapi pergerakannya terbatas kerana Hanan memegang tangannya.
“Besar ke dosa saya pada awak Hariez ?”.soal Hanan dalam nada sayu.
“Kenapa awak tanya saya ? Awak tanyalah diri awak”.jelas Hariez seperti orang yang tiada perasaan.
“Kenapa awak berubah sekelip mata Hariez ?”.soal Hanan yang airmatanya yang bergenang di tubir mata sudah tutup pandangannya pada Hariez.
“Sebab awak dah ubah haluan hati saya”.ujar Hariez tegas dan linangan airmata kecewa.
“Saya tahu saya silap buat keputusan dengan niat yang tak betul..tapi takkan sampai macam ni sekali awak marah pada saya ?”.soal Hanan dalam linangan airmata.
“Tapi atas kesilapan awak tu awak dah ubah hati saya sebanyak 360° darjah Hanan..tak perlu awak menyesal lagi dengan apa yang awak dah buat pada hati saya..sebab itu yang awak mahu”.ujar Hariez dengan pandangan yang tajam ke arah isterinya.
“Saya rindukan belaian cinta awak”.ucap Hanan dalam linangan airmata.
“Tapi awak sendiri khianat cinta saya Hanan”.ucap Hariez dalam esakannya.Dia sendiri tidak dapat tahan dengan kata-katanya.
“Berilah saya peluang Hariez”.pinta Hanan yang sudah pun jatuh melutut di hadapan suaminya dengan pegangan di kepala lutut Hariez.
“Maaf Hanan..saya dah kehabisan peluang untuk beri pada awak”.ucap Hariez.Airmata Hanan lagi lebat apabila mendengar penjelasan suaminya itu.
“Macam ni lah…mulai harini..tiada cinta antara kita”.ucap Hariez yang membuat keputusan mendadak.
“Hariez”.panggil Hanan dalam tangisan.Dia mengharapkan Hariez menarik semula keputusannya itu.
“Awak jalankanlah tanggungjawab awak sebagai seorang isteri dan saya akan jalankan tanggungjawab saya sebagai suami..segala nafkah saya akan beri seperti biasa..tapi kalau bahagian nafkah batin..janganlah awak letak harapan untuk saya ada rasa cinta pada awak semula..sukar perkara itu hendak berlaku”.ucap Hariez tegas dalam linangan airmata.
“Jangan seksa saya Hariez”.pinta Hanan dalam esakan yang makin lebat.
“Maafkan saya”.ucap Hariez dan dia terus merentapkan kakinya daripada terus dipeluk Hanan dan berlalu pergi.
“Ya allah..siapa lelaki yang kau hantar ini untuk seksa hidup aku…aku sudah puas terseksa Ya allah”.ucap Hanan dalam esakan yang kuat.Dia telungkup di atas lantai dan menangis sehingga bahunya terhinjut-hinjut.
“Sayang jangan seksa saya”.ucap Hanan dalam esakannya.Hatinya benar-benar terseksa.Dia mahukan Hariez tetapi dia sudah membuat kesilapan kecil adalah tidak menghargai cinta lelaki itu malah dia khianati cinta Hariez dalam diam.
Hariez selamat tiba di kawasan Kafenya.Dia terus menuju masuk ke dalam Kafenya.Pelanggan di Kafenya telah memenuhi ruang Kafe tersebut.Dia tersenyum nipis melihat pelanggan yang ramai.Tiba-tiba senyumannya mati apabila melihat sekujur tubuh yang sedang berdiri tegak dan menghadapnya dalam keadaan tersenyum kepadanya.Furqan dari jauh sudah melambaikan tangannya.Dia mula mengatur langkah untuk mendekati lelaki itu.
“Furqan…kau buat apa dekat sini ?”.soal Hariez agak mesra dengan lelaki dihadapannya itu.
“Aku saja datang sini nak jumpa kau..”.jelas Furqan tersenyum.Di hatinya ada sesuatu yang mengusik sehingga dia rasa bahagia saat ini.
“Kau okay tak ?”.soal Hariez pelik kerana dia perasan akan perubahan pada wajah Furqan yang sering tersenyum itu.
“Okay..Cuma aku rindu adik aku”.jelas Furqan.Ada air yang bergenang di tubir matanya.Segera dia menyeka lembut supaya tidak gugur dihadapan Hariez.Hariez tersenyum melihat Furqan merangkap abang tirinya itu.
“Jom kita duduk dekat sana..boleh berborak”.ajak Hariez kepada Furqan untuk duduk di satu sudut yang berada di dalam Kafenya itu.Sesampai sahaja mereka di meja yang tidak berpenghuni itu,kedua-duanya terus menarik kerusi dan duduk menghadap antara satu sama lain.
“Kau tak kerja ke harini ?”.soal Hariez kepada Furqan.
“Tak..aku malas nak masuk office sebab banyak sangat kerja..lebih baik jumpa kau”.jelas Furqan kepada lelaki itu.
“Kau dah okay ?”.soal Furqan kepada lelaki di hadapannya itu.
“Okay ? Okay apa ?”.soal Hariez seperti tiada apa yang berlaku.
“Lahh..pasal kau dengan Hanan lah”.ujar Furqan yang menyedarkan Hariez tentang hubungannya bersama Hanan Qaisara.
“Ohh..itu nanti pandai akulah nak settle macam mana”.jawab Hariez mendatar.Kini bibirnya tidak rasa untuk menyebut nama isterinya itu.
“Kau jangan biarkan macam tu je Riez..nanti kau dengan dia yang sakit”.ujar Furqan yang cuba menyedarkan Hariez.
“Kenapa kau takut sangat ? Kau nak dia ? Kalau nak ambilah”.ujar Hariez seperti orang yang tiada perasaan.
“Hmmm..cakap tu jaga sikit Hariez..jangan macam orang tak bermaruah..yang kau suruh ambil tu isteri kau tahu ? Mana rasa cinta nak mati kau pada dia tu ?”.soal Furqan ingin menduga Hariez.
“Dah mati”.ucap Hariez ringkas tapi hatinya cukup pedih.
“Senangnya kau cakap..kau dah lupa macam mana kau seksa hidup dia ? Haa ? Dah lupa ke Hariez ?”.soal Furqan yang suaranya agak tinggi mengakibatkan beberapa orang pelanggan memandang ke arah mereka berdua.
“Haluan hati aku dah berubah”.ujar Hariez.Ada air yang bergenang di tubir matanya.
“Hariez…jangan terlalu melayani perasaan kau..aku tahu kau cintakan dia..dan kau tak pernah tak cintakan dia..jadi jangan ego Hariez..sebab perkara tu akan makan diri kau sendiri”.jelas Furqan kepada Hariez.
“Habis kalau dia cakap dengan aku..dia kahwin dengan aku bukan sebab cinta tapi sebab nak lari dari kau..kau rasa ? Boleh terima ke ?”.soal Hariez kembali.
Terkedu Furqan mendengar penjelasan Hariez itu.Dia terdiam dan tertunduk seketika.
“Hariez…pujuklah Hanan…sayanglah dia…jagalah dia…sebab dia milik kau..dia amanah allah”.ucap Furqan sepenuh dari hatinya.
“Aku cuba buat yang terbaik untuk dia”.ujar Hariez sayu.Mereka melayani perasaan masing-masing seketika.
Tidak lama kemudian,Hariez dan Furqan bangun bersama untuk meninggalkan kawasan Kafe tersebut.Hariez menuju ke kenderaannya,dia menghidupkan enjin dan memecut menuju ke Kondominium miliknya.Sesampai sahaja dia di rumah,dia melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.Dia sudah ternampak kelibat Hanan yang sedang menghidangkan sesuatu untuk disantap.
“Sayang..awak dah balik ? Jom makan..”.ajak Hanan mesra walaupun hatinya telah terluka dengan kejadian beberapa jam yang lepas bersama suaminya itu.
“Aku tak lapar”.ucap Hariez kasar.Tersentak Hanan apabila suaminya membahasakan dirinya ‘aku’.
“Sayang..kenapa awak cakap macam tu ? Ni saya lah..isteri awak”.ujar Hanan seperti orang yang tidak mampu menerima kenyataan dengan penyataan suaminya itu.Hanan memperkenalkan dirinya kepada Hariez.
“Aku kenal kau sebagai isteri..tapi bukan pada perempuan yang aku jatuh cinta”.jelas Hariez tegas dan mendalam.
Gugur airmata Hanan.Hatinya bagai dirobek.Dia jatuh terduduk.
“Apa yang dah jadi ni Hariez ?”.soalnya dalam tangisan kepada Hariez.
“Apa yang dah jadi ni semua atas kesilapan yang kau dah buat”.ujar Hariez sambil menunding jari telunjuknya kepada Hanan.
“Apa saya buat ? Saya dah mengaku yang saya cintakan awak kan ?”.soal Hanan kurang puas hati dengan suaminya.
“Aku nak kau..aku cintakan kau..aku sayang kau…tapi kau dah khianat aku”.ujar Hariez dalam linangan airmata yang mula merembes keluar dari tubir mata.
“Hariez..saya sayang awak je”.ucap Hanan sambil menyentuh wajah suaminya lembut.Tetapi ditepis Hariez.
“Kau nak tahu siapa aku kan ?”.ucap Hariez dalam linangan airmatanya.
“Kenapa ? Apa yang awak nak buat ?”.soal Hanan yang melihat suaminya yang sedang membuka kancing baju satu persatu sehingga kancing terakhir.
“Aku akan pastikan yang kau akan menyesal sebagai seorang isteri..sebab engkau yang pilih aku dan kau juga dah khianati cinta aku..sekarang kau terima pembalasan dari aku”.ujar Hariez dalam nada yang menekan dan tegas.
“Awak nak buat apa Hariez ?”.soal Hanan dalam tangisan.
“Hanan Qaisara Hasyim…aku lelaki yang pernah perkosa kau..lelaki yang dah hancurkan hidup kau…lelaki yang dah bunuh anak kau”.ucap Hariez terus membuka pakaiannya.Tatu di tangan kirinya jelas terpampang.Hanan membutang matanya melihat dan mendengar kata-kata Hariez itu.Airmatanya laju mengalir.Dia jatuh terduduk di hadapan suaminya itu.Dia menekup mulut sambil menangis dan mengelengkan kepalanya perlahan.Dia tidak sangka inilah lelaki yang dicari selama ini.Kini lelaki itu berada di dalam hidupnya.
"Huz ?".Hanan menyebut nama yang sangat dikenalinya itu.Dan inilah tuan empunya nama yang pernah membuat hidupnya menjadi gelap.
“Puas hati kau Hanan ?”.soal Hariez kejam.
“Saya benci awak”.jerit Hanan sambil bangun berdiri dan memukul lelaki itu.
Itulah wajah yang dia benci dan mahu sahaja dibunuh.Kini lelaki itu berada di hadapan dan hidupnya secara realiti.
“Sekali awak dah buat saya..sampai mati pun saya takkan maafkan awak Hariez !”.ucap Hanan dalam nada suara menekan dan memberi amaran.
Kini dendamnya hidup kembali.Rasa ingin membalas itu membuak-buak dari hati.Hatinya meronta-ronta untuk dilepaskan dari ikatan perkahwinannya ini.Jiwanya hancur seluruhnya untuk lelaki yang pernah membuat hidupnya hitam kelam tanpa bercahaya.Dan paling kejam adalah,anak di dalam kandungan mati kerana masalah tekanan dihadapinya akibat perbuatan lelaki di hadapannya ini.Seumur hidup saya,saya akan benci seluruh keturunan awak Hariez Huzaifah !.
Share this novel