Tepat jam 9 pagi waktu Malaysia.Hanan dan Hariez selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.Mereka menyelesaikan urusan di kaunter ketibaan.Hanan hanya menyepikan diri tanpa bersuara dengan suaminya.Hariez juga begitu,dia hanya mengawal pergerakan isterinya dengan penglihatannya sahaja.Selepas selesai segala urusan di Lapangan Terbang Kuala Lumpur itu.Mereka berdua di jemput oleh seorang lelaki yang berumur lebih tua daripada Tuan Hasyim dan Encik Firdaus untuk dibawa ke rumah banglo milik Tuan Hasyim.Sepanjang perjalanan Hanan sekali lagi hanya mendiamkan diri tidak bersuara.Hariez cuba untuk mengambik kesempatan memujuk isterinya namun dia masih gagal.Mereka berdua hanya membuang pandangan masing-masing ke luar tingkap.Selepas beberapa jam perjalanan mereka berdua pun tiba di rumah banglo milik Arkitek terkemuka Malaysia itu.Hanan dan Hariez melangkah masuk dan mendapatkan Tuan Hasyim yang sedang duduk di ruang tamu sedang menunggu kepulangan mereka berdua.
"Papa".panggil Hanan setelah dia melihat kelibat Tuan Hasyim sedang duduk berseorangan di ruang tamu itu.Dia terus memeluk Tuan Hasyim erat.Dia menangis teresak-esak.
"Mama macam mana ?".soal Hanan risau.Tuan Hasyim menyeka lembut airmata puterinya itu.Dia tersenyum melihat Hanan.Dia mendekati Hanan dan berbisik agak perlahan yang tidak dapat didengari Hariez yang berada tidak jauh daripada mereka.
"Papa tahu..Hanan nangis bukan sebab mama kan ? Tapi sebab benda lain".jelas Tuan Hasyim tenang.Hanan terkedu.Dia menjauhkan sedikit wajahnya supaya dapat melihat jelas lelaki separuh abad itu.
"Sorry sebab selalu susahkan papa".maaf dipinta kepada Tuan Hasyim.Tuan Hasyim mengucup lembut dahi anak perempuannya itu.
"Hariez sihat ?".soal mesra Tuan Hasyim kepada menantunya itu.
"Sihat alhamdulillah papa".balas Hariez sambil memberi senyuman manis kepada lelaki separuh abad itu.
"Hanan nak jumpa mama ?".pinta Hanan sayu.Tuan Hasyim mengusap lembut wajah anak perempuannya itu.
"Hanan jangan ganggu mama ya..biar mama berehat..and tak perlu lah lama-lama dekat atas tu..okay ?".nasihat Tuan Hasyim.Hanan mengangguk tanda memahami nasihat yang diberi Tuan Hasyim.
"Hariez,duduk kejap..papa ada benda nak cakap".jelas Tuan Hasyim kepada Hariez.Mereka berdua sedang memastikan Hanan tidak berada di situ lagi.Hariez mengambil tempat bersebelahan Tuan Hasyim.
"Apa yang dah berlaku ni Hariez ? Kenapa Hanan nampak sedih je ?".soal Tuan Hasyim lembut kepada menantunya itu.
"Hariez dah beritahu dia tentang Hariez..tapi Hariez cuma trick dia dulu..itu pun dia dah tak boleh terima..macam mana kalau dia tahu siapa Hariez dalam hidup dia ?".Luah Hariez sayu.Tuan Hasyim melepaskan keluhan di dada.
"Hariez kena bijak buat keputusan..selama ni papa boleh tolong Hariez untuk dapatkan Hanan...tetapi sekarang ni Hariez kena tolong papa jaga hati Hanan..sebab papa taknak papa kehilangan Hanan nanti..".luah Tuan Hasyim pula.
"Furqan dah tahu pasal Hariez pa".jelas Hariez kepada Tuan Hasyim.Terbutang mata Tuan Hasyim.Dadanya menjadi degup berkencang.
"Mama pun dah tahu pasal Hariez..tapi papa rasa...better mama lagi risaukan pasal Furqan..sebab Furqan bertopeng bila di depan mama...dia tak tahu siapa yang salah..siapa yang benar".jelas Tuan Hasyim kepada menantunya itu.Hariez tertunduk apabila mendengar penyataan daripada bapa mertuanya itu tentang pengetahuan Puan Safira terhadap dirinya.
"Mama sakit sebab Hariez ke pa ?".soal Hariez sayu.Dadanya mula berasa sesak.Airmata mula bergenang ditubir matanya.
"Tak perlu risau...kebenaran akan jelas juga".nasihat Tuan Hasyim dengan penuh kelembutan dalam kata-katanya.
"Hariez kena berhati-hati dengan Furqan tu...sebab dia takkan buat kerja ni seorang diri...".nasihat diberi dengan penuh tegas oleh Tuan Hasyim.
"Baik pa".balas Hariez dengan santun.
"Papa..izinkan Hariez tengok mama boleh ?".pinta Hariez sayu dan lembut.Dia begitu mengharap dengan Tuan Hasyim supaya mengizinkannya juga melawat Puan Safira yang sedang berehat di bilik.
"Papa harap Hariez tak perlu tanya banyak dengan mama ye..sebab Hariez pun tahu kan mama sekarang macam mana dengan Hariez...kalau boleh tak perlu tanya apa-apa".pinta Tuan Hasyim lembut dan sayu.Hariez amat memahami hati bapa mertuanya itu.Dia mengangguk dan tersenyum pahit.Tidak banyak sedikit,hatinya terasa dengan permintaan tegas Tuan Hasyim itu.Walaupun permintaan itu dipinta dengan lembut.Tetapi hatinya juga lembut seperti manusia lain.
"Papa bawak Hariez jom".ajak Tuan Hasyim mesra.Mereka bangun bersama menuju ke tingkat atas.Sepanjang perjalanan ke tingkat atas dimana bilik yang diduduki Puan Safira hati Hariez berdegup kencang seperti ada sesuatu yang mahu pecah dari dalam.
Mereka tiba di hadapan pintu bilik.Hariez dan Tuan Hasyim saling berpandangan.Tuan Hasyim menyentuh tombol pintu bilik tidurnya itu dan memulaskan.Pintu dibuka agak luas dari luar oleh lelaki separuh abad itu.Wajah isterinya dan Hanan Qaisara dapat dilihat jelas.
"Assalammualaikum mama".ucap Hariez dari belakang Tuan Hasyim.Puan Safira melihat menantunya itu dengan pandangan serong.Hariez kini dimatanya begitu hina.
"Waalaikummusalam".jawab Puan Safira mendatar.Hariez mula melangkah masuk dan mendekati isterinya yang berada di sisi Puan Safira.
"Mama macam mana ?".soal Hariez mesra.Dia sudah lupa dengan nasihat Tuan Hasyim.Tuan Hasyim yang berada agak jauh di belakang mengelengkan kepalanya perlahan tanda menyalahkan Hariez kerana lelaki itu sudah tersilap langkah.
"Hmm..sihat Hariez".sinis kata-kata Puan Safira kepada menantunya itu.Hanan yang berada di sebelah ibunya itu membuat riak wajah menyampah.
"Mama....Hanan turun dulu ye dengan Hariez".pinta Hanan lembut.Dia mengucup dahi Puan Safira lembut dan bangun meninggalkan ibu bapanya bersendirian.
Hariez dan Hanan turun bersama.Sesampai sahaja di anak tangga yang terakhir Hariez menarik pinggang isterinya dan memusingkan badan Hanan menghadapnya.Dia memandang Hanan dengan wajah menggoda.Hanan mengalihkan pandangannya jatuh ke dada bidang Hariez kerana dia tidak tahan melihat pandangan suaminya itu.
"Sampai bila awak nak marah saya Hanan ?".soal Hariez dengan suara garaunya.Hanan tidak tentu arah dengan pertanyaan suaminya itu.
"Sampai awak mengaku siapa awak yang dulu".jelas Hanan tegas.Dia terpaksa untuk bertegas dengan lelaki itu kerana dia tidak mahu tewas pada awalnya.
"Kenapa awak nak tahu kisah silam saya ? Saya dah jelaskan dekat awak..nanti saya akan ceritakan semuanya..kenapa awak tak mampu nak bersabar".jelas Hariez yang nadanya mula meninggi kepada isterinya.Hanan mengerutkan dahinya.Dia tidak sangka Hariez akan bertegas dengannya sebegitu sekali.
"Saya nak rehatkan badan kejap...jangan ganggu saya".jelas Hanan mendatar kerana dia sudah terasa hati dengan suaminya itu.Dia terus melangkah pergi ke arah dapur.Hariez mengikuti isterinya dari arah belakang.
"Tadi awak kata nak rehatkan badan ?".soal Hariez yang tidak puas hati dengan penyataan isterinya sebentar tadi.
"Rehat perlu tidur ke ? Cukup kalau minum air panas..dapat rehatkan otak yang tengah serabut ni".sindir Hanan kepada Hariez.
"Kenapa ? Awak dah gila ke ? Nak kena betulkan otak awak tu ?".soal Hariez kembali kepada isterinya dengan nada selamba.Hanan merenung suaminya itu.Hariez merapatkan kedudukannya kini dengan Hanan.Hanan bagai dipaku dia tidak menjarakkan dirinya walau selangkah sedangkan dia sedang panas hati dengan suaminya.
"Kenapa ? Marah ? Ke suka ?".soal Hariez yang membarakan lagi kemarahan di hati Hanan.
"I hate you".ucap Hanan penuh rasa di dada.Hariez tanpa banyak berkata-kata lagi.Dia terus merangkul leher Hanan dan menarik mengucup lembut isterinya.Hanan menolak dada bidang Hariez supaya tautan bibir mereka terlepas.Tetapi Hanan gagal,Hariez lagi kuat kudratnya.
"Lain kali jangan lawan cakap suami".amaran diberi dalam nada menggoda.Hanan terkedu.Hariez pergi ke ruang tamu dan meninggalkannya seorang diri.
Hanan menyentuh bibirnya yang baru lepas dikucup Hariez.Dia tersenyum sumbing.
"Jangan kau boleh pikat hati aku semula Hariez...susah untuk pikat aku tanpa bagi apa yang aku mahu".ujar Hanan sinis dan seorang diri.
Share this novel